“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

25 December 2010

MASA UNTUK BUKTIKAN SEPAK TERAJANG MELAYU DALAM PRU

SALAM RAKYAT!
SALAM PERJUANGAN!

Betapa geramnya kepada DAP Raub maka hari ini den sedio war-warkan bahawa den akan menontang habis-habisan kerjasama PAS Raub dan PKR Raub dengan DAP Raub! Den akan jadikan medan den ni sebagai senjata yang akan memusnahkan DAP Raub seandainya masih berkeras ingin meletakkan calon dalam PRU akan datang. Den akan usohokan DAP Raub kalau bertanding dalam PRU akan datang, TIDAK AKAN mendapat 10% dari keseluruhan 10% undi ahli PAS yang DAP Raub jadikan lawak budoh diorg tu. Namun sesekali den tidak la sampai ikat janji soidop somati dongan ameno atau BN.... tapi den sudah dapek ideo yang cukup untuk DAP Raub meraso camano sepak terajang Melayu dalam politik dan PRU. Den tanak cito strategi den, tapi kito lihat samo-samo betapo 'GESTAPO' sepak terajang Melayu dalam politik.

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!
NoNpArTiSAN

17 December 2010

JANGAN ANGKUH DAN BONGKAK

Salam Rakyat! Salam Perjuangan!

Pernahkan kalian mempunyai seorang kawan yang ANGKUH, BONGKAK? Jika kita mempunyai seorang kawan yang ANGKUH dan BONGKAK, maknanya ikatan persahabatan itu tidak akan berkekal lama. Pasti akan terlerai akhirnya. Ini la delimma yang dipikul dek PAS Raub ketika ini. PRU semakin hampir... Dedengar khabo DAP 'liat' nak serahkan pencalonan kerusi Parlimen kek kengkawan dio.... PAS Raub dah runding tetapi nampaknya perangai DAP serupa juga Ameno dan sekutu dia. Malah dengan bongkak leh kato DAP tak harap sangat undian ahli-alhli PAS yang dihitung cuma 10% kata dema. Sudah bongkak nampak!!!! Ingat sikit dalam PRU yang lalu DAP perlu hingat undi deme perolehi itu datangnya dari ahli-ahli PAS dan orang Melayu atas pagar! Di kampung-kampung tradisional di Raub nuuu... masih ada RAKYAT yang menyokong PR! Orang Melayu di atas pagar itu pangkah DAP dalam PRU lalu juga adalah disebabkan oleh kempen sekutu anda iaitu PAS dan PKR. Renungi semula siapa ahli-ahli PAS dan PKR secara majoritinya di Raub dan siapa penduduk kampung-kampung tradisional tuh.

Den raso selama hidup den di Raub nuu... Sudah puluhan tahun DAP cuba nasib dalam PRU... Tetapi gagal! Dalam PRU akan datang, mampukah DAP mengaut undi sepertimana PRU yang lepas? Den bagi kat DAP 90-10. Secaro optimis den kato 90% undi Melayu yang dahulunya rela hati pangkah 'ROKET' akan memihak kepada calon BN. Den bukan nak ugut, tapi den pecayo bonar itu yang akan berlaku. Donga kaba pulak laie DAP nak calonkan orang Melayu dalam PRU akan datang? Donga laie anak orang yang punya pengaruh gak di Raub nuuu....waris den juo. Deme lotak la....den nak tengok.... Tindakan DAP Raub akan menjadi BUAH MAUT BeEnd menghentam PR dalam kempen-kempen mereka....diiring lak dek isu KETUANAN MELAYU. Malah tompias kono pado rakan komponen PR sondiri. Tak tau lo jiko ada sorampang duo mata atas tindakan DAP tu. Kalo ado, akan pasti urang Melayu di Raub beralih arah. Den ni tak biaso dongan sepak terajang politik di Raub nuuu tapi tau camano raso sepak terajang urang Melayu. Jiko DAP ondak lotakkan juo calon yang dicadang-cadangkan tu dalam PRU akan datang ni, kalian akan lihat 'TSUNAMI' di Raub. Bukan setakat DAP yang hanyut...semuo komponen PR akan terbabit juo.... PR akan ditalkinkan di Raub.

Den heran dalam ungkapan PR 'bekerjasama', 'bersatu' dan 'setiakawan' seolah-olah hanya di atas kertas. Ini melihatkan DAP masih ada KETIDAKPERCAYAAN terhadap PAS. Dalam konteks ini, apa yang DAP takutkan? Jangan ingat orang-orang Cina akan lari jika PAS bertanding kelak. Kalau lari, ini menunjukkan bahawa wujudnya sentimen. Melayu ke Cina ke India ke Orang Asli ke.... kita semua adalah RAKYAT. Kita mahu hidup di bumi Malaysia ini dengan sejahtera dan aman damai dan tanpa SENTIMEN! Kalau den jadi calon PAS...monang la pulak dan jadi lak MP Raub, sudah pasti den akan renungi semulo PIAGAM MADINAH. Den minto DAP baco apo dio PIAGAM MADINAH tu.... Walau dah lamo iyo ada sebona eh piagam itu buleh diaplikasikan hinggo kiamat! Dalam piagam itu termaktub JAMINAN kepada masyarakat bukan Islam. Sobab itu kalau ado politikus bukan Muslim lafaz ayat-ayat Al-Quran, jangan lafaz juo....dalami apo kehondak ayat-ayat tu dan selami maksud yang sebona eh. Tak tau bertanyo!

Berbalik kepado kerusi Parlimen Raub nuuu.... Ia bukannyo milik sesapo! Ia milik RAKYAT. Pernah ke DAP buat pungutan suara ke semua tompek untuk mencalonkan calon dio? Buat Renungan PR, sekarang bukan masa untuk ikut sedap hati anda! sekarang kena ikut kehendak sebenar rakyat! Jangan nak seronok letak calon......buat la kerja risikan sikit.....

Untuk RAKYAT di Raub.... Kalian tahu kekuatan sepak terajang kalian dalam politik ni.... Ingatkan nasib anak-anak kocik yang akan membesar, bersekolah, masuk universiti, keluar cari kerja..... ADAKAH PROSES MASA ITU AKAN DILALUI DENGAN MUDAH SEKIRANYA KEADAAN DAN NASIB KITA AKAN KEKAL SEBEGINI?

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT
SALAM RAKYAT!

16 December 2010

DEMI RAKYAT

Salam Rakyat! Salam Perjuangan!

Sudah lama ambo tidak membuat catatan dalam blog ini. Mungkin kerana kewujudan Facebook menjadikan blog ini dipinggirkan..... Apa yang penting RAKYAT tidak dipinggirkan di waktu menjalani kehidupan dalam negara yang dicintai ini. Biar di mana jua gelanggang kita menyuarakan kebenaran, yang ambo mahukan ialah RAKYAT di Raub khususnya, di Pahang dan seluruh negara dapat info tentang hidup mati kita di bumi Malaysia.

Sudah lama tidak memberikan fokus kepada perkembangan politik di Raub. Apa perancangan partai-partai politik untuk menghadapi PRU yang akan datang? Paling pasti semua partai dari blok PR dan BN sedang mengadun satu resepi yang mampu RAKYAT di Raub menikmatinya. Memana hidangan yang enak itu akan memenangi hati RAKYAT Raub.

Melihat dari amatan ambo semua partai 'cool'....... Mungkin semuanya sedang dok membuat perundingan dengan komponen memasing untuk menentukan siapa yang hendak dicalonkan kelak. Bagi pihak PR, ambo nasihatkan demi RAKYAT kalian buatlah satu rumusan dan keputusan yang menguntungkan RAKYAT. Kalau DAP nak tanding, guna strategi PRU yang lalu iaitu meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi Parlimen. PRU yang lalu pada pandangan ambo yang agak jahil ni....kempen kalian hanya takat 40% aje. PRU kedepan ni buat KEMPEN yang HOLISTIK....hehehhehe pinjam istilah popular BN. Ataupon, demi melihat keruntuhan keangkuhan BN.... biar PAS yang bertanding di PARLIMEN! Pasti Raub akan berada dalam genggaman PR.

Dalam hal ini, ketepikan impian dan kepentingan memegang tampuk kuasa. Pada hemat ambo, siapa pun yang menjadi pemerintah...hati dan perut RAKYAT perlu didahulukan. Jangan lak DAP nak risau PAS yang Islamik tuuu. Dalam Piagam Madinah dahulu menyatakkan Islam akan memberikan kebebasan kepada penganut agama lain mengamalkan amalan agamanya.... Semua yang bergelar RAKYAT sama ada Islam atau bukan Islam bebas menjalani kehidupan memasing. Jangan bimbang, PAS tak buat operasi besar-besaran 'mengkhatan'!!! Jika semua RAKYAT dan komponen PR memberikan amanah kepada PAS, PAS tidak akan melupakan garis panduan yang termaktub dalam Piagam Madinah tu. Walaupun ia berlaku ratusan tahun dahulu dan berlaku di Arab Saudi, kita perlu ingat piagam itu berlandaskan hukum Allah SWT yang ada dalam Al-Quran. PAS tidak akan membelot....sekiranya tiada pembelotan!

Sekarang kita bukan nak nengok itu kawasan siapa, ini kawasan siapa.... kita dan RAKYAT nak tengok BN REBAH di bumi RAUB!!!! Jadi fikirkan hal ini sedalamnya. Selama ini pun pengundi Melayu tetap membantu partai DAP di Raub. Kita perlu membuat perubahan... demi kebenaran, keadilan dan RAKYAT yang mengharapkan perjuangan PR akan merubah keadaan tatkala penjawat awam sendiri pun khabarnya sudah berada di atas garisan sempadan kemiskinan!!!!

