'Kerana nafsu dan untuk kepentingan peribadi' Mungkin ini adalah ungkapan yang sesuai menyentuh isu Masjid Tengku Abu Bakar. Sanggup menidakkan kepentingan kariah Masjid Tengku Abu Bakar lantas solat Jumaat dinafikan di masjid berkenaan. Tidakkah ini isu agama??? ARD bukan nak timbulkan huru-hara, tetapi ingin menuntut hak sebagai salah seorang rakyat negara ISLAM yang merdeka dan berdaulat ini. ARD tidak tahu ke mana kewarasan yang dianugerahkan Allah agar mereka yang bertanggungjawab seperti Tuan DO, Tuan Kadi, Tuan-tuan ADUN(2 ADUN Melayu) sehingga permasalahan begini tidak dapat ditangani untuk ke sekian tahunnya. Macam Raub ni berada di bawah pentadbiran USA la pulak....
Tuan-tuan,
Fikirkanlah satu perkara, andaikan kita ini akan mati keesokkannya... Andainya terlambat untuk memperbaiki kesilapan ini... Tak guna haji yang tetuan kerjakan, tak guna bersedekah banyak-banyak......kerana TAQWA itu sudah tiada. ARD galakan tetuan tonton BAHTERA PERUBAHAN.
Tak guna bergegar mimbar masjid memperingatkan dosa-dosa kepada jamaah, sedangkan diri sendiri, malaikat kat kiri dan kanan...kekejap tambah,tolak,tambah,tolak,tolak.... amalan anda....
Salam Rakyat