“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

30 December 2011

KEMBALIKAN PARLIMEN RAUB KEPADA UMNO

Demi kepentingan politik Barisan Nasional, PM yang mempunyai kuasa membuat transformasi perlu mengembalikan kerusi parlimen Raub kepada parti UMNO. Melihat kepada perubahan minda masyarakat Raub, ianya perlu dilakukan walaupun ditelan rasanya pahit. Perkembangan penggunaan social network seperti tweeter dan facebook memberikan impak yang besar kepada masyarakat Raub yang kini majoritinya menjadi 'ghost supporter' kepada Pakatan Rakyat.

Justeru, kehendak masyarakat Raub terutamanya Melayu perlu dipertimbangkan dan dipenuhi. Jangan nanti Barisan Nasional Raub kempunan untuk menguasai Parlimen Raub.


Published with Blogger-droid v2.0.2

12 October 2011

PUNGUTAN SUARA

Anak Raja Dagang tidak mahu mengulas panjang lebar bab gaji atau elaun ahli parlimen sama ada perlu dinaikkan atau tidak. Namun sebagai rakyat Malaysia yang dah beberapa kali mengundi, tidak berpuas hati andaikata Najib minta kesepakatan MP untuk tentukan kenaikan gaji mereka.

Apa yang perlu ialah dewan parlimen perlu membuat satu pungutan suara dari rakyat Malaysia untuk menentukan ianya wajar atau tidak. Pepandai aje cadang naik gaji sendiri.... Bro, negara ini bukan syarikat koperat malah negara ini tidak memerlukan keparat.

Tangan rakyat Malaysia yang menentukan kedudukan anda semua MP untuk berada dalam dewan parlimen itu. Kuasa siapa??? Kuasa rakyat....kerana kalian bekerja untuk rakyat. Tapi Najib bercakap seolah-olah dia seorang CEO sebuah syarikat koperat. Kedudukan tuan-tuan MP adalah dalam genggaman kami. 'Nyawa' tetuan di parlimen kami yang tentukan... Tup tup bab naik elaun/gaji korang, korang nak bincang sesama korang jer???? Berikan hak tersebut kepada rakyat Malaysia. Kami nak naikkan gaji ke, nak potong gaji ke,.... biar kami yang tentukan. Sepatutnya gaji korang(MP) kami nilai berdasarkan prestasi kerja korang.... tak kira memana pihak baik beend atau PR, kerja chanteeeek..baru boleh naik gaji.

Rakyat Malaysia jangan terus lena diulik percikan bunga api (terutamanya di Raub), jamuan makan-makan 1Malaysia(khususnya di Raub) atau agihan bubur lambuk(khasnya di Raub) kita menilai kerja seorang MP melalui hal-hal yang begitu. Melayu Raub perlu imbau kembali semenjak YB MP Raub(contooooooooh) pegang kerusi parlimen Raub, apa yang kita dapat?(kroni umno tu lain cerito le ye). Sesuai sangat ke kalau Ng Yen Yen mintak naik gaji? Atau sesuai sangat ke kalau menteri yang kawal selia polis nak naik gaji? Sedangkan anak-anak buahnya buat pesta membantai orang dalam BERSIH 2.0.

Rakyat Malaysia perlu celik kembali untuk kita sedari siapa ahli parlimen. Ini ke tidak, acap kali datang nak disambut macam dewa yang ntah datang dari mana... Ingat balik, tangan kita yang pangkah MP ni dulu. Kalau nak buat istiadat tunduk macam Jepun tu, biar dia yang tunduk. Kalau menyapa, biar MP yang menyapa dahulu. Biar MP yang hulur tangan. Sebab???? Ingat, RAKYAT adalah 'majikan' kepada semua ahli parlimen.

Mengapa jadi takut dengan Ahli Parlimen?..... Sebabnya dalam 365 hari, Rakyat cuma ada satu hari berkuasa...iaitu hari mengundi. Sedangkan Ahli Parlimen ada 364 hari lagi berkuasa(kununnya) Lagi indah kalau-kalau yang pegang menteri atau PM. Jadi memana MP yang gagal tunaikan kehendak rakyat....kita bagi notis satu hari untuk tidak bekerja selam 364 hari seterusnya.

Justeru, RAKYAT perlu kembali celik akal dan minda menyatakan bahawa kita(RAKYAT) adalah majikan kepada semua Ahli Parlimen dan juga ADUN yang ada di seluruh Malaysia. Bangun Rakyat kita singkir memana ADUN dan MP yang keparat.

P/s Saya mencadangkan gaji MP dan Menteri kabinet dipotong sehingga 85%. Apa yang rakyat bagi kat mereka ialah elaun-elaun yang dicatat dalam pekeliling perkhidmatan awam, elaun parking, elaun telefon dan elaun yang bersesuaian. Ini adalah langkah penjimatan yang kerajaan sedia ada hari ini war-warkan. Lagipun, baru Najib dan jejuak tahu camana kehidupan rakyat hari ini......