Fikirkan RAKYAT sebagai teras perjuangan!!!!
SALAM RAKYAT.....DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!!!!


17 August 2010

MASIH BELUM TERLEWAT....

Masih belum terlewat. Ungkapan pembuka bicara Anak Raja Dagang untuk posting kali ini. Ianya menyentuh tragedi paling dasyat dalam sejarah tanah air menyentuh aktiviti buang bayi. Betapa ramai pasangan 'halal' yang menginginkan anak berusaha pelbagai cara dan wang ringgit dalam waktu yang sama pula betapa ramai pasangan 'haram' tanpa perikemanusiaan membuang anak hasil dari perbuatan sumbang mereka.

Selama ini permasalahan seperti rakaman 3gp yang memaparkan jenayah maksiat di kalangan muda mudi kita hanya dianggap satu masalah yang terpencil... Hari ini, hasil daripada sikap sambil lewa itu sudah kenampakan... Maka media arus perdana tidak pernah sunyi dengan kisah penemuan bayi di dalam tong sampah, di dalam longkang, di dalam sungai.... Satu sikap melebihi dari seekor binatang telah menguasai minda makhluk Allah yang bergelar MANUSIA.

Apabila sudah menjadi parah, berbagai tindakan yang dicadangkan oleh pihak pemerintah untuk mengatasi masalah ini. Inilah sikap pemerintah asalnya kudis dibiar-biarkan, bila dah jadi barah barulah ke hulu ke hilir pelbagai cadangan dicanangkan termasuklah untuk menubuhkan sekolah untuk remaja mengandung luar nikah. Apa cerita ni???? Sudah terlalu banyak perkara yang menimpa.....pihak pemerintah masih belum bijak untuk mengambil iktibar.... ATAU mungkin belum terkena kepada darah daging sendiri....?

Permasalahan masa kini adalah berpunca apabila kita abaikan agama.... Sekelompok orang hanya mahu menikmati cantiknya Islam, sekelompok pula mengaut keuntungan dari Islam, sekelompok hanya berTOPENGkan Islam, sekelompok memang yakin dan percaya Islam itu cantik, memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kaum, anutan agama dan keturunan...tetapi kelompok yang terakhir tidak pula diberi peluang membuktikannya... MENGAPA? Selama 50 tahun lebih....pemerintah masih dari satu kelompok yang sama semenjak merdeka tetapi pekung jelas sana dan sini masih berdegil mengatakan kalian yang terbaik!...

Hatta hanya Islam yang mampu menghapuskan 'barah-barah-barah' yang menular hari ini. Tetapi kesombongan mengatasi kebebalan kalian... Hakikatnya PERUNDANGAN ISLAM melangkaui apa jua perundangan yang dicipta manusia selama ini.... Bayangkan sombongnya manusia kepada Allah SWT yang mencipta mereka.... Hingga sanggup mencela hukum dan perundangan yang diturunkan Allah SWT.

Hmmm... Bila berlaku kes-kes pelik.... contohnya H1n1.... Khinzir yang jadi mangsa.... Bila berlaku 'Kencing Tikus'.... Tikus mendapat nama..... Sedarkah bahawa Allah SWT juga yang mencipta semua hidupan di muka bumi ini? Hatta virus-virus yang tak mampu dilihat mata kasar itu pun Allah SWT jua yang mencipta.... Hakikatnya segala penyakit pelik akhir-akhir ini datangnya dari Allah SWT.... Jangan lak kata Anak Raja Dagang sudah sesat.... Ada sambungan lagi... Allah SWT menurunkan penyakit @ wabak untuk mengingatkan manusia bahawa Allah SWT telah memerintah manusia ini agar melakukan segala suruhanNYA...meninggalkan apa yang dilarangNYA.... Taati PERINTAHNYA...(Bila disebut PERINTAH sudah pasti ada peraturan-peraturan) Tetapi sayangnya manusia masih ego dan sombong mengatakan bahawa mereka(MANUSIA) berkuasa mengatasi apa jua masalah dengan akal fikiran yang ada...

Maka, macam kerajaan lah jika rakyat engkar surai demonstrasi... tangkap dan hambat dengan FRU berserta polis preman.... Allah SWT hanya sekadar menghantar 'penguatkuasa' yang sekecil-kecil zarah....Itu pun DIA hanya bagi 'notis' je dahulu..... Hukuman hanya dijalankan di HARI PERHITUNGAN kelak! Jadi RAKYAT termasuklah Anak Raja Dagang buat lah sesuatu...


SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

01 August 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN?



Nak tunggu ada kes baru masalah di atasi???.... Ini diambil di Taman Bandar, Raub..... TOLONG buat sesuatu.....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

16 July 2010

KUAK SEDIKIT DAUN PINTU MINDA 2

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

Ungkapan itu perlu kita selami sedalam-dalamnya...

Sayangnya nilai 'sejarah' dalam Malaysia moden hari ini sudah terlalu 'murah'. Malah jika diajukan soalan kepada belia-belia Malaysia hari ini, ARD percaya terkedu lidah mereka apabila soalan-soalan sejarah negara dilontarkan kepada mereka....

ARD ingin menjana minda pembaca tentang REVOLUSI lagi. Mengapa berlaku revolusi? Siapa Pendokong revolusi? Apakah impak apabila berlakunya revolusi?

ARD bukan nak ajak rakyat melakukan pembelotan kepada tanah air tercinta ini.... Tetapi ingin berkongsi rasa gundah memikirkan masa depan rakyat dan negara.... Memikirkan bersama-sama bagaimana cara yang terbaik untuk mengekang, merawat dan mencegah anasir-anasir yang menjadi 'barah' kepada rakyat. Gejala RASUAH, BUANG ANAK, DADAH, MAKSIAT melemahkan minda rakyat.... yang menghancurkan jati diri seseorang yang bergelar RAKYAT MALAYSIA.

Kekadang pihak-pihak yang berkenaan punya agenda tersendiri yang menjadi mangsa adalah RAKYAT... Rakyat sekadar menuruti dasar-dasar yang dibuat pemerintah. Itulah hakikatnya. Apa yang pemerintah kata 'BAIK'... Maka rakyat pun kata 'BAIK'... Kerana itu, RAKYAT perlu membuat revolusi minda, jangan bergantung kepada tindakan-tindakan pemerintah yang bakal meletakkan buah catur mengikut cita rasa mereka sahaja. Cita rasa pemerintah berbeza dengan cita rasa orang kampung... Sesetengah orang VVIP makan sesenduk nasi udah kenyang.... Maka diarahnya orang kampung makan ikut cara dia.... MANA BOLEH!...

RAKYAT diminta ubah gaya hidup tetapi pembaziran wang rakyat tetap berleluasa.... Kalau nak ubah gaya hidup, semua pihak perlu terlibat.... dari peringkat bapak-bapak menteri, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan hingga ke rakyat. Ini idak.... kenderaan kerajaan sekarang banyak yang guna jenama luar... Secara tidak langsung menidakkan barangan buatan Malaysia. Suruh rakyat beli barangan buatan Malaysia tetapi pemerintah boleh beli kenderaan jenama luar negara... ADIL ke? Tengok iklan kat t.v. kemain la hebatnya....

Rakyat perlu mencorakkan 'KERAJAAN' kerana itulah prinsip sesebuah kerajaan... Satu organisasi yang dibentuk untuk memberikan kemakmuran kepada negara dan menjamin kesejahteraan rakyat. Kalau 'KERAJAAN' mencorakkan rakyat.... Maka, selagi itulah rakyat menjadi patungan.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!




12 July 2010

KUAK SEDIKIT DAUN PINTU MINDA 1

Menurut Kamus Dewan(Edisi Keempat) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , REVOLUSI ialah satu perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan. Ia juga membawa maksud perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir atau bertindak.

ARD ketengahkan pengertian revolusi dari sudut bahasa kita. Nampaknya ‘RADIKAL’ dan ‘KEKERASAN’ bunyinya agak keterlaluan dan melampau… Namun, hakikatnya jiwa manusia ini memang perlu begitu. Malayan Union dibantah melalui tindakan yang radikal juga. Di mata penjajah Inggeris, perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu ketika itu adalah radikal...kerana RADIKAL itu sendiri membawa maksud secara menyeluruh dan memperjuangkan perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan politik… Manakala KEKERASAN jika merujuk kepada Kamus Dewan ialah perihal keras dalam berbagai arti seperti kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan dan lain-lain. Ia juga merujuk kepada maksud paksaan dalam melakukan sesuatu tindakan. Nah, tidakkah sewaktu kita mengagalkan gagasan Malayan Union dahulu sebahagian sifat-sifat ini wujud???...

Mengapa berlakunya sesuatu revolusi??? Banyak perkara yang membawa kepada berlakunya revolusi. Ia bergantung kepada keadaan masa, tempat, keadaan sosio-ekonomi, politik dan masyarakat sebelum tercetusnya revolusi. Bagaimana sesuatu revolusi itu berlaku? ARD mahu pengunjung sekalian melakukan revolusi diri dahulu…. Cari seberapa banyak sumber yang ada dalam laman web berkenaan revolusi-revolusi yang terkenal… Kalian akan mengetahui punca-punca, siapa revolusioner dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana impaknya kepada sesebuah negara, wilayah dan global.

01 July 2010

SATU PERMULAAN

REVOLUSI adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang berlaku boleh dirancang atau tanpa dirancang terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan. Ukuran kelajuan suatu perubahan sebenarnya relatif karena revolusi pun dapat memakan masa yang lama. Misalnya revolusi industri di Inggeris yang memakan masa puluhan tahun, tetapi dianggap 'cepat' kerana mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat-seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara buruh dan majikan-yang telah berlangsung selama ratusan tahun. Revolusi menghendaki suatu usaha untuk merobohkan, menjebol, dan membina dari sistem lama kepada suatu sistem yang sama sekali baru. Revolusi sentiasa berkaitan dengan dialektika, logika, romantika, menjebol dan membangun….” ARD petik dari Wikipedia versi Indonesia. So, bebiasakan bahasanya...

