“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

03 February 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN

Dalam banyak-banyak dasar yang dibawa kerajaan, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' merupakan visi yang paling bagus diutarakan oleh kepimpinan negara. Bagus bagi menerima anugerah 'Tanam tebu di tepi bibir'!.

Jika benar ingin menjayakan visi berkenaan PM kita perlu bertindak mengambil alih semula beberapa agensi swasta yang dahulunya 100% di bawah seliaan kerajaan. Antaranya Tenaga nasional Berhad, Telekom Malaysia, Pos malaysia, PLUS(Lembaga Lebuhraya Malaysia yang dulunya memainkan peranan), MAS dan begitu juga beberapa agensi swasta hari ini yang banyak memainkan peranan dalam urusan import beras dan gula.

Mengapa perlu diswastakan urusan-urusan berkenaan? Adakah kerajaan ingin mengelak dari tanggungjawab? Dasar penswastaan yang bertahun dilaksanakan sebenarnya membebankan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung kos kerugian agensi-agensi berkenaan. Kita bukan sebuah negara kapitalis (atau mungkin?). Kerajaan yang ditubuhkan di negara kita adalah hasil tangan rakyat melalui PRU. Adakah ini cara yang sesuai untuk membalas jasa baik rakyat?

Jika benar Najib berjiwa rakyat, beliau perlu mengambil alih agensi-agensi yang diswastakan dalam era Tun Dr M dahulu. Penswastaan agensi kerajaan lebih banyak menindas rakyat. Buktikan bahawa 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah wawasan ikhlas Najib demi kepentingan rakyat.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!

No comments:

Post a Comment