SALAM RAKYAT!
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

26 September 2011

MUDAHNYA RAKYAT DIBELI

Salam Rakyat dan Salam Perjuangan,

Akhir-akhir Syawal di Raub sangat meriah.... Ada pihak dok anjur 'open house' 1Malaysia, pihak mana lagi kalau tak pihak beend. Saat nyawa di hujung tanduk, maka diorang ni dok asyik anjur majlis makan-makan.... Udah le RAGM anjur jamuan aidilfitri, MP Parlimen Raub dan sekutu tidak ketinggalan menganjurkan majlis yang sama... lebih hebat ianya dianjurkan di ketiga-tiga DUN... Pertama dibuat kat tapak pasar Isnin berhampiran Petronas jalan Cheroh... Kedua kat tapak pasar Rabu kat Dong.... Ketiga akan diadakan kat Batu Talam. Hebat kan MP Parlimen Raub... Masakan tidak, minah ni agaknya sudah hidu bau-bau busuk yang akan mengiringi kejatuhan beend di Raub. Lagi hebat, disetiap tempat tersebut ada pertunjukan bunga api...

Hahahaha YB beend dah lama tahu masyarakat Raub mudah dibeli dengan beberapa perkara seperti persembahan artis, majlis makan-makan dan letusan bunga api.... Kat dataran di bandar Raub kelmarin pada 24 September siap ada yang duduk tetengah jalan... Beend punya pasal polis tarak kacau....

Kalau penganjuran majlis membazir seperti ini orang Raub kata YB Parlimen dan beend Raub cukup bagus....geguling aku ketawa.... Mudah bebeno mike kena 'beli'. Setiap kali jenguk ke kampung tak banyak perubahan.... Ada kedai dibina tapi jadi 'gajah putih'. Jika dua tiga tahun dulu time orang Raub (biasanya anjuran orang Melayu) jemput YB Parlimen Raub datang ke majlis, yang datang hanya pembantu beliau... Tapi sekarang tak yah jemput, muka YB Parlimen dah terpacul dulu... Apa maknanya??? Maknanya musim 'MINTA NYAWA' sudah semakin tiba.... Jadi, jangan kerana artis popular datang Raub, jamuan makan-makan dan pertunjukan bunga api kebajikan dan masa depan orang Raub digadai. Selama ni sudah cukup la pepuak beend tunggang orang kampung.... Kali ini kita hajar sama diorang.

Dari Rakyat Untuk Rakyat

p/s Dato' Shah jadi MP Parlimen pun ok kot???????

09 September 2011

SESUATU YANG ORANG MELAYU PERLU TAHU TENTANG SEJARAH UMNO LAMA

Sebelum saya menyambung bicara.... Sila nikmati hidangan ini

Orang UMNO 1 Malaysia kene kelentong...





Betul lah tu puak umno nak bela sangat orang melayu kononnya, apa-apa lah janji bahagia sudahlah, tapi sebenarnya puak umno nei nak bela periuk nasik sendiri..

beberapa negeri dah diperintah pakatan rakyat, maka terdengar lah keluh kesah puak umno nei,

"susah la nak dapat projek sekarang"

jadi selama nei puak umno nei menyokong umno apco sebab nak projek la agaknya...Seterusnya

KOMUNIS BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN MALAH.....

Ketika sedang memandu terpandang dek aku banner yang dipasang oleh satu parti politik yang berbunyi..."KOMUNIS BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN". Malah, parti politik yang tidak memertabatkan Bahasa Melayu ni hakikatnya juga bukan pejuang kemerdekaan negara.

Aku bersependapat dengan Tun M yang pernah menyebut..."Melayu mudah lupa". Adakah kita lupa bahawa UMNO yang diwarisi dari Dt Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussien Onn sudah tidak wujud lagi hari ini. Adakah kita lupa bahawasanya UMNO yang ada pada hari ini adalah UMNO(Baru)? Teknikalnya ia tiada kaitan apa-apa dengan UMNO yang ditubuhkan oleh Dt Onn Jaafar. Sejarah parti UMNO yang ada pada hari ini hanya bermula pada 13 Februari 1988.... Namun kepimpinan UMNO yang ada pada hari ini mengaitkan UMNO hari ini adalah UMNO(asal)... Sedar tak yang orang UMNO(asal) sendiri telah mengharamkan parti berkenaan dan secara tidak langsung parti UMNO(asal) sudah berkubur dalam sejarah tanah air.

UMNO yang menjadi tonggak BEEND hari ini adalah sebuah parti baru.... Namun terhegeh-hegeh meraikan sambutan ulangtahun penubuhan UMNO(asal).... (BERSAMBUNG)

03 September 2011

Raya oh RAYA ooo PILIHANRAYA

Sehingga ke hari ini ada satu dua perkara menarik yang berlaku dalam dunia politik tanah air. Namun aku nak cerita tentang Raub untuk post aku yang pertama selepas Ramadhan.

Sehingga saat ini aku ternanti-nanti juga bila la gamaknya Ng Yen Yen dan sekutunya nak buat sambutan raya 1Malaysia untuk warga Raub.... Dah tentu budget dan persiapannya lagi gempak dari yang sesudah sebab PRU akan menjelang bebila masa aje... Yah! ada wang semua boleh buat...

Berapa puluh ribu wang mengalir untuk majlis tersebut aku tak heran... Iyer la nak bermesra dengan warga Raub, wang tadak kisah punya... Oh ya, MP Raub boleh kekalkan imej bertudungnya seperti yang dilihat pada banner sempena ramadhan dan syawal untuk tahun ni... hehehe.