Ini adalah salah satu perkataan keramat dalam pembentukan sejarah dunia…. Kalangan pengunjung blog ARD sudah mengetahui apa itu REVOLUSI semenjak di bangku sekolah lagi. Namun hakikatnya rakyat Malaysia tidak dapat meresapi erti kata REVOLUSI yang sebenar-benarnya. Rakyat Malaysia hanya menerima tempias daripada terjadinya revolusi. Ringkasnya ia merupakan satu perubahan yang mampu mengubah senario semasa. Bagi sesetengah pihak, REVOLUSI merupakan satu keadaan yang akan meranapkan sesebuah kuasa, ia penuh kekerasan, ia mengorbankan nyawa, malah ia mampu mengubah sejarah ketamadunan manusia.

Beberapa revolusi yang biasa kita ketahui…. Antaranya Revolusi Industri, Revolusi Peranchis, Revolusi Bolshevik, Revolusi Amerika, Revolusi Iran, Revolusi Kebudayaan dan lain-lain. Kesemua keadaan ini telah mengubah senario di mana ia berlaku. Persoalannya, adakah revolusi secara total merupakan keadaan yang huru-hara, wujudkan keganasan, menghancurkan demokrasi, menyekat kebebasan rakyat? Kalian cari dari mana-mana sumber berkenaan revolusi-revolusi yang ARD nyatakan tadi…. Baca. Kaitkan dengan pembinaan negara bangsa yang tulin, jati diri yang tulin dan keadilan yang tulin… Bukan sekadar untuk dicanang ke hulu dan ke hilir demi kepentingan peribadi, parti atau organisasi……….. Tetapi demi RAKYAT!!!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

15 June 2010

HOSPITAL DAN REKOD PESAKIT

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN! Sememangnya sudah lama ARD tidak posting apa-apa isu kebelakangan ini. Ia tidak bermakna ARD sudah ketandusan isu atau tiada isu yang perlu dipaparkan atau apa yang berlaku pada hari ini sudah sempurna…. Namun apa yang ingin ARD paparkan pada kali ini bukanlah suatu yang tidak penting tetapi amat penting untuk semua pihak terutamanya RAKYAT!.

ARD ingin membawa pengunjung blog ini bersama-sama memikirkan sama ada isu yang ARD paparkan ini perlu diambil tindakan sewajarnya pihak yang berkenaan. Alkisahnya begini, hari ini dalam media arus perdana… pihak pemerintah melaungkan satu dasar yang berkaitan dengan JALUR LEBAR. Dari sudut pemikiran seorang rakyat, ianya amat menarik sekali…. Apatah lagi ARD salah seorang dari RAKYAT yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Namun secara umumnya ia agak terlewat dan ada agensi awam yang masih ketinggalan dalam perkara ini.

Sebagai seorang RAKYAT, ARD fikir semua warga Negara ini menggunakan perkhidmatan perubatan yang disalurkan oleh pihak pemerintah melalui Kementerian Kesihatan…. Apatah lagi di saat-saat semua pihak dibelenggu ‘langkah-langkah penjimatan’ yang diwar-war oleh pemerintah. Tetapi pernah atau tidak seandainya kita mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Kampar contohnya rekod-rekod rawatan kesihatan kita yang lampau diperolehi dalam tempoh yang singkat? Inilah yang berlaku hari ini, kisah benar di mana waris pesakit dipanggil oleh doktor semata-mata untuk mengetahui rekod lampau rawatan seorang pesakit. Waris di’temuduga’ untuk mendapatkan punca-punca si pesakit dimasukkan ke wad dua tiga bulan dahulu. Malah waris ditanya apakah jenis ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Waris ‘disoal siasat’ dengan berbagai jenis soalan…. Pelik atau tidak?

Umumnya, pihak hospital tidak mempunyai satu aplikasi atau sistem yang mampu menyimpan maklumat berkenaan sejarah perubatan RAKYAT Malaysia…. Jika pihak yang berkenaan tidak mempunyai kemudahan berkenaan bagaimana ingin mencapai impian PM kita… “RAKYAT DIDAHULUKAN,…” Rekod perubatan amat penting bagi memudahkan urusan mana-mana pesakit. ARD kagum dengan sebuah klinik swasta yang hanya dikendalikan oleh seorang doktor bersama-sama 3 orang staf yang memiliki satu sistem rekod perubatan pelanggan-pelanggannya. Jika seorang pelanggannya mendapatkan rawatan perubatan, dengan mudah doktor berkenaan memperolehi rekod-rekod perubatan pelanggannya…. Hah! Ini baru dikatakan maklumat dihujung jari.

Jika pihak pemerintah menyatakan bahawa tiada peruntukan untuk menyediakan satu sistem yang seumpama klinik swasta berkenaan, kenapa pula pihak pemerintah BE END mampu menaja sukan pemotoran negara seperti menanggung pasukan F1 1Malaysia. Ternyata projek seperti ini satu pembaziran kepada RAKYAT. Bukan semua RAKYAT pergi ke litar di Sepang untuk menyaksikan perlumbaan ini. Hanya RAKYAT yang berkemampuan sahaja yang mampu berbuat demikian. Pihak pemerintah BE END jangan memberikan satu alasan budak tadika….RAKYAT sudah bijak! ARD ingin menarik perhatian semua RAKYAT Malaysia agar bersatu menuntut pihak pemerintah memberikan keutamaan kepada projek-projek yang memberikan faedah kepada RAKYAT dan bukan hanya untuk sekelompok manusia yang bergelar KRONI yang KRONIK!.... Memberikan perkhidmatan perubatan yang mantop kepada rakyat adalah tanggungjawab pemerintah…..HARAP jangan pihak pemerintah cuba untuk memutar belit fakta yang ada. RAKYAT semakin kalian pinggirkan secara halus bagai menarik rambut di dalam tepung…… SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

30 April 2010

HAI BAPAK POLISI

Nampaknya pemerintah dah tak berminat nak dengar rakyat kecoh-kecoh pasal remaja ditembak polis tu. Imej polis kena jaga...lebih kurang gitu le yek. Yang berlaku dah berlalu... Bukan nak citer pasal kesedihan tetapi sebagai warga Malaysia, nampaknya anytime kita boleh menerima nasib yang sama. Itu apa yang terlintas di minda... Kalau nampak patrol car meluru semacam ke arah kita...hati dah mula juak.... Padahal driver dia bergegas nak carik tandas..... Fobia? Lebih kurang arrr.

Kepada pihak polis, terutamanya kepada anggota-anggota yang meronda... banyak ilmu dah dicurahkan sewaktu latihan dulu... Jadi gunakan kewarasan dan kebijaksanaan untuk menangani masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan muncung pistol... Tak gitu?

Di mata rakyat, imej tetuan polis memang teruk sekarang ni.... Jadi, jangan sampai timbul rasa benci rakyat terhadap pihak tuan..... Hakikatnya semua jabatan kerajaan kerja untuk rakyat... bukan parti politik, bukan khusus untuk individu berprofil tinggi aje.... Rakyat bayar cukai untuk bayar gaji semua kakitangan awam di negara ni... Termasuklah gaji PM,TPM, KPN etc. Jadi kerja untuk rakyat dengan lebih bijaksana, lebih waras.....dan lebih berjiwa rakyat, BUKAN berjiwa KARAT

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!!

27 April 2010

TERIMALAH DOA HAMBAMU YANG 'BERDOSA' INI

Ya Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Mu... Sesungguhnya Nabi Mohammad SAW itu persuruhMu.... HambaMU ini sedar bahawa sesungguhnya diri ini bukanlah sebersih kain putih lagi.... Ku bermohon kepadaMU Ya Allah, kembalikan umatMu di bumi Malaysia ini agar menyedari kesilapan-kesilapan yang lalu telah jauh dari batasan yang Engkau redha....

Ya Allah, sesungguhnya umatMu di bumi Malaysia ini alpa bahwa andainya tiada belas kasihMu, jika tiada rasa sayangMu, andainya Engkau tunjukkan amarahMu nescaya bumi Malaysia ini sudah lama menjadi seperti kerajaan-kerajaan terdahulu yang telah Engkau binasakan di masa lalu.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang... tiada yang lain untuk ku mengadu. Andainya umatMu di bumi Malaysia ini masih 'bongkak' dan 'berdegil'... Aku redha Ya Allah,..... Aku Redha..... Menerima apa jua ketentuanMu.....

Amin Ya Rabbal Alamin

22 April 2010

POLITIK,PARTI DAN ........

Sekarang Hulu Selangor menjadi tumpuan satu Malaya.... Dua jagoan meniti dan menanti hari penentuan.... Siapa yang layak kuasai Hulu Selangor.... Bukan 'Kamal' atau Zaid, tetapi BN atau PR. Kedua-dua pihak dah mula turun padang. BN menggunakan kelebihannya menguasai media massa menyiarkan propaganda... Macam-macam cerita ada... Sampai bab dalam kain calon pun ada....

Persoalannya di mata ARD, korang dok singkap keburukan orang lain ni... Korang sudah cukup baik ke? Inilah yang dididik oleh pengamal partisan zaman berzaman di Tanah Melayu ni. Rakyat nak dengar apakah misi dan visi mereka apabila menang dalam satu-satu pilihanraya, bukan nak dengar cerita yang ntah hapa-hapa. Ulang balik, korang ni cukup baik sangat ke???

