“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

30 March 2012

KSSR

Apa dia KSSR? Tanya cikgu sekolah rendah dia tau apa dia KSSR tu. Salah satu dasar pendidikan yang terkini untuk diterapkan kepada murid murid sekolah rendah. ARD sebagai seorang warga Malaysia tercinta ini amat gembira kiranya ada dasar pendidikan yang standard untuk kecemerlangan akademik dan seterusnya membentuk warga negara yang berguna.

Walaubagaimanapun, setiap kali perubahan dasar pendidikan dilaksanakan ianya tidak kena pada masa dan tempat.

Kepada pembuat dasar pendidikan negara, untuk melaksanakan perubahan hendaklah dikaji sekurang kurangnya 5 tahun sebelum dilaksanakan. Malah perlaksanaannya bukanlah terus kepada guru guru sekolah tetapi diterapkan dahulu dalam sistem pendidikan institusi pendidikan guru terlebih dahulu. Apa guna ada institusi pendidikan guru yang bertebaran seluruh negara jika sekadar untuk memenuhi keperluan guru semasa.

Di institusi inilah pembuat dasar boleh membuat kajian keberkesanan dan penambahbaikan jika perlu. Sebagai pembayar cukai, RAKYAT tidak mahu pembaziran wang seperti mana yang berlaku kepada perlaksanaan ETEMS yang telah gagal. Kos ETEMS jika tidak dilaksanakan boleh diperuntukkan kepada perkara lain. Namun kerana inginkan POPULAR, pihak kerajaan telah membuat suatu pembaziran yang sangat besar.

Berbalik kepada KSSR, kita tidak mahu ada pihak yang ketinggalan dan satu lagi pembaziran wang rakyat. KSSR dilaksanakan terlebih dahulu dan pihak BPG menerima hal ini agak lewat. Pihak Bahagian Pendidikan Guru terpaksa membuat perubahan dalam kurikulum IPG... Tidaklah ini merupakan satu pembaziran wang rakyat? Benar, kerana kos operasi IPG adalah menggunakan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia... Ia dikutip dari cukai yang bermacam daripada rakyat. Oleh kerana itu adalah lebih wajar pihak BPG terlebih dahulu melatih bakal bakal guru berkenaan KSSR dan setelah ambilan graduan IPG yang dilatih dalam KSSR menamatkan pengajian dan bertugas di sekolah sekolah rendah barulah KSSR dilaksanakan untuk pelajar tahun 1.

ARD mahu ahli ahli akademik bersuara.... Jangan kerana kedudukan kalian sanggup ditundukkan hidung.

SALAM RAKYAT.... SALAM PERJUANGAN.....

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!


Published with Blogger-droid v2.0.4

20 March 2012

Kata-kata yang beend takuti sesangat......... Kredit to Tanpa Nama.