Nak tanya la kat warga Raub... dengan budget dan persiapan dedulu... agak-agak deme la kalau turun semua warga Raub cukup tak makan dan minum tu??? Atau majlis yang diadakan itu sekadar untuk mengekalkan populariti beend di mata warga Raub? Warga Raub harus beringat, bahawasanya dengan budget majlis itu kalau disalurkan untuk menjaga kebajikan warga Raub yang tidak bernasib baik lagi bagus laaaa... Masih ramai warga Raub yang benar-benar memerlukan bantuan kerana kedaifan hidup... Jangan kita nak syok sendiri pergi jamuan di Dataran Raub...makan-minum sepuas hati kita dan dihidangkan pula dengan hiburan dan percikan bunga api kita lupa ada warga Raub yang tidak dapat bersama merasai detik itu kerana kepayahan dan kemiskinan.

Apa kata pula orang seperti aku ni yang tak pernah pergi langsung ke majlis tersebut.... Aku dan majoriti warga Raub ni pun pembayar cukai... dah sah duit yang disalurkan ke program tersebut guna duit kerajaan(erti kata yang sebenar ialah DUIT RAKYAT yang diperolehi dari CUKAI)... atau kalau duit penyumbang(seperti RAGM) takkan seorang yang seperti MP Raub tak boleh nak fikir mana yang patut didahulukan...

Apapun dedengonya PRU akan datang MP BEEND Raub akan menghadapi lawan yang di luar jangkaan... Semoga Allah akan memihak kepada kebenaran(tanpa penipuan dalam pengiraan undi, undi hantu dan undi pos yang ntah tetiba sampai ntah dari mana).

28 July 2011

25 July 2011

OPS PEMBERSIHAN

Setelah berlalunya Perhimpunan Bersih 2.0 yang mana himpunan rakyat sekadar menuntut SPR melaksanakan tanggungjawabnya dengan adil dan saksama tanpa mengira fahaman politik... Banyak pengajaran yang boleh rakyat Malaysia pelajari dari situasi tersebut.

Entah mengapa pemerintah menunding jari kepada pihak pembangkang dalam penganjuran Bersih 2.0. Pihak pembangkang bukanlah penganjur utama... berdasarkan tekanan pemerintah melalui media cetak dan media elektronik, Ambiga seolah-olah ditunding sebagai penganjur utama keran beliau diserang baik dari arah kiri, kanan, hadapan, belakang, bawah dan atas oleh pihak pemerintah. Pemikiran pemerintah seolah-olah senada dengan pemimpin-pemimpin barat yang bertanggapan bahawa kejadian yang berlaku di Norway baru-baru ini telah mendapat kerjasama dari Al-Qaeda.... Padahal siperlaku merupakan seorang yang amat amat amat membenci kepada Islam... Maka minda pemerintah memikirkan bahawa Bersih 2.0 adalah tajaan pembangkang adalah tidak berpatutan. Barisan pembangkang menyertai perhimpunan tersebut kerana mereka adalah watak-watak utama dalam pilihanraya umum. Pengalaman lalu mereka yang menempuh pelbagai cerita pahit dan maung bertanding kerusi dengan pihak Barisan Nasional membuatkan mereka terdorong untuk menuntut keadilan dalam perlaksanaan pilihanraya tanpa menjadi proksi kepada mana-mana pihak.

Anehnya mereka meminta semua pihak menghormati Suruhanjaya yang mengendalikan inkuiri kematian Teoh Beng Hock kerana suruhanjaya itu di bawah Yang Di Pertuan Agong...sedangkan mereka(BN) mempermainkan segala arahan SPR. Tidakkah mereka sendiri telah menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong? Pengundi hantu, politik wang dan monopoli sepenuhnya media serta menggunakan jentera perkhidmatan awam merupakan satu penderhakaan kepada Yang Di Pertuan Agong...

Memandangkan politik Malaysia yang dipandang 'stabil' oleh sesetengah pihak hakikatnya berkocakan. Rakyat khususnya perlu berbuat sesuatu... Pembersihan perlu dibuat dalam politik tanah air tercinta ini. Bagaimana caranya? Akan dibincangkan selepas ini....

Salam Rakyat! Salam Perjuangan! Salam Untuk Kesaksamaan dan Keadilan!

22 July 2011

RAKYAT BIJAK MENILAI

Assalamualaikum...

Salam Rakyat!Salam Perjuangan!

Hampir 1/4 bahagian dalam buletin utama tv3suku dipaparkan 'pengakuan ikhlas' pihak polis dalam isu keganasan pihak polis sewaktu berhadapan dengan RAKYAT di perhimpunan BERSIH 2.0.

Setelah hampir 12 hari berlalu, maka pihak berkuasa pun menayangkan video yang mereka miliki dan memati mengatakan apa yang dipaparkan di laman-laman web merupakan suatu pembohongan dan berniat untuk menjatuhkan kredibiliti pihak berkuasa. Namun rakyat Malaysia sudah mampu menilai mana satu permata, mana satu kaca.

Pihak berkuasa sudah terlalu banyak berhelah dan sering menafikan apa jua penyelewengan dan pertuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Dari isu rasuah dalam kalangan anggota polis hingga kepada insiden terkini masih mengaku mereka ini tidak terlibat.

