“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

03 December 2009

Malaku l-Mawt (ملك الموت)

Malaku l-Mawt (ملك الموت).... Agaknya 'kuasawan-kuasawan' yang sepatutnya meluluskan solat Jumaat di Masjid Tengku Abu Bakar Raub tak takut dengan nama/gelaran tu. Itu pasal berita tentang solat Jumaat masih tiada penyudahnya. Ingatlah, sesungguhnya doa orang-orang yang ditindas itu mudah makbulnya...

Takkan Tuan Kadi tak kenal Malaku l-Mawt (ملك الموت)? Jawatankuasa MTAB pun tak kenal Malaku l-Mawt (ملك الموت)?... Insya Allah Malaku l-Mawt (ملك الموت) akan berada di hadapan tetuan. Cuma cepat dan lambatnya aje. Sempat lagi nak membersihkan diri tetuan sebelum berhadapan dengan Malaku l-Mawt (ملك الموت).

INGAT! Harta dan kekayaan itu hanya kegembiraan tetuan di dunia ini....

No comments:

Post a Comment