“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

08 December 2009

NASIB UPTOWN

Sebagai anak Raub, Anak Raja Dagang begitu bangga kerana kek bandar tu dah wujud 'uptown'. Dapat le anak-anak tempatan mencari rezeki dan juga pendapatan tambahan. Ini adalah satu usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan baru serta merancakkan kegiatan ekonomi. Tahniah dan syabas kepada pihak-pihak yang telah berusaha menyediakan tapak 'uptown'.

Setelah beberapa bulan kewujudan uptown ini, Anak Raja Dagang perhatikan 'kerancakan sebenar' uptown tidak digambarkan di uptown Raub. Cuma ada seketika iaitu menjelang Aidilfitri uptown Raub meriah. Hari ini,....ia seolah-olah 'indah khabar dari rupa'. Dengar khabarnya, banyak tapak telah disediakan oleh pihak MDR untuk tujuan ini. Tetapi kenapa cuma dua tiga kerat aje yang berniaga??? Nak tunding kat siapa ni? Penyewa tapak uptown yang tak berniaga? atau pihak MDR? UPTOWN RAUB....peh!hebat! Tapi kalau orang luo nengok...? Terutama dari K.L. yang dah biasa dengan uptown.... Malu kite weh!

Anak Raja Dagang nampak ada dua pihak yang boleh dituding jari. Pertama, pihak berkuasa tempatan. Kedua, orang yang nyewa tetapi tak menjalankan perniagaan. Kepada pihak berkuasa tempatan, untuk memeriahkan uptown tu... buat le promosi sikit. Takkan sekadar banner hok memula dulu jer. Buat homework dan kajian kenapa uptown Raub tak meriah. Fikirkan langkah yang sesuai untuk memeriahkannya. Mungkin sewa tapak mahal sehingga ada anak-anak tempatan yang berminat 'mati angin' bila dengar kadar sewa tapak.... Nak memulakan sesuatu yang berfaedah sebegini jangan nak fikir untung semata-mata.... Ramai yang berminat tu pun bukan punya modal yang besar. Sesilap nak bayar sewa tapak pun tak lepas. Kalau bukan faktor sewaan, mungkin faktor lain...Buat le homework sikit... Pihak Pejabat Daerah Raub dan Majlis Daerah Raub bukannya kontang dengan bijak pandai.

Kekadang ada individu yang gelojoh. Sebut je niaga dan duit...perh! semangat nak niaga datang macam tsunami. Tetiba tapak disewa, meniaganya tidak.... masalah gak ni. Ni pun kena kerjasama pihak berkuasa yang berkenaan memikirkannya. Buat le sekali pertemuan dalam sebulan dengan peniaga-peniaga uptown nuuu. Tanya kekalau diorang hadapi masalah. Dalam sesi tu bawak le berbincang nak selesai masalah. Mungkin di kalangan yang meniaga kat uptown tu 'orang baru' dalam perniagaan seperti itu... Jadi bagi le khidmat nasihat sikit. Jangan sekadar hantar penguatkuasa aje. Wujudkan satu team pulak untuk memantau perjalanan uptown tu.

Anak Raja Dagang keluarkan isu ini bukan kerana nak tembak mana-mana pihak. Malah Anak Raja Dagang sesangatlah bangga kerana bandar Raub ada uptown. Keknyer, ada yang kureeeng. Lakukan sesuatu untuk mengatasi 'kehambaran' uptown Raub. Satu lagi, sesekali wartawan Sinar Harian(Itu jer wartawan yang ada kat Raub yang Anak Raja Dagang kenai) buat le bebanyak cerita pasal uptown Raub. Bukan apa, bior bertsunami semangat semua pihak yang terlibat dalam operasi uptown nuuuuu.

Salam Rakyat dan berkunjunglah reramai ke uptown Raub. Tetulung rodong-rodong uptown.

No comments:

Post a Comment