Pekung yang tetuan cuba tutup lama kelamaan akan diketahui umum. Harus diingat sekiranya kebenaran terdedah dalam satu masa, tak heran waktu itu ketua tetuan akan diarak dalam keadaan bogel oleh rakyat. Terlalu banyak pengajaran yang berlaku diseluruh dunia boleh dijadikan pengajaran.

15 June 2011

BANDAR RAUB

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

Sudah lama Anak Raja Dagang tidak posting isu dalam blog. Gamaknya dok sibuk melayan Facebook aje sekarang ni. Namun tidak bermakna 'ambo' sudah beku dan tepu. Anak Raja Dagang masih memerhati dan ada ketikanya ngomen dalam hati yo la.

Anak Raja Dagang memerhatikan perkembangan bandar Raub hari ini agak berbeza jika nak dibandingkan 10 tahun dahulu. Hari ini, bandar Raub berubah wajah (gamaknya gitu la). Sudah ada bangunan-bangunan kedai yang baru..... Malah premis 'urut halal' sudah tumbuh kat Raub sekarang ni....HEBATNYA Raub! Bebaru ni Anak Raja Dagang menjengah ke bando.... jalan sudah berturap..... tiang-tiang penghadang jalan di depan stesen bas Raub sudah 'lesap'(padahal rasanya tiang-tiang penghadang tu setahun dua ni dipasang....gamaknya memenda tu dulu dipasang secara percuma atau mungkin untuk buat promosi).

Namun, aura bandar Raub tetap seperti dedulu.....HAMBAR! Malah yang paling menarik trafik jem sudah menjadi lumrah buat orang-orang Raub. Saman parking yang dilaksanakan PDRM pun boleh tahan kerapnya...cuma, masih ada double standard.

Tuan DO yang baru,..... jangan biarkan bandar Raub sekadar dibuai sejarah emasnya.... Dulu wujud uptown di Jalan Masjid..... kini itu hanya tinggal nama yo! Banyak perkara berkenaan bandar Raub ini perlu diberi perhatian.

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

20 May 2011

ITULAH 'CIKGU'.....

Salam Rakyat!
Salam Perjuangan!
Selamat Hari Guru.....! Terlebih dahulu Anak RAja Dagang nak ucap jutaan terima kasih kepada semua insan yang telah mencurahkan ilmu tanpa kenal penat dan lelah....Terima kasih CIKGU! Tanpa cikgu tiadalah Anak Raja Dagang mampu menulis dan mengeja serta membaca.

Nampaknya apa yang bakal memberikan cerita gembira untuk semua cikgu pada 16 Jun yang lalu rerupanya gimik semata...atau mungkin hasrat PM dan TPM yang merangkap Menteri Pelajaran berbeda rentak dan tarinya.

Kalau setakat begitu cerita TPM....maka golongan guru sedia maklum le di mana tempat anda semua sebenarnya di mata pemerintah. Cikgu di sekolah rendah gamaknya terpukul dengan pengumuman TPM tempoh hari... Sedangkan kilen berhempas pulas untuk melahirkan seorang kanak-kanak yang bersedia menempuh alam remaja yang punya pakej boleh membaca, menulis dan mengira.

Kepada golongan cikgu yang jadi pencacai totok UMNO, Anak Raja Dagang percaya mereka tiada merasai kekecewaan dengan apa yang diumum TPM tempoh hari. Apa ke kisah dek mereka kerana memana yang 'kuat' kekadang ada bisnes lain! Agaknya memang dasar UMNO turun temurun suka sangat rakyat adu domba dan ngadap diorang(menteri dll). Perangai dah jadi serupa firaun meminta ada satu atau dua bahagian untuk mereka.

Fikirkanlah wahai cikgu..... Kuasa ada ditangan kilen.

16 April 2011

FIKIRKAN RAKYAT MALAYSIA

Di sepanjang Pilihan Raya Kecil di Pahang dan Melaka dan kini Pilihan Raya Negeri Sarawak, ratusan juta wang dari kantong kerajaan telah diambil. Pengumuman demi pengumuman dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tentang penurunan 'peruntukan pilihan Raya' ditaburkan kepada rakyat. Tetapi pernahkah kita fikirkan sewaktu di pentas UMNO atau Barisan Nasional, kepimpinan negara ketika itu bercakap atas tiket apa? Perdana Menteri atau Presiden UMNO? Bagi minda Anak Raja Dagang yang tak sepintar si putar alam namun jelas sekali dia bercakap atas dasar seorang presiden sebuah parti politik kerana waktu itu bukan tugas rasmi dia sebagai Perdana Menteri! Jadi, apakah hak beliau menaburkan janji dan wang MILIK RAKYAT MALAYSIA sedangkan ketika itu dia bercakap sebagai seorang ahli sebuah parti...bukan PERDANA MENTERI! Beliau berkempen untuk partinya....oleh itu tidak boleh sewenang-wenangnya seumpama seluk kocek dan tabur duit sesuka hati.....Duit itu bukan milik UMNO! Kenapa wang RAKYAT digunakan sewenang-wenangnya oleh seorang pemimpin parti politik sewaktu berkempen dalam pilihan raya? Pada hal ketika itu dia berdiri sebagai seorang presiden parti.