Selama hidup ARD di bumi Tanah Melayu ni, macam-macam pendedahan dibuat tentang keperibadian mereka yang hidup bergelumang dengan partisan ni. Ada cerita 'kaki betina', ada cerita 'kaki botol', dan ntah hapa-hapa kaki lagi. Ini menunjukkan sebahagian besar 'politisan' ni berperangai buruk.... Jadi, kita masih lagi nak percaya dengan golongan partisan dan politisan ni ke? Mereka ini seolah-olah sekelompok manusia yang mengambil kesempatan dari 'baik hati' rakyat yang percaya dengan perjuangan partisan dan politisan ini.

Kesimpulannya, baik BN atau PR.... kelian dari kelompok yang berbeda...tetapi tetap punya cita rasa yang sama... Huhuhuhuhu....makin banyak buat pendedahan maka makin terserlah kelian punya niat dan hati budi kelian kepada rakyat. Bagi ARD: PEMIMPIN YANG TERBAIK TIDAK AKAN HEBOHKAN KEBURUKAN LAWANNYA...

SALAM RAKYAT!
SALAM PERJUANGAN!
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

11 April 2010

DENGAR, KAJI DAN BERTINDAK

Salama Rakyat!

Pembaca blog datangnya dari pelbagai peringkat umur dan taraf hidup. Ada pembaca di kalangan partisan, kuasawan, budayawan, karyawan, dan lain-lain. Umumnya siapa pun anda, anda adalah RAKYAT. Hidup di sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang ditadbir secara demokrasi semua tindakan yang dibuat oleh pemerintah adalah berfokus kepada kepentingan rakyat. Hakikatnya RAKYAT adalah hakim yang menilai perancangan agama, sosial, perundangan, ekonomi dan sebagainya agar memberi faedah kepada rakyat 100% tanpa ada 'serampang dua mata' atau 'yang tersirat di sebalik yang tersurat'.

ARD antara blogger yang merasakan inilah ruang untuk kami memberi teguran dan pandangan tanpa mengaut sebarang keuntungan dari tindakan kami. Tak ada 'one click, get US1'. Bagi diri ARD tiada pemburuan untuk dikenali umum atau glamor. Apa guna popular dan glamor jika kehidupan rakyat masih ditakuk lama....hak rakyat masih dipinggir....rakyat diperkuda oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya golongan partisan.

Justeru, terima/dengar teguran dan pandangan kami.... kaji dengan minda yang waras dan telus dan bertindak tanpa ada niat yang tersirat. Kekadang bila kita berada di atas, kita merasakan kita sudah bijak dan kita tidak perlu pandangan luar.... Sayangnya bila kelian berada di atas, kelian tidak memandang ke bawah... Ingat, dalam apa jua keadaan RAKYAT adalah kelompok pertama merasai pahit dan manisnya dahulu....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

10 April 2010

SEPINTAS LALU........

Hari ini ARD begitu terharu kerana Masjid Tengku Abu Bakar 'meriah' di hari Jumaat buat pertama kalinya setelah bertahun suasana itu diragut dari pandangan masyarakat di sekitar bandar Raub. Bertahun juga MTAB menangis apabila 'hak'nya dirampas oleh mereka yang berkepentingan. Namun, Allah SWT lebih berkuasa.....dari sesiapa jua dimuka bumi ini.

ARD berpendapat bukan umat Islam sekitar bandar Raub sahaja gembira malah masyarakat bukan Islam merindui suasana itu. MTAB sudah 'BEBAS'!!!! Syukur...Alhamdulillah. ARD tak kata posting-posting ARD antara punca solat Jumaat dapat dilaksanakan di MTAB. Tidak...Tidak...Tidak... Ini berlaku kerana telah tiba detiknya Allah SWT pamerkan kekuasaannya yang mampu menggerakkan hati-hati yang keras dan degil agar membenarkan solat Jumaat di MTAB. Berkat doa hati-hati yang kerdil mampu melembutkan 'jiwa-jiwa yang kacau'... Jika masih ada 'jiwa kacau' menafikan haq MTAB.... bebawa la beribadah di rumah Allah ini dan rasai nikmat sebagai tetamu Allah SWT di rumah-Nya.

Masih ada beberapa perkara yang belum selesai di MTAB. Pembentukan jawatankuasa pengurusan baru perlu dibuat. Gantikan pengerusi yang sedia ada dengan seseorang yang benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi dari sudut dunia dan akhirat. Seorang pemimpin yang benar-benar mampu menguruskan hal-hal yang berkaitan kedua-dua unsur. Kita bukan sekadar memerlukan seorang yang bersifat teknokrat tetapi kita juga memerlukan seseorang yang mampu menjalankan tanggungjawabnya lebih daripada itu. GRED A pengetahuan agama, GRED A dari sudut pengurusan kewangan, GRED A sebagai pakar strategik, GRED A sebagai seorang kariah MTAB... GRED A sebagai pegawai perhubungan awam.


SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

08 April 2010

ALHAMDULILLAH.........ALHAMDULILLAH.........ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Lafaz kesyukuran yang mampu diucapkan oleh ARD pada hari ini (08/04/2010) Sesungguhnya Allah SWT telah menerima doa hamba-hamba-Nya. Esok(09/04/2010) MASJID TENGKU ABU BAKAR telah dibenarkan kembali menjalankan solat Jumaat setelah bertahun disekat.

Ini adalah dari sumber rapat jawatankuasa MTAB yang telah menerima berita gembira ini pagi tadi. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka pintu hati pihak-pihak yang berkenaan yang mengembalikan solat Jumaat di MTAB. Semoga 'hati-hati' ini akan terus menjalankan tanggungjawab berlandaskan suruhan-Nya.

Pinggirkan rasa ketidakpuasan terhadap MTAB, buang jejauh jika ada niat serong terhadap MTAB. Masjid ini 'RUMAH ALLAH'. Kalau orang nak robohkan rumah kita tanpa sebab kukuh kita akan marah... Begitu juga dengan punya niat merobohkan rumah Allah. Ya Allah!, ARD mendoakan agar digerakkan hati-hati ini untuk meneruskan keadilan yang hak kepada rakyat sepertimana kehendak & perintah-Mu.

Satu kemenangan untuk RAKYAT!.....

ALHAMDULILLAH!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

05 April 2010

MALAY DILEMMA...MASJID TENGKU ABU BAKAR

SALAM RAKYAT!

Dah lama ARD tak bawa isu ini... Bukan malas nak ungkit tetapi menanti kot-kot ada dah jawapan tentang masa hadapan masjid/RUMAH ALLAH ni.

Orang kafir dok menanti penuh debaran kehadiran 2012... Dema kata kalau ikut kalendar orang Maya...time tu akan berlaku ARMAGEDDON/KIAMAT.... Tetapi sebagai hamba-NYA, kita tidak mengetahui kedatangan KIAMAT. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Entah esok, lusa, tulat dan bila-bila masa mengikut ketentuan-NYA.

Keknya, kita dah buat kesalahan dan kita masih tak sedo-sedo... Kita lupa ada tanggungjawab kepada agama dan masyarakat yang belum selesai. Kepada pihak yang berkenaan, jika kelian nak minta maaf kelak kepada warga sekitar bandar Raub yang tidak mengerjakan solat Jumaat sedangkan di bandar tersergam masjid tetapi kelian tutup untuk tujuan SOLAT JUMAAT... Ada antaranya dah pulang ke rahmatullah... Bila masa waktu hidup kelian nak mintak maaf???

Jangan bijak bicara agama tetapi isu sebegini kelian tak ambil berat. Perbetulkan kesilapan ini... Mana-mana pihak yang BERKENAAN... Bertindak segera sebelum badan dikandung tanah...

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... Nampaknya uptown di Raub kembali bernafas walaupun dalam keadaan 'sesak-sesak nafas'. Mana peniaga yang lain???. Pihak-pihak yang berkenaan perlu usaha lebih gigih. Kalau keadaan masih belum berubah, asyik-asyik gerai hok tu je dua tiga malam... Alamat 'bungkus' kembali uptown Raub. Tak perlu nak adakan majlis hiburan, itu amalan karut dan melalaikan. Cecuba le fikirkan sesuatu yang lebih berfaedah.

Kepada peniaga-peniaga uptown, dugaan untuk mengecap kejayaan memang banyak.... Jatuh dan bangun adat berniaga. Itulah yang akan melonjakkan kelian setingkat demi setingkat memperolehi kejayaan. Buat kajian tentang masa lalu kelemahan yang berlaku. Modal??? Ye tak ye... Apa guna slogan RAKYAT DIDAHULUKAN! dicanang satu benua... Agensi-agensi yang berkaitan(malas nak nyatakan di sini...) takkan tak rereti memainkan peranan.... Kalau kelian tak percayakan peniaga-peniaga ini, macam mana peniaga-peniaga ni nak percaya dengan kelian(sebab kelian agensi kerajaan/pemerintah). PRU 13 bukan lama sangat dah....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

29 March 2010

PEMBELA MELAYU????

Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor

KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut

Kepada orang-orang Melayu, ini adalah saudara kelian.... Sebut je Johor...Pergh!MANTAP gila keUMNOannya.... Namun itulah mereka perolehi dari kesetiaan kepada UMNO.

Mana suara Ibrahim Ali dan all al kataki......???

Garang sangat bila sentuh bab MELAYU..... Sekarang apa citer.... Ini bukan berlaku di Kelantan, Kedah atau Pulau Pinang tetapi pasal negeri Johor....

