“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

30 May 2012

KEGANASAN POLITIK UMNO BERMULA

Berdasarkan pengamatan aku apa yang berlaku di Lembah Pantai merupakan cetusan bermulanya kejatuhan moral UMNO(buat pertama kalinya aku guna huruf beso). Malah strategi ini akan berterusan di mana-mana ada ceramah penerangan PAKATAN RAKYAT. Semoga pihak polis tidak BIAS. Anda seperti juga penjawat awam yang lain.... POLIS juga perlu BEBAS kerana tugasnya menjaga keselamatan kedua-dua pihak.

Tindakan kepimpinan umno(kecik la balik) merestui tindak tanduk budak budak upahan(RM20 nyer) merupakan bunga bunga keganasan politik. Malah jika pihak berkuasa(POLIS) tidak mengambil sebarang tindakan tegas atau sepertimana tindakan polis di Lembah Pantai, mereka ini akan lebih berani untuk melakukan keganasan yang lebih buruk. Tidak mustahil mereka(org org umno) akan lebih berani menyerang individu yg hadir ceramah penerangan PR dengan kayu, parang, pistol dsb.

TOLONG JANGAN PANDANG RINGAN atau PANDANG SEBELAH MATA. Gaji POLIS, RAKYAT yang bayar...... Duit sampingan korang mana korang dapat itu kami tak peduli.

SALAM RAKYAT SALAM PERJUANGAN:ARD