Di Amerika setiap peruntukan yang dikeluarkan perlu mendapat kelulusan kongres... Ini menunjukkan betapa ketatnya pengeluaran sesuatu peruntukan walaupun ianya untuk kepentingan rakyat. Tetapi di Malaysia cukup memadai menggunakan air liur seorang pemimpin.... On the spot tu jugak...mudah betul kerana rakyat Malaysia rela duit RAKYAT diguna semudah itu.....

Perana seorang Perdana Menteri dan seorang presiden parti ada perbezaannya..... Perdana Menteri berkhidmat untuk negara dan rakyat.... Manakala presiden sebuah parti politik memimpin parti politiknya..... Apa kuasa presiden sebuah parti politik mengeluarkan peruntukan dari kantung kerajaan persekutuan? Jika hal ini berterusan, dalam pilihanraya akan datang semua pihak boleh menuntut apa jua peruntukan sewaktu hari berkempen..... JIKA NAK UNDI BAGI PERUNTUKAN! Takkan di Kerdau, Merlimau dan Sarawak sahaja menerima jutaan ringgit peruntukan.... Rakyat di tempat lain juga berhak! Amalan yang tidak bermoral ini mengundang kerugian kepada negara.

Penyalahgunaan kuasa? Kita serah kepada pihak berkenaan untuk bertindak. SPRM punya peruntukan untuk membuat siasatan.... SPRM ditubuhkan untuk menyelamatkan negara dari dikuasai sepenuhnya dengan amalan rasuah dan menyelamatkan kehilangan wang milik rakyat dalam akaun kerajaan. Wang kerajaan bukan wang UMNO atau Barisan Nasional. Sebab itu dalam parlimen ada pembangkang.... Tujuannya untuk memastikan segala urusan pentadbiran negara memberi impak yang terbaik untuk rakyat.....

Jadi RAKYAT! Buka minda kalian.....


Salam Rakyat!

Salam Perjuangan!

Dari Rakyat Untuk Rakyat

13 April 2011

ISTILAH RAKYAT

Salam Rakyat! Salam Perjuangan!!!

Siapa Perdana Menteri dan siapa Rakyat? Di media cetak dan elektronik seringkali membuat kenyataan yang berbunyi begini..... "Perdana Menteri telah mengadakan majlis ramah mesra bersama rakyat....." Pendapat aku la....jika seorang berjawatan Perdana Menteri adalah TIDAK LAYAK menggunakan istilah RAKYAT..... Adalah lebih manis menggunakan perkataan MASYARAKAT...... Ini kerana seorang Perdana Menteri itu sendiri adalah datangnya dari kelompok RAKYAT. Jika Sultan....YA penggunaan istilah RAKYAT adalah WAJAR.

Harap Dewan Bahasa dan Pustaka buat kajian tentang perkara ini..... SUMBANG bebeno bunyinya!

Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris




20 March 2011

07 March 2011

TAHNIAH....TAPI JANGAN LUPA

Tahniah buat BN yang telah berhabis jutaan RINGGIT MALAYSIA dalam kempen PRK bebaru ini (Termasuk jumlah peruntukan yang dijanji-janjikan oleh PM dan TPM). PR memang tak boleh lawan bab-bab peruntukan jutaan ringgit ni.....

Kepada YB yang menang di kedua-dua DUN, kilen kena prihatin dengan segala janji yang diucapkan oleh kilen dan pemimpin kilen....jangan bebuat lupa pulak! Jangan selepas ni ada pulak alasan projek tak boleh jalan sebab tak ada peruntukan atau projek jalan tetapi budget dikurangkan! Sesetengah projek pada mulanya dilaksanakan oleh kontraktor kelas D tetapi bila nak laksana, dapat ke tangan kontraktor kelas F.... Jawapannya, dah tentu budget dah dikecilkan!.

Kerajaan dah luluskan budget.... Maka tidak perlu ada pengurangan. Ingat tuh! Sorang YB tu ustaz yang selalu gak wat ceramah.... Di hujung lidah selalu ucap AMANAH.... So, jangan cakap je 'berdego' tetapi hasilnya tarak.... Dosa kilen...... Atau auta kempen selama 8 hari kelmarin akan dihukum RAKYAT Merlimau dan Kerdau dalam Pilihanraya Umum akan datang!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

Ramai dari YB seluruh alam Malaya ni lebih utamakan parti dari rakyat....sampai rakyat jemput hadir ke majlis anjuran rakyat sanggup ditinggalkan waktu pilihanraya dulu.... Mereka wajar dihukum! Terutamanya YB MP Raub....Ng Yen Yen.

06 March 2011

ESOK NGUNDI!

Aku tak tahu bagaimana sebenarnya warga Kerdau dan Merlimau merasai kehangatan PRK di sana.... Adakah dengan perhatian selama 8 hari yang 'gamat' dan jutaan ringgit membanjiri kedua-dua tempat, mereka lupa akan 'waktu susah' hari-hari sebelumnya. Oh ya, pak cik yang nangis sebab dapat wifi yang disiarkan dalam tv tu dah tengok ke rupa wifi tu..... Hahahaha, lawak sungguh, nampak sangat nak membohongi rakyat! Orang kampung bukan nak wifi.... Orang kampung nak jaminan hidup yang selesa! Oleh itu wajar RAKYAT di daerah-daerah lain, di negeri-negeri lain menuntut wifi percuma ini..... sebenarnya kerajaan BN mampu!