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

27 March 2010

TALKIN UNTUK UPTOWN RAUB

Akhirnya apa yang ARD jangkakan berlaku juga. UPTOWN Raub bukan sahaja hambar tetapi 'mati' bersama-sama semangat peniaga-peniaga yang mencari rezeki di situ. Mengapa? Kenapa? Ini persoalan yang timbul. Siapa yang perlu ditundingkan?

Dalam posting ARD seketika dahulu dah keluar isu ini... Tapi apakan daya... Masyarakat anggap blogger tiada wawasan dan hanya tahu komen...komen...komen. Kami(blogger) menyuarakan pendapat terhadap satu-satu isu untuk diambil tindakan oleh pihak-pihak tertentu. Kritikan dari sudut politik, ekonomi dan sosial hatta agama yang kami paparkan jangan dianggap tidak memainkan peranan sebagai ahli kepada masyarakat.

Sekarang uptown hanya tinggal kenangan sahaja.... Tidak terfikir ke dek pihak yang berkenaan akan kerugian peniaga-peniaga di situ mengeluarkan modal dalam masa yang sama membawa harapan yang tinggi untuk menambah rezeki... Kelian memang tiada rasa simpati dan empati terhadap golongan peniaga ini... RAKYAT DIDAHULUKAN!!! Betul ke ungkapan ini??? atau sekadar ungkapan untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada pemerintah dengan harapan PRU akan datang 'nasib baik' menyebelahi pemerintah sekali lagi.

Inilah pentingnya peranan pihak-pihak yang punya kuasa untuk bertindak. Jangan buat sesuatu program tu 'hangat-hangat tahi ayam' atau sekadar untuk 'menghalalkan cara'.

Kepada pihak yang berkenaan, kerusi empuk tetuan tu tinggalkan sementara dan turun ke padang dan kembalikan uptown Raub. Huh! Nasib baik tidak ada pilihanraya kerajaan tempatan kalau tak dah lama muka-muka dalam MDR tu dicampak dari zon selesa.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

SATU CERITA

Apakah impak maksima yang akan berlaku sekiranya Ahli Parlimen dari BN dan PR keluar parti dan menjadi wakil bebas...??? Kena pulak memiliki kelebihan majoriti berbanding BN dan PR... Maka akan tercatat dalam sejarah negara, seorang wakil bebas akan dilantik menjadi PM. Pergh! hebat kalau begitu senarionya.

Sekiranya ini berlaku, ia menunjukkan bahawa golongan partisan sudah 'basi'. Ramai MP dan ADUN yang lebih mengutamakan parti dari rakyat yang telah memilih mereka. Kepentingan rakyat diabaikan.

Jadi fikirkan....fikirkan

19 March 2010

ZAHRAIN LA PULAK!!!

ARD baca la pasal napa si Zahrain ni hentam DSAI dalam Parlimen. Dia kata dibuat cam tu pasal marah dengan apa yang PKR sudah bikin ke atas dirinya, keluarga dan rakan. Oooo... tu rerupanya punca si 'karat' ni keluar PKR.

Kalau tak berani membawa panji perjuangan RAKYAT, baik hang letak jawatan semua tu Zahrain. Kalau hang masih ada dalam Parlimen, DSAI dan angkatannya akan terus serang hang, keluarga dan rakan. Tak gitu???.

Hidup si Zahrain kini umpama diburu ah long gamaknya... LETAK JAWATAN tu... Bawa diri ke masjid atau cari tok guru untuk muhasabah diri serta menginsafi segala dosa masa lalu yang terpalit akibat terlalu 'liar berpartisan'.

Zahrain... aduhai Zahrain... Ikon murahan termantop saat ini yang merampas tempat Ibrahim Ali.

18 March 2010

SERIBU KALI SAYANG.....ZAHRAIN

SALAM RAKYAT!!!

Sidang Parlimen udah pun bermula. Titah YDP Agong menegur sikap segelintir(kebanyakannya?) MP yang tidak profesional.... Maka terserlah le pada malam kelmarin dalam Buletin Utama TV3suku sikap MP sewaktu si Zahrain berucap dalam sesi pendedahan 'keburukan' Anwar di Parlimen. Kalau macam tu le sikap MP-MP(mlm kelmarin MP BN lebih terserlah 'keprasekolahannya'), baik ARD duduk di kerusi kelian.

ARD nak tegur perangai buruk si Zahrain ni.... Kenapa beliau membuat 'pendedahan' di Parlimen?? Jelas tindakan beliau sekadar untuk memburuk-burukkan Anwar. Melihat kepada reaksi beliau sewaktu berucap tu.... 'BACK UP' memang kuat. Dilaknat Allah SWT kamu Zahrain bin Mohamed Hashim... Ingatkan kamu berjiwa rakyat, rerupanya kamu berjiwa KARAT dan berhati laknat...

Zahrain, kedudukan awak di Parlimen bukan ditentukan rakyat secara total. Tetapi kerana Allah SWT yang menggerakkan hati-hati rakyat mengundi anda(termasuk yang lelain tu. Kerana Allah punya rancangan yang kita tidak ketahuan) Jelas sikap tuan sewaktu pengucapan di parlimen malam kelmarin tidak PROFESIONALISME dan bukan membawa wadah RAKYAT. Kenapa tidak membuat sidang media khas untuk itu? Kenapa di dalam sidang Parlimen? Sidang itu untuk membincangkan tentang masa hadapan dan hala tuju negara. Inilah sikap 'prasekolah' Zahrain yang ARD sendiri sudah blacklist dan dikeluarkan dari senarai 'MP RAKYAT'... dan dimasukkan bawah label 'MP PENCACAI' dan 'MP KARAT'......

Hati-hati Zahrain.... Tengok gayanya tu melalui raut wajah tu... tuan ni ada dua tiga penyakit... Jangan tak sempat mohon maaf dengan DS Anwar Ibrahim.... Jangan jadi bebudak 'PRASEKOLAH' buruk bila tengok orang tua(MP lak tu) perangai macam budak prasekolah dalam Parlimen. Reaksi tetuan keluar t.v. la. Macam mana nak bentuk sikap mulia rakyat Malaysia sedangkan perancang, penggubal dan pelaksananya tunjuk sikap buruk dan perangai macam BERUK di Parlimen.

17 March 2010

JADIKAN 'BEBAS' ITU BERMAKNA UNTUK RAKYAT

Salam Rakyat,

Salam Rakyat????...Hmmm, ada bagusnya kalau itu menjadi sapaan dek YB-YB 'BEBAS' bagi menggantikan 'Salam 1Malaysia'. Salam 1Malaysia itu jenama UMNO@Najib.... Salam Rakyat! Ini amat sesuai dibawa oleh MP atau ADUN yang BEBAS!!!... Kerana mereka mewakili rakyat bukan partisan.... Mereka NON-PARTISAN! macam ARD gak.

JIKA tetuan MP dan ADUN 'BEBAS' benar-benar bebas, MULAI hari ini sila guna "SALAM RAKYAT!!!!".

ADA BERANI????....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

16 March 2010

PESANAN UNTUK YB BEBAS

Melihat kepada senario yang berlaku akhir-akhir ini, jika benar apa yang tersirat di hati YB-YB yang lompat parti jadik MP atau ADUN bebas… Ia adalah satu perkembangan yang baik. Itupun jika benar mereka berjiwa RAKYAT dan bukan berjiwa ‘KARAT’. ARD harap akan ada YB-YB yang benar-benar tulus membawa wadah rakyat tanpa pengaruh mana-mana partisan. PARTISAN merupakan belenggu kepada YB-YB untuk membawa wadah RAKYAT. Namun sekiranya mereka dipengaruhi dek UMNO dan sekutunya hingga sanggup keluar parti….BINASA la kelian.

So, kepada YB-YB yang dah jadi calon bebas…. INGAT, bertugas untuk rakyat bukan kerana duit atau tawaran hebat pihak pemerintah tetapi kerana RAKYAT. ARD nak lihat satu hari nanti golongan partisan rebah oleh kuasa RAKYAT! Tolong balas jasa RAKYAT yang telah memilih teteuan sebagai wakil mereka sama ada di peringkat ADUN atau Parlimen.

SELAMAT BERTUGAS YB!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

04 March 2010

LOMPAT SI KATAK LOMPAT

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Makin ramai YB melompat,
Usah percaya ngan partisan ni lagi...

Penderhaka?, Pengkhianat?, Pembelot?..... Malaysia sedang hangat dengan insiden YB keluar parti untuk jadi wakil bebas. Mengapa wakil bebas? kenapa tidak masuk kem BN? Ini semua rancangan UBN agar rakyat nampak kononnya YB-YB ini seolah-olah menentang parti asal mereka, PKR tetapi masih berjiwa rakyat dan tidak menyokong UBN. Kononnya mereka ini tidak dikatakan orang Barisan Nasional....

Selisih malaikat 44, kalau muka-muka ini bertanding dalam PRU akan datang... mereka ini harus di TOLAK!!!! Mereka bukan pejuang rakyat yang sejati.... Mereka tidak ada semangat itu dalam diri mereka.... Mereka hanya memiliki keinginan peribadi sahaja. Mereka mudah diugut dan DIBELI......

Inilah buruknya perangai pengamal partisan.... Kepentingan rakyat mereka ketepikan. Keluar parti hanya kerana tidak sehaluan dengan kepala kepimpinan.... Kepercayaan rakyat yang ditandakan pada kertas undi menjadi mainan. Memang mereka PENDERHAKA, PENGKHIANAT DAN PEMBELOT kepada RAKYAT!!!!

