“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

29 December 2009

PENDIDIKAN MENJELANG 2010

Sekarang ni kita semua sedang berdebar-debar menantikan kedatangan 2010. Ibu bapa pun mula sibuk membuat persiapan untuk menghadapi sesi persekolahan yang baru. Guru-guru mula kembali ke daerah tempat bertugas memasing untuk menghadiri mesyuarat guru. Tak kurang juga ada guru-guru yang berpindah ke sekolah baru...

Dalam sedar atau tidak di kalangan masyarakat bahawa peruntukan kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia di'kerat 18' oleh kerajaan BN. Sekolah-sekolah menerima budget yang ciput. Pepandai Pengetua dan Guru Besar bertindak untuk menggerakkan aktiviti di sekolah memasing. Sekali lagi slogan 'RAKYAT DIDAHULUKAN' dicabuli dek pemerintah. Puas la hati guru-guru yang menyokong dengan padu (secara politik) BARISAN NASIONAL/UMNO. Nak tengok bagaimana dua tiga kerat pengetua dan Guru Besar yang menjadi pencacai UMNO 'menunjukkan bakat' mentadbir sekolah. Anak Raja Dagang dapat membayangkan betapa sesaknya ADUN BN/UMNO terutamanya di daerah Raub melayan surat-surat mintak derma dari sekolah-sekolah. Tak pe tetuan ADUN BN/UMNO sekelian 'RAKYAT DIDAHULUKAN'.... Tak pe..tak pe... diorangkan 'WAKIL' RAKYAT.... Kerja untuk Rakyat... Memang keje diorang tu kalau bab-bab 'sumbang' menyumbang ni....

Nampak gayanya beberapa program bakal digugurkan, DUIT tadak!(Senang betul si-hampuras ni berkata-kata)...... Aik! Formula one boleh masuk dan curah RM juta-juta, ada angan lak nak beli pesawat tentera yang baru, pemberian elaun ETEMS yang tetap diberi sedangkan ETEMS dah 'arwah',....... apa semua ni??? Pendidikan selama ini berada di barisan hadapan! Pendidikan merupakan pelaburan yang mahal kerana akan melahirkan generasi anak bangsa yang berilmu dan berguna kepada negara. Tanpa pendidikan yang sempurna bagaimana nak capai matlamat dalam falsafah pendidikan yang disemat dalam diri para pendidik di negara selama ini? Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, camana nak dapatkan pendidikan yang sempurna. Sekarang ni zaman pakai duit, bukan sekadar nak guna akal semata-mata.

Ini la Malaysia versi 1Malaysia... tak cukup dengan harga minyak yang dinaikkan secara halus, pendidikan pulak jadi sasaran. Sekolah tak ada duit, tetapi terpaksa meneruskan program kependidikan... Siapa yang tanggung?....RAKYAT la...! Cuba le golongan bukan guru bertanya kepada pengetua dan guru besar, bagaimana nak operasikan sekolah mereka dalam tahun 2010? Mungkin diorang ada MAGIK!



No comments:

Post a Comment