Hari ini, orang Kerdau dan Merlimau akan turun mengundi.... Selamat tunaikan tanggungjawab. Harap jangan fikirkan apa yang berlaku 8 hari sebelum ini... tetapi fikirkan untuk 8 keturunan tetuan. Jangan kerana 8 hari tetuan enak diulit intan, keturunan tetuan akan kerugian untuk 8 generasi!

Sedarlah tetuan, segala peruntukan yang dijanjikan oleh BN di tempat tuan-tuan menyebabkan jutaan RAKYAT MALAYSIA yang lain menangis? Jika di Kerdau dan Merlimau masih ada rakyat yang tidak dibela Ameno sebelum PRK ini...maka, bayangkan rakyat Malaysia di daerah lain, negeri lain. Jika tidak, masakan wujud rancangan BERSAMAMU di tv3 nuuuuuuuuuuuuuuu.....

Tapi aku fikir BN akan menang! sebab segala agensi kerajaan terlibat dengan kempen... Hinggakan Timbalan Perdana Menteri guna helikoter KERAJAAN MALAYSIA turun berkempen(sepertimana yang ditayang dek salah satu stesen tv popular di Malaysia). Sedangkan kehadiran beliau atas tiket partai politik yang disebut UMNO! Nampaknya parti politik ini sudah banyak unsur-unsur korup dalam mentadbir negara.

Apa pun buat orang Kerdau dan Merlimau, keputusan ditangan kilen! Jika BN yang kilen pilih, semoga apa yang dijanjikan oleh ameno yang mencurah-curah turun bagai hujan ribut menjadi kenyataan.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!!


24 February 2011

YB OH YB!

Hari ni ARD baca kenyataan dalam akhbar(UM) tentang kenyataan seorang pencacai AMENO yang mencadangkan seorang pegawai dalam sebuah organisasi GLC dikenakan tindakan atau hukuman kerana dikatakan ‘MENEGUR’ atau ‘KRITIK’ seorang kepala satu lagi organisasi GLC. Hahahaha sudah jelas lagi bersuluh ARD secara peribadi berpendapat sesiapa orang kuat AMENO adalah KEBAL dari menerima teguran, kritikan, komplen dan apa juga perkataan yang sewaktu dengannya. Itulah gambaran sebenar AMENO masa kini! Depa boleh buat apa sahaja yang depa fikir bagi untung kat depa. Sesapa tak boleh komplen atau kritik....sebab depa pegang kuasa!!!! Maka barang siapa yang bersuara dalam sesatu isu dianggap HANG JEBAT!!!! Penderhaka wajib dihukum! Gitu le gamaknya.

Agaknya pepuak AMENO ni masih syok bersantai dengan kuasa yang ada pada mereka.... Banyak perkara yang menyentuh kebajikan rakyat yang mereka pinggirkan. Dari sudut sosial, ekonomi dan juga agama. Keperihatinan kepada rakyat hanya menonjol apabila pilihanraya berlaku....tidak kira PRU atau PRK.... Waktu itulah bermacam bentuk bantuan dihulur kepada rakyat yang sebelumnya diabaikan pemerintah. Kenapa sebelum PRU atau PRK nasib rakyat yang tidak bernasib baik tidak dibela seadanya? Kenapa bila ada PRU dan PRK baru terhegeh-hegeh ‘turun padang’ dan berpura-pura kilen adalah YB yang prihatin.... Malah time tu la YB tunjuk simpati kepada rakyat walau kawasan tu bukan kawasan dia.....Errrrr, macam YB ADUN Dong yang tetiba berhati mulia menabur budi dan penuh prihatin di ADUN Kerdau!(merujuk kepada gambo dalam akhbar Sinar bertarikh 24/02/2011) Kawasan Dato’ camana???... Dah terbela ke rakyatnya? Bukan ARD nak tuju kepada ADUN Dong tu aje....YB-YB lain tu sama aje. Daripada kilen dok hipokrit di kawasan orang lain, baik kilen tumpukan perhatian kek kawasan kilen. Hari-hari turun padang pun tak pa(kek kawasan kilen) dari hari-hari dok berulang alik ke Bandung atau Medan!(Tempat-tempat begitu macam kawasan ADUN diorang la pulak. Asyik buat ‘benchmark’ sini-sana...hahahaha)

Makanya, kepada YB-YB yang nak turun ke Merlimau atau Kerdau nuuu pastikan kawasan sendiri dah selesai masalah semuanya... Jangan nak ‘ngengada’ tunjuk prihatin kek tompek urang! Malu le kalau rakyat tompek kilen nampak kilen syok kempen di Merlimau dan Kerdau tetapi kek tompek sendiri nasib rakyat terbiar! Kalau nak diikutkan tak perlu YB-YB dari merata alam datang ke Merlimau dan Kerdau tu.... Biarkan aje calon-calon tu usaha untuk membuktikan siapa yang layak. Bila macam tu baru la rakyat kenal mendalam akan calon-calon tu. Kilen yang terhegeh-hegeh dan dalam masa yang sama perabih duit rakyat tu aper cerito!!!! Jadi ARD nak ingatkan, KUASA RAKYAT dalam keadaan silent memasang strategi dan menanti hari untuk ‘mentalkinkan’ memana YB yang tidak berkerja untuk rakyat!