Dahulu, mereka dipilih rakyat kerana rakyat menolak UBN.... Bukan kerana rakyat suka mereka, tetapi rakyat bersetuju dengan perjuangan parti yang diwakili 'si katak-si katak' ini. Rakyat telah menaruh kepercayaan kepada mereka sebagai 'utusan' rakyat untuk menyampaikan kehendak rakyat di parlimen atau DUN. Tetapi mereka sudah berpaling tadah. Bukan sahaja kepada parti yang mereka wakili tetapi yang utama berpaling tadah dari rakyat dan tunduk kepada UBN.

Rakyat di setiap parlimen atau DUN yang diwakili oleh si katak- si katak ini perlu mendesak agar mereka meletakkan jawatan terus sebagai YB dan YB yang baru perlu dipilih dengan mandat rakyat. Paling CELAKA, waktu pilihanraya dahulu mereka sanggup duduk dalam kelompok rakyat tetapi bila nak keluar parti....TIADA SEORANG PUN YB-YB INI YANG MINTA PANDANGAN RAKYAT!!! Padahal rakyat yang melantik mereka jadi YB bukan Najib, bukan MIC, bukan MCA dan bukan UMNO!

Jika ada lagi YB yang nak lompat keluar parti, fikirkan semula tindakan tetuan.... Sesilap ada rakyat yang akan membaling telor tembelang ke muka anda.... Sebab memang patut kena macam tu kerana anda sudah berpaling tadah dari perjuangan rakyat!

AWAS: YB YANG KELUAR PAKATAN RAKYAT, ANDA MUSUH No.1 NEGARA! Baru dapat sedikit habuan dah lompat parti,.... Kalau musuh negara bagi habuan....sudah pasti orang-orang yang begini menjadi pembelot kepada negara pulak.

RAKYAT perlu MENDESAK mana-mana YB yang lompat keluar parti perlu letak jawatan sebagai YB/wakil rakyat!!!!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!!!!

28 February 2010

LIHATLAH DUNIA

GEMPAR!!!! GEMPAR??? Sebenarnya tidak langsung menggemparkan apabila media mendedahkan kisah malang seorang anak yang dibunuh oleh kekasih ibunya. Dengan bangganya media cetak mendedahkan wajah siperlaku zina di dada akhbar memasing. Sedih??? Siapa yang tidak bersedih dengan kejadian tersebut. Namun sikap siapa yang harus dipersalahkan...?

Inilah satu contoh apabila pemimpin tinggalkan kepentingan agama demi sedikit kuasa(yang banyak milik Allah SWT) maka rakyat apatah lagi keadaannya. 'Bercicei birei' la anak bangsa. Ini baru satu kejadian zina yang didedah. Banyak lagi. Perhatian dari pihak kerajaan/pemerintah??? Jangan harap la. Time tercetus sesuatu isu baru nak bertindak. Kes Highland Tower, selepas kejadian memacam arahan dibuat. Pembinaan rumah dikaki bukit disekat dan memacam lagi... Tetapi selepas itu macam cendawan muncul kondo di lereng bukit.

Datang pulak isu panazzz minum arak, kecoh pasal tangkapan dan hukuman.... timbul isu PATI penuh le akhbar dok citer.... Macam ni ke golongan partisan mentadbir negara???

Budak yang meninggal tu...Al-Fatihah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Seluruh negara bersedih. Bersedih bukan sekadar bersimpati dengan anak comel itu..... Malah rakyat bersedih dengan kepincangan yang wujud dalam sebuah kerajaan yang dihasilkan oleh amalan kelompok partisan. Rerupanya pemerintah hanya bijak berkata-kata. Indah khabar dari rupa. 50 tahun lebih dengan dasar itu dan ini tetapi laba hanya dirasai oleh mereka yang punya kuasa dan berkuasa. Inilah buruknya imej demokrasi apabila kapitalis menguasai budaya berekonomi, bersosial dan beragama.... Inilah sistem yang dibawa pemerintah Malaysia yang memperhambakan rakyat melalui dasar penswastaan dan beberapa dasar lagi yang disokong beberapa akta yang merantai hak-hak rakyat yang mutlak.

Majoriti rakyat masih belum sedar hakikat ini kerana ada pepatah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna" So, melalui bahasa.... Allah SWT telah menerangkan bagaimana sikap manusia ini.

TANAH MELAYU PERLUKAN REVOLUSI MINDA RAKYAT!!!

TANAH MELAYU??? ARD bukan rasis tapi ia lebih manis dari MALAYSIA yang bunyinya agak kapitalis.....

26 February 2010

PENDIDIKAN:JATUH DAN BANGUN

Anak Raja Dagang sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan negara tercinta ini dari masa ke masa. Pada suatu ketika martabat pendidkan negara diangkat ke antarabangsa..pendidikan bertaraf dunia la konon. Namun mungkin para ibu bapa tidak menyedari bahawa pendidikan hari ini sedang 'nazak'. Petikan ini Anak Raja Dagang dapat dari http://greenboc.blogspot.com/2010/02/potong-bajet-pelajaran-lebihkan-permata.html

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?" soal beliau lagi.

Dalam keadaan Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan amalan perbelanjaan yang ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" Maka Kementerian Pelajaran dibebani dengan satu lagi program 'sampah' yang sebegini. Permata Negara??? Tidak cukupkah dasar-dasar yang diideakan oleh menteri-menteri kabinet sehinggakan terpaksa menggunapakai idea Rosmah? Apa objektif program ini. Mana kredibiliti menteri pelajaran, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan menteri penerangan, komunikasi, kebudayaan dan warisan??? Kelian tak ada program ke sehingga sanggup membiarkan seorang yang bukan bertaraf menteri melahirkan 'Program Permata'. Dalam keadaan ekonomi yang 'lemas' ini masih ada program besar dibuat???

Pendidikan adalah sektor penting untuk melahirkan warga Malaysia yang punya kualiti rohani, fizikal, jasmani dan intelek yang mantap. Tetapi nampaknya sektor ini tidak berharga di mata Najib. Yang berharga di mata beliau...cuma Program Permata.

Jika dahulu, golongan guru dan menengah bangkit menuntut kemerdekaan salah satu puncanya adalah kerana Inggeris telah mengabaikan pendidikan anak-anak Melayu. Ketika itu, anak-anak Melayu kebanyakan(orang biasa, bukan dari keluara bangsawan) tidak berpeluang merasai pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn menimba ilmu hingga ke luar negara. Hari ini, suasana itu kembali berulang....roda yang berputar sudah kembali ke titik 50 ke 60 tahun dahulu. Mana pertubuhan guru punya suara??? Ramai geguru lebih minat berpolitik. Ramai jugak le yang jadi pencacai UBN.

-akan bersambung-


21 February 2010

AKU:HAMBA-NYA DAN RAKYAT

ARD bukanlah persis ahli PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC yang punya identiti atau ciri-ciri atau pembawakan memasing. ARD orang biasa.... Tidak ada kedudukan dan kepentingan dalam mana-mana pertubuhan politik. Ke mana kelian nak bawa dasar partisan kelian ni sebenarnya??? Untuk RAKYAT??? Betul ke???

ARD nak bawa cerita ni... Di Raub ada seorang pemimpin sebuah partai politik yang menongkah arus dengan UMNO.... Pada suatu hari di telah memasuki taman perumahan yang mana di sebuah rumah kat situ sedang buat persiapan untuk mengadakan kenduri. Makanya di sekitar rumah tu dah ditegakkan khemah dan disusun meja. Maknanya kereta tak boleh melalui jalan kat situ lagi. Kena u turn la. Namun dengan kedudukan di mata masyarakat yang tinggi sikit dari ARD dan wakil tuan rumah, hamba Allah ini sudah lupa siapa dia... Wakil tuan rumah dah maklum kat dia, jalan tak boleh lalu sebab meja kerusi dah disusun namun kata-kata yang kurang enak didengar diberi dek hamba Allah ni(pemimpin tu la). Oit!, time nak tarik undi pandai berbahasa dan berpekerti???

Kepada beliau dan juga lain-lain kepimpinan partisan, tolong jangan macam tu. Sekali ARD dengar, maka ARD tau camana isi hati beliau. Sebab itu kejadian spontan... Yang spontan adalah reaksi semulajadi diri kita. Terutamanya tentang perangai kita. Tu belum ada kuasa di tangan. Yang lain-lain kepimpinan partisan di Raub khususnya, RAKYAT buka mata melihat setiap gerak laku kelian.

Baik BN atau PR, kami ada kuasa memilih. Pada satu-satu ketika kami juga boleh sisihkan kedua-duanya. Kami 'simpan' kuasa itu untuk masa yang benar-benar sesuai.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

14 February 2010

KEBENARAN KIAN LUPUS

Ini posting yang sesuai untuk ARD bawa ke paparan skrin hari ini. Hari berganti hari Allah SWT telah memberikan signal bahawa manusia(terutamanya yang Muslim) semakin 'menjauhi' diri dari NYA. Tak faham? Memang ar.... Manusia mudah lupa part-part agama dan ketuhanan ni. Hatta ulama bijak pandai di Malaysia pun begitu adanya.

Dalam pukul 2 pagi, ARD buka Astro History Channel. Siri Battles BC baru nak bermula. Tajuk memang best....DAVID: GIANT SLAYER. Kisah berkenaan Nabi Daud A.S. . Malangnya siri tu memang CELAKA! memang GAMPANG!... Maaf memang itu istilah yang sesuai. Macamana siri begitu boleh lepas siar untuk Malaysia sebuah negara Islam??? Pegawai-pegawai agama negeri, staf-staf JAKIM, mufti-mufti pernah tengok tak siri ini???

