Perang Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam sejarah Islam. Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan kelanjutan Agama Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat.
Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut:
Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11)
Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepada bangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad." Ucapan kaum Yahudi itu membuat hati bangsa Quraisy senang dan mereka segera mengadakan persiapan untuk berperang.
Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah. Cara pertahanan sedemikian itu merupakan cara yang biasa dipakai oleh bangsa Parsi
Kata Salman:
Ertinya:" Ya Rasulullah .. dahulu ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan tentera kuda maka kami akan menggali parit disekitar kami."
Pendapat Salman tersebut diterima baik oleh Nabi dan segera beliau memerintahkan para sahabatnya untuk menggali parit di sebelah barat daya Madinah iaitu dibahagian yang terbuka yang di khuatiri musuh akan datang dari arah sana. Rasulullah membahagikan tugas penggalian parit. setiap sepuluh orang sahabat ditugaskan untuk menggali sepuluh hasta. Panjangnya parit itu kira-kira lima ribu hasta, dalam sampai sepuluh hasta sedang lebarnya sembilan hasta keatas.
Penyerangan berlaku, namun Allah menolong Nabi Muhammad saw dengan mengirimkan angin yang berhembus dimalam hari yang amat dingin kepada pihak musuhnya. Angin tersebut dapat memporak-perandakan kuali-kuali dan khemah-khemah mereka. Abu Syufyan bangun dan berkata kepada pasukannya:
Ertinya: Hai kaum Quarisy! Sesungguhnya kamu sekarang tidak mampu lagi untuk bertahan disini kerana kambing-kambing dan unta-unta kami telah habis, kaumYahudi Banu Quraiza pun telah mengingkari janjinya dan telah sampai kepada kami berita yang tidak kami ingini dari mereka. Kami juga diserang oleh anginkencang seperti yang kalian lihat seperti yang kamu semua lihat. Oleh itu beredar kamu dan aku juga akan segera beredar.
Kemudian Abu Sufyan bangun menuju kepada untanya yang tertambat dan segera berlalu. Ketika kaum Ghatfan mendengar kaum Quraisy telah pun beredar mereka pun segera kembali ketempat asal mereka. Ketika Khudaifah Ibnul Yaman yang diutuskan oleh Nabi untuk mengitip ditengah-tengah barisan musuh datang memberitahu kepada baginda apa yang dilakukan oleh pasukan musuh waktu itu baginda sedang bersolat.
Pada waktu paginya Nabi beserta seluruh pasukannya segera meninggalkan medan peperangan Khandaq menuju Madinah untuk meletak senjata.
Peperangan itu berakhir dengan berundurnya bangsa Quraisy untuk selama-lamanya dan mereka tidak pernah datang lagi untuk memerangi kaum Muslimin selepas itu. Dalam peperangan Khandaq ini kaum Muslimin yang terbunuh sebanyak tujuh orang sedangkan pasukan musuh ada empat orang.
Dipetik dan diolah daripada http://peperanganislam.blogspot.com/2008/04/perang-khandaq.html
SALAM RAKYAT SALAM PERJUANGAN!!!...
ARD berkongsikan peristiwa Perang Khandaq ini dengan para pembaca supaya kita bersama-sama memperolehi pengajaran, panduan dan dijadikan ikutan apabila ARD menyentuh berkenaan isu yang akan dibincangkan.
Maka ceritera pun bermula....
“Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan berbagai ungkapan sewaktu dengannya akan disusuli ungkapan yang lazimnya sebegini...”Allah SWT akan balas balik perbuatan diorang kelak!” atau “diorang buat, diorang akan tanggung kelak!”....
Inilah kunci kepada kelemahan orang kita apabila satu persatu isu berlaku majoriti orang kita membisu sejuta-juta-juta bahasa dan menunduk wajah ke tanah tanpa tekad untuk bangkit membetulkan keadaan atau memulihkan kembali maruah Islam, bangsa dan negara.
Rasulullah S.A.W.tidak sesekali membiarkan Madinah diserang sewenangnya oleh pihak Quraisy. Malah, diminta pendapat para sahabat untuk menangani permasalahan tersebut atas dasar mempertahankan diri. Malah, penggalian parit yang dicadangkan oleh Salman Al-Farsi diterima pakai sebaiknya oleh baginda dan sahabat-sahabat yang lain. Mengapa tidak baginda meminta para sahabat dan penduduk Madinah duduk berdiam diri sambil menerima takdir Allah SWT dan menerima akibat serangan Quraisy? Bukan sekadar Madinah akan mengalami kemusnahan, malah kedudukan Islam bisa tergugat sekiranya di pihak Islam tidak berbuat apa-apa.
Makanya menjadi aneh ARD melihat dalam kalangan kita yang suka sangat mengungkapkan “Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan berbagai versi ungkapan lagi sedangkan dalam masa yang sama menjadi saksi kedudukan, kedaulatan Islam, malah adakalanya melibatkan negara dicalar balar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa ada apa-apa tindakan susulan di pihak orang kita. Inilah kepelikkan yang teramat sangat bagi ARD sedangkan Rasulullah S.A.W. tetap ikhtiarkan sesuatu walaupun baginda menyedari bahawa Allah SWT ada bersama orang-orang Islam ketika itu.
Dek kerana ungkapan-ungkapan yang ARD nyatakan tadi, orang kita begitu mudah atau begitu cepat mengalah tanpa mempertahankan diri terlebih dahulu. Amat buruk moralnya sekiranya majoriti yang berilmu(agama) lebih berpegang kepada budaya bertawakal tanpa melakukan sesuatu usaha menangani satu-satu isu. Ibarat menerima bait-bait “Kita wajib menerima ketentuan Allah SWT”. Jika macam tu, kita tutup balai polis, hospital, balai bomba, JPAM, KRT, dan apa ke jadah lagi tu kerana sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT.
Ayuh, kikiskan ungkapan “Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan lelain dari terus merantai kehidupan hingga menjadi budaya hidup berzaman sampai musuh bogelkan kita di khalayak pun akan tetap kita berkata “tak apa.....” sambil tersenyum meredhai perbuatan itu. Jangan jadikan ungkapan-ungkapan sebegini menjadi duri dalam daging kehidupan kita.
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
No comments:
Post a Comment