SALAM RAKYAT! SALAM PERRJUANGAN!

MARI FIKIRKAN BERSAMA

Salam Rakyat!

Melihat kepada perkembangan terkini di dunia Islam, kebangkitan rakyat mula dirasai bahangnya. Namun begitu ARD tidak melihat kebangkitan itu merupakan perjuangan rakyat yang bergerak di atas landasan yang benar. Kenapa ARD yang selama ini meyakini kuasa rakyat tetapi menafikan kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, dan beberapa buah negara Islam? Ini adalah kerana ARD meragui lahirnya semangat rakyat itu dari hati seorang Muslim atau semata-mata hati manusia.

Mungkin rata-rata saudara-saudara berbangga, tersenyum dan berpuas hati dengan tumbangnya Hosni Mubarak dan pemimpin-pemimpin seperti beliau. Segalanya bermula kerana cerita seorang Muslim yang tidak percaya dengan ketentuan ALLAH SWT! Kisah seorang pemuda yang jelas menafikan apa yang berlaku dalam hidupnya itu merupakan ujian ALLAH SWT! Yang jelas tindakan nekad yang dilakukan oleh beliau dengan membakar dirinya bukanlah suatu JIHAD! Malah sudah awal-awal lagi ALLAH SWT menegaskan apakah hukuman kepada hambaNYA yang MEMBUNUH DIRI!

Kebangkitan rakyat yang berlaku hakikatnya berpunca daripada ekonomi…. ALLAH SWT paparkan kepada seluruh hambaNYA di pelusuk alam bagaimana KUAT iman manusia hari ini menghadapi ujian dan ketentuanNYA. Sememangnya bukan sesuatu yang mudah jika kita menghadapi masalah ekonomi yang gawat! Di Malaysia sendiri ekonominya sedang gawat… Berputar-putar di akal fikiran memikirkan tentang sesuap nasi untuk keluarga, kos pengangkutan, kenaikan harga barang dan hutang-hutang kad kredit…. Namun jika kita lupa dari mana ujian ini didatangkan….maka, kita akan lakukan bermacam tindakan yang merugikan diri sendiri.

Hakikatnya ALLAH SWT juga mahu tunjuk kepada hamba-hambaNYA sesungguhnya jika orang-orang Muslim itu bersatu, hal-hal sebegini tidak akan berlaku. Lihatlah bagaimana pemimpin-pemimpin Muslim tidak kira di Asia Barat dan di mana jua, mereka tidak lagi menjaga ukhwah sepertimana yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dan para sahabat! Hari ini, masing-masing cuma menjaga kepentingan sendiri…. “Biarlah Palestina kelaparan, kurang bantuan perubatan dan rasai segala kepayahan asalkan negara aku tidak seperti negara mereka”! Maka si perlaku sudah menerima habuannya!

Murahnya jiwa rakyat kerana sudah puluhan tahun kepimpinan yang akui negaranya sebuah negara Islam tetapi secara praktikal hanya ‘INDAH KHABAR DARI RUPA’ mampu berdiam diri…tetapi dek kerana kisah seorang pemuda yang nekad membakar diri(dengan niat membunuh diri) kerana masalah ekonomi bukan kerana JIHAD, sanggup menghadapi segala risiko….

Untuk jiwa-jiwa RAKYAT, di mana juga kilen berada… lihat di mana landasan kita yang sebenar…. Jika kerana menegakkan syariat ISLAM, Insyaallah… ALLAH SWT redha, namun jika kerana ‘DUNIA’…kilen perlu berundur dan pohon petunjuk ALLAH SWT.

Buka sedikit minda dengan prasangka,…..adakah yang berlaku hari ini merupakan satu konspirasi ‘tangan-tangan ajaib’?

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

18 February 2011

Anak Sungai Derhaka: ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campur...

Anak Sungai Derhaka: ‘Rosmah semakin Angkuh’ Istana akan dimohon campur...: "Aku tahu selain dari penyokong-penyokong Pakatan Rakyat, ramai juga ahli-ahli UMNO yang meluat atau menyampah dengan perangai Rosmah Mansor ..."

02 February 2011

INDAH KHABAR....

Salam Rakyat! Salam Perjuangan!

Ketika ini rakyat Malaysia sedang melalui saat-saat getir... Apa ke tidaknya, jiwa rakyat Malaysia cuba ditenangkan dengan ungkapan ‘INDAH KHABAR DARI RUPA’. Melalui media rakyat dimomokkan dengan cerita yang indah-indah.