Tuan-tuan, ARD beragama Islam.... Namun ARD diajar mempercayai akan kenabian para nabi termasuklah Nabi Daud A.S. Namun siri Battles BC memesongkan kisah benar Nabi Daud A.S. Dalam siri tersebut menunding jari ke arah Nabi Daud A.S. sebagai seorang yang kejam dan penjenayah kepada bangsa Yahudi. Malah komentar-komentar pakar sejarah dalam siri tu(orang Yahudi gak...) menunjukkan mereka mempertikaikan kandungan dalam Bible.... Hah! bapak-bapak ulamak... inilah yang perlu kelian beri perhatian. Jangan nak jaga Islam dan Nabi Mohammad SAW aje. Mementang le Nabi Daud A.S. dari bangsa Yahudi, maka haruskah kita membiarkan baginda dicerca dan dihina sedemikian???? Allah anugerahkan Islam dan Nabi Mohammad SAW untuk semua bangsa... Namun Allah tidak mahu kita lupakan kisah-kisah nabi dan rasul sebelum Nabi Mohammad SAW. Allah mahu umat Islam perakui kewujudan nabi dan rasul selain Nabi Mohammad SAW. Kenapa Nabi Mohammad SAW tidak diturunkan semula di akhir zaman? Kenapa Nabi Isa A.S.????

Hakikatnya Nabi Daud A.S. dicerca oleh kaumnya sendiri(itupun kalau diorang tu benar-benar punya dna bani Israel) Adakah kita umat Islam berdiam diri. Seseorang boleh lantik peguam dan saman ASTRO???? Boleh! kerana Nabi Daud A.S. juga adalah antara nabi dan rasul yang perlu umat Islam akui kewujudannya dan baginda difitnah sedemikian rupa. Buka mata ulama Malaysia!!! Islam bukan sekadar ada Nabi Mohammad SAW!

Kerajaan perlu sekat ASTRO daripada menyiarkan siri itu lagi. Maklum le ASTRO pun tipu gak... Bayar mahal, tapi rancangan t.v. bayak yang ulang tayang.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!


09 February 2010

BERGEMBIRALAH PARTISAN YANG TERPESONG

Biasalah adat bertempur ada menang dan kalah.... Itu ulasan ARD tentang siapa MB Perak. Tahniah Zamry kerana kemenangan itu..... tahniah sekali lagi..... Kepada DS Ir. Nizar, akuilah bahawa inilah yang tersurat bahawa kita hidup di akhir zaman. Pasti!!!, kemenangan untuk Islam juga akan hadir!

Baiklah rakyat Malaysia, bukti kebobrokan pengamal partisan sudah terang lagi bersuluh. Hmm, dah banyak perkara yang berlaku tetapi alhamdulillah(Najib yang ucap???) rakyat Malaysia terbukti punya kesetiaan menggila kepada pemerintah. Kalau kat Indonesia atau Thailand, dah lamaaaa dahhhhhhh.....

Nasib baik UMNO tolak hudud dari zaman mula merdeka lagi..... Kalau tak.... Si Zamry tak jadi MB Perak.... Bergembiralah partisan yang terpesong....sebelum tubuh kelian dijilat api pembalasan. Setakat api mancis kira ok laaaa.... tapi kalau API NERAKA????

Hari ini partisan menjadi tuan kepada rakyat. Rakyat boleh ditarik ke kiri, ke kanan, ke hadapan, ke belakang dan KE NERAKA!

Ingatlah rakyat Malaysia, satu undi dari anda.... sudah mewujudkan dua, tiga lesen judi. Kerana undi anda, beberapa orang dianiaya.... Kerana undi anda hukum Allah tidak dibela... Jelasnya, rakyat ada share waktu HARI PENGADILAN kelak.

HUH! Apa nak takut ye tak, sebesa kuman pun tak takut dengan ayat ARD tuh.... Aku masih hidup dan bernafas.... biarpun bernafas dalam lumpur.... NAMUN, ARD berpesan kepada diri ARD dan rakyat Malaysia, bayangkan diri kita bila roh ditarik keluar dari badan??? Bolehkah PDRM membantu, SPRM membantu, YB membantu, hatta TG Nik Aziz membantu agar roh kita di'kensel'kan keluar dari tubuh ini....

Jangan ikutkan sangat ketamakan pengamal partisan yang memesongkan.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

06 February 2010

PARTISAN OH PARTISAN!

Bila sebut pasal hala tuju rakyat Malaysia yang bergiat cergas dalam mana-mana kelompok partisan, rerata mereka akan menyatakan cita-cita utama mereka adalah untuk menguasai tampuk pemerintahan negara. Kerusi kat DUN dan Parlimen menjadi rebutan calon. Hatta bertebaranlah pertugas partisan di muka bumi Malaysia membawa panji-panji parti memasing war-warkan hala tuju agenda parti sekiranya dapat menguasai pentadbiran negara. Sudah tentu rakyat diperdengarkan dengan beberapa janji-janji manis yang menjurus kepada kebajikan rakyat. Rakyat marhaen pun terpaku dan terpukau lalu memberikan undi kepada parti-parti pilihan mereka. Hakikatnya, rakyat hanya dipermain dan diperbodohkan oleh golongan partisan.

Berpartisan dan berpolitik bukanlah punca kezaliman yang berlaku hari ini. ARD tak kata salah. Namun, kezaliman itu dibawa oleh pengamal-pengamal partisan hari ini. UMNO dan BN membuat pelbagai strategi agar memastikan mereka tetap memegang tampuk pemerintahan untuk selama-lamanya di Malaysia manakala PAS dan jemaah PR mengasak dan berusaha untuk menjatuhkan UBN. Sebaliknya harapan rakyat telah dijadikan batu loncatan untuk menguasai kedudukan yang utama iaitu menubuhkan kerajaan.

Apabila berjaya hasrat mereka, janji-janji yang dilaung-laungkan hingga rakyat penuh tekad mengundi mereka hanya tinggal janji. Pelbagai alasan diberi apabila ada pihak memohon peruntukan itu dan ini seperti mana yang pepuak partisan ini war-warkan. Ini menunjukkan mereka cakap semberono....memang semata-mata janji tanpa fakta yang kukuh. Apa dia fakta-fakta tu? ARD nak simpan aje. Nak tengok PRU 13 bagaimana pepuak partisan ini berkempen.

Dimana kebajikan rakyat? Mana usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat? Semenjak merdeka pelbagai dasar dibuat. Bila tukar PM atau menteri maka dasar yang lama dianggap lapuk dan dibuang. Rakyat masih hidup tanpa jaminan. Contohnya, sebut tanah rezab Melayu..... Bila dikaitkan dengan pembangunan maka tanah rezab Melayu jadi mangsa... pampasan diberi dalam bentuk wang memang takkan ke mana. Mengapa tidak tanah yang diambil, diganti dengan tanah juga? Semuanya demi kepentingan kerajaan yang memerintah. Kekejaman wujudnya 'kerajaan' ialah mengambilmilik tanah-tanah yang dimiliki rakyat sejak turun temurun. UMNO dan partisan yang lain belum lahir orang-orang kampung sudah memiliki tanah sendiri. Maka ikut rasmi penjajah...pemilik tanah kena ada geran. Tak kisah lah sebab ia berguna dan kenapa perlu cukai di kutip? Kalau bayaran perkhidmatan Indah Water nampak gak bersebab iaitu perkhidmatan yang diberi. tetapi cukai tanah??? ARD tak pernah nampak mana-mana agensi kerajaan keluarkan perkhidmatan menebas atau meracun tanah milik rakyat. Tetau tetiap tahun kena bayar cukai tanah..... Macam bayar ufti atau wang perlindungan la pulak! Tak bayar tanah kena rampas.

Akhbar dan media lain asyik cerita pasal UMNO, BN, PAS, PR, rogol, bunuh, kemalangan, sodomi dan entah apa-apa lagi yang tidak bermakna langsung kepada rakyat. Kelian hanya mendekati rakyat bila waktu PRU....MINTA NYAWA dengan rakyat.... Ada yang datang ke kampung naik kereta buruk, ada yang pakai songkok, bertertib giler.... Hakikatnya harapan partisan-partisan ini cuma satu.... Menguasai Putrajaya!!!!. Rakyat? Jarang sekali jasa rakyat dibalas baik... Lihat sahaja kenaikan harga gula, harga minyak, dan ntah apa-apa lagi yang akan naik ke hadapan nanti. Kita tunggu RAKYAT NONPARTISAN naik dan mengharamkan semua parti yang ada. Ish! jauh ngarut tuuuhhhh.... Tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!



03 February 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN

Dalam banyak-banyak dasar yang dibawa kerajaan, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' merupakan visi yang paling bagus diutarakan oleh kepimpinan negara. Bagus bagi menerima anugerah 'Tanam tebu di tepi bibir'!.

Jika benar ingin menjayakan visi berkenaan PM kita perlu bertindak mengambil alih semula beberapa agensi swasta yang dahulunya 100% di bawah seliaan kerajaan. Antaranya Tenaga nasional Berhad, Telekom Malaysia, Pos malaysia, PLUS(Lembaga Lebuhraya Malaysia yang dulunya memainkan peranan), MAS dan begitu juga beberapa agensi swasta hari ini yang banyak memainkan peranan dalam urusan import beras dan gula.

Mengapa perlu diswastakan urusan-urusan berkenaan? Adakah kerajaan ingin mengelak dari tanggungjawab? Dasar penswastaan yang bertahun dilaksanakan sebenarnya membebankan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung kos kerugian agensi-agensi berkenaan. Kita bukan sebuah negara kapitalis (atau mungkin?). Kerajaan yang ditubuhkan di negara kita adalah hasil tangan rakyat melalui PRU. Adakah ini cara yang sesuai untuk membalas jasa baik rakyat?

Jika benar Najib berjiwa rakyat, beliau perlu mengambil alih agensi-agensi yang diswastakan dalam era Tun Dr M dahulu. Penswastaan agensi kerajaan lebih banyak menindas rakyat. Buktikan bahawa 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah wawasan ikhlas Najib demi kepentingan rakyat.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!