CERITA 1

Tentang kenyataan keperluan minyak masak di pasaran mencukupi... Ni badut mana yang buat lawak bodoh ni? Menteri mana yang bikin cerita stail budak sekolah rendah? Di daerah aku nak cari sebotol minyak SERI MURNI macam nak cari emas! Jangan cerita nak cari minyak SERI MURNI, nak cari minyak peket pon payah! Pelik bin ajaib bila kata bekalan minyak masak mencukupi... Lebih menghairankan Malaysia sebuah negara yang war-warkan sebagai pengeluar minyak kelapa sawit antara yang terbesar di dunia dilanda ‘KEMARAU MINYAK MASAK’! Agaknya bapak menteri dah tak reti nak bezakan minyak masak kelapa sawit, minyak masak sunflower dan minyak masak jagung yang ada di pasaran sekarang ini! Kemana hilangnya minyak masak kelapa sawit dari kedai-kedai runcit di Malaysia? Termasuk produk FELDA! Agaknya pokok-pokok kelapa sawit di Malaysia tidak produktif lagi atau kilang-kilang termasuk FELDA sudah muflis dan mengalami kerugian lantas dihentikan operasinya... Atau ada penyalahgunaan kuasa didalam isu ini? KENAPA? Persoalan yang belum dijawab bapak menteri. Dahulu gula hilang dari pasaran..., hari ini minyak masak kelapa sawit pulak lesap! Lagi lawak bila iklan minyak masak tak keluar tv...

Ini giliran minyak masak, kalau selepas ini BERAS pulak hilang dari pasaran??? Jika rakyat Malaysia terutamanya penyokong hidup mati dan totok AMENO masih tak sedar, kilen memang aku salut.... Memang otak kilen dah punah teruk!!!! Tak nampak langsung peranan kerajaan untuk menangani masalah seperti ini dengan bersungguh-sungguh. Bapak-bapak menteri senang la cakap, sebab kilen tak sesukar jutaan rakyat yang keluar masuk kedai runcit ‘memburu’ minyak masak! Sesilap makan pun kilen pegi je ke hotel-hotel mewah! Imbau kembali Tunisia, Mesir dan beberapa negara yang sedang bergelumang dengan kebangkitan rakyat yang menuntut hak yang sepatutnya rakyat perolehi. Mengapa berlakunya rusuhan? Mereka bukan penderhaka kepada negara tetapi mereka membenci pemimpin mereka yang dah jadi diktator dan banyak salahgunakan kuasa! Apatah lagi kalau kepala pemimpin menyediakan pejabat khas untuk bini diorang kat pusat pentadbiran negara! Entah datang mana punca kuasa bini boleh berperanan umpama wakil rakyat yang dipilih rakyat?

Makanya berbuat la yang sepatut-patutnya jika RAKYAT DIDAHULUKAN! Jangan sampai RAKYAT mendahului kerajaan! Kalau jadik macam tu...nanti ada lak yang lari minta suaka kat negara asing... Sesilap jika jadi arwah, bumi Malaysia tak terima...

CERITA 2

Kebangkitan rakyat di Mesir telah mengutuskan berita suram untuk ibu bapa pelajar kita di sana. Anak Raja Dagang malas nak ulas pepanjang camana keadaan anak-anak kita di sana. Makan tak berapa cukup, duit pun tak berapa ada, talian internet dan komunikasi diganggu kerajaan Mesir dan paling utama keselamatan diri mereka tak berapa terjamin. Dengar khabar polis di sana dah hilang taring! Balai pun dah kena bakar... Lebih banyak nak jamin keselamatan sendiri dari jaga keselamatan awam...

Penyelesaian tentang nasib anak-anak Malaysia di Mesir masih ‘dalam perbincangan’... Dengar khabar PM nak hantar TLDM selesaikan perkara ini... Agaknya nak tunggu warna OREN bertukar MERAH baru nak bertindak(seperti mana amalan biasa kerajaan Malaysia menghadapi masalah di Malaysia....dah nak terberak baru terkinja-kinja gali lubang!) Anak-anak Malaysia di Mesir tu bukan insan yang sebarangan! Mereka bakal mengisi kekosongan kerusi doktor-doktor yang ada di Malaysia... Mereka bakal jadi profesional di Malaysia! Jika begini layanan yang mereka terima... Alamatnya sedikit rasa kesal berdetik di jiwa mereka...

Baru sebentar tadi Anak Raja Dagang bercakap dengan anak sedara yang belajar di sana dan sedang berlindung di Malaysia Hall... Kasihan mendengar cerita dia... Paling mengecewakan ialah nasib dia dan teman-teman masih di dalam PERBINCANGAN! Malah masih ada pelajar Malaysia yang tidak sempat berlindung di Malaysia Hall...termasuk seorang sepupu dan anak sedara yang tak tahu untung nasibnya...

Buatlah yang terbaik untuk mereka wahai kerajaan Malaysia. Kilen gah dengan jawatan dan kuasa tetapi jika gagal menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin lebih baik kilen surrender dan turun secara terhormat! Rakyat pun dah jelik dengan permainan kilen. Ingat penyokong totok Ameno yang berhempas pulas jaga ‘nyawa’ kilen tu ikhlas sangat ke? Diorang tu mengharapkan habuan semata-mata dan nak jaga periuk nasi memasing! Dalam otak diorang tu... “Dapat collect seribu dua RM dalam PRU akan datang ni ok da”, “Dapat join trip gi Bali pun ok da”, “Dapat kontrek empat lima projek ok da”, “dapat seekar dua tanah untung da” itu jer antara yang diorang ingat bukan nak memartabatkan negara sangat....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!