02 February 2010

BERAPA BANYAK DAAA!

Huhuhuhu...muncul la pulak Parti Cinta Malaysia.... Romantik nama tu. Aura dia nampak hebat dari nama UMNO. Ni serpihan parti mana ni yek! Bertambah-tambah kelam le politik tanah air. Selamat berjuang jer la. Oh ya, dah pilih kem mana? BN atau PR? atau ada blok baru.... BEBAS! Bagus juga bikin blok baru... biar gegak gempita tanah air dengan cerita-cerita politik seperti Ahli Parlimen lompat parti, si polan letak jawatan, si anu kena amaran dek j/k disiplin, kerajaan negeri kena tumbang.....

Buat le apa yang patut selagi kejadian ini belum berlaku....

Az-Zumar [68] Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya). Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,….

Sangkakala itu berbentuk tanduk dan ditiup oleh Malaikat Israfil. Mengikut hadis, malaikat sudah ready (bersedia) untuk meniup, hanya menunggu arahan sahaja. Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.” Saya bertanya: “Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?” Jawab Rasullullah s.a.w.: “Bagaikan tanduk dari cahaya.”

Tiupan sangkakala yang pertama untuk mematikan adalah perlahan, makin lama makin kuat. Masa ini orang Islam sudah tiada, dimatikan dengan angin. Saintis, orang kafir dan fasik mencari-cari punca bunci itu dengan segala teknologi yang canggih masa itu. Mereka mula takut dan panik, akhirnya “heart fail”, jantung mereka berhenti berdenyut dan matilah.…kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya) Kecuali Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil. Izrail dan 8 Malaikat yang memikul arasy.

Buat la apa yang patut....sebelum yang 'sepatutnya' berlaku.

31 January 2010

RAKYAT DAN PARTISAN

Politik tanah air memang tidak pernah henti tengkujuhnya... ada aje 'banjir' sana sini... Inilah buruknya sikap pengamal-pengamal partisan yang ARD benci sangat. Mungkin bukan ARD seorang,mungkin berdua atau mungkin berjuta yang membenci sikap segelintir pengamal partisan yang kununnya menjadi wakil kepada rakyat.

Apa perkara yang ARD belajar tentang politik???... 'Usah percaya 100% apa yang dicakapkan dek ahli politik, terutamanya pepuak UMNO dan sekutunya!'..... Memang pun! sekarang bukan politik zaman Rasulullah SAW atau sahabat-sahabat baginda atau yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda. Jadi wakil kepada rakyat di peringkat dewan undangan dan parlimen punya matlamat lain(majoriti dari U-BN). Kepentingan rakyat marhaen ni jatuh yang keberapa entah dalam tekad diorang ni. Yang paling atas mesti untuk diri sendiri, kedua:pun untuk diri sendiri, ketiga:pun untuk diri sendiri, bla...bla...bla...

Ada gak ARD baca dalam dua tiga websites, sesungguhnya pengikut Dajjal laknatullah ni bukan sahaja multiracial tetapi juga multireligious....termasuk le yang beragama Islam.... Huh agama jer Islam, amalan '0'! Ada gak Islam, beramal dengan Islam tapi punya 'tugasan' yang lain. Jadi PAS kena le buat tapisan di kalangan YB mereka. Mana le tau kekalau ada terselit satu dua anak buah dajjal Laknatullah ni. ARD bukan nak menuduh, tetapi meminta pihak yang kita lantik bekerja untuk rakyat ini 'BERSIH'. UMNO? huhuhuhuhu.... lihat, dengar dan nilai sendiri....

Sememangnya dua tiga kerat YB yang rakyat pilih ni sekadar nak dipanggil YB aje. Ada masalah dalam parti mula le nak lompat sana sini. Eloknya 'katak-katak' ni jangan diterima mewakili mana-mana parti. Kalau boleh, lompat parti jer kelayakan sebagai wakil rakyat itu 'DIGUGURKAN'. Buat pilihanraya kecil semula. Kami, rakyat Malaysia ni tak berapa berminat nak 'bela' katak-katak ni.

Ini le perangai pengamal partisan!!! Bila ada krisis dalaman parti, mula le keluar parti.... Lepas ni kepada rakyat Malaysia, kita pilih orang yang buat kerja....JANGAN PILIH parti mana. Parti-parti ni semuanya mengarut belaka. Kalau ada dengar skandal sesikit pun kita reject je orang tu. Kita sendiri lihat bagaimana YB Bung kita berdalih-dalih satu Malaya tentang pernikahan dia dengan pelakon tu... Ndak ke kita pemimpin yang suka berdalih-dalih.... Perangai begini yang suka gadai kepentingan rakyat dan negara. Berapa banyak tenaga yang keluar, beribu duit kita sumbang untuk parti tetapi hari ini sumbangan itu telah dipersiakan. YB dah mula demand.... Makhluk yang begini kita buang ke laut aje. Berapa ramai YB kat Malaysia ni ada skandal....Jenih yang ini kita pencenkan awal. Kita perlukan pemimpin yang benar-benar clean.... Supaya kepentingan rakyat dan negara diutamakan.... Bukan seperti yang berlaku hari ini. Rakyat diutamakan! Tetapi budget beberapa kementerian dipotong....menyebabkan saluran kemudahan untuk rakyat disekat!!! Apa ke jadah visi sebegini. Dedulu masa hampa juga memerintah, kelian banyak bazir duit....! Agensi kerajaan pakat guna kenderaan yang eksklusif, harga yang mahal dengan alasan nak guna kenderaan yang berkualiti...Kelian sendiri tak hargai kenderaan tempatan???? Pepatutnya SPRM boleh siasat perkara ni.... Audit Negara kena siasat perbuatan ini.... Dajjal-dajjal kecil sudah bazirkan wang rakyat! Apa guna kita wujudkan proton, perodua, hicom dan lain-lain???? Dah tentu kita dulu gunakan secara optimum baru orang luar mau beli kenderaan kita. Semakin hari dapat le syarikat-syarikat tempatan berkenaan meningkatkan kualiti produk. Orang gomen yang kendalikan pembelian kereta agensi kerajaan tanya kat toyota dan honda, berapa lama diorang ambil masa untuk berada di kedudukan hari ini? Kelian ni cerdik tetapi bodoh!... Walau Tun Dr M tu ARD tak berapa suka, tapi bab melahirkan produk tempatan ARD puji.... Waktu beliau menjadi PM,... kenderaan tempatan banyak digunakan oleh agensi kerajaan. Ni siap beli Lancer Evolution lagi.... Kelian nak buat apa kenderaan tu...Kelian nak masuk ralli ke? Setakat nak kejar penjenayah bukan jenih kenderaan yang diutamakan tetapi strategi.... Tu la bila otak dah jatuh paras kepala lutut... Akal tak berguna langsung!

Ni siapa punya kerja? Baru satu bab. Banyak bab lain yang pengamal partisan buat silap dalam mentadbir negara. Ada dapat komisen? Huhuhuhuhu...sedihnya jika rakyat Malaysia rela dengan perkembangan sebegini. Tolong sedar dari lena tuh.....! Jangan nak kerja untuk parti ajer! Dapat selai dua RM pun tak guna....itu duit haram.... Dapat selai dua kain batik pun dah memuji sangat pengamal partisan tuh....padahal lebih dari itu pengamal partisan tu dapat... Dapat istana, dapat kereta mahal dan dapat bini's yang cantik....

Pepikirkan lah kehadapan ini, dalam PRU akan datang... memana calon yang bertanding tu kita siasat depan, belakang(ini bukan sodomi), luar, dalam.... ada skandal.... Kita ucapkan bye bye. Rakyat Malaysia kena rerajin baca blog.... Baca, kaji dan nilai berita-berita hangat.... bila pokok bergoyang tu.... ada la punca dia.....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!


30 January 2010

KES BAKAR GEREJA

KUALA LUMPUR: Three despatch riders, including two brothers, claimed trial at a Sessions Court here to setting fire to the Metro Tabernacle Church in Desa Melawati early this month.

They are siblings Raja Muhammad Faizal Raja Ibrahim, 24, and Raja Muhammad Idzham Raja Ibrahim, 22, and their 23-year-old friend Azuwan Shah Ahmad.

They are charged with committing mischief with fire at the church in Desa Melawati, Wangsa Maju with the intention to destroy it at 11.50pm on Jan 7.

The trio were said to have committed the offence with several others who are still at large.

If convicted, they could be jailed up to 20 years and fined under Section 436 of the Penal Code.

Raja Muhammad Faizal had burn marks on his hands, body and face and a urine bag hung on his right side.

His younger brother, clad in a brown striped T-shirt and dark shorts, also had burns on his hand.

Media photographers and cameramen however were not able to get any pictures of them as they were brought in and out of court through a tunnel.

DPP Anselm Charles Fernandis asked the court to set bail at RM20,000 in one surety in view of the gravity of the offence and because it is of public interest.

He added that there were direct and circumstantial evidence against the trio.

All three pleaded for lower bail, saying they were from poor families and were first offenders.

Sessions Court judge S.M. Komathy Suppiah set bail at RM20,000 in one surety for each accused.

She, however, said she would allow each of them to post RM10,000 as security for their release pending disposal of the case.

In expressing their intention to engage a lawyer, the trio asked for more time to handle legal matters.

Raja Muhammad Idzham asked for two months to appoint a lawyer, adding that they had also not met their family members for some time.

Komathy set March 12 for mention of the case.

The trio failed to post bail.

Earlier media reports stated that the police had arrested eight men involved in the arson attack on the church to assist in investigations.

sumber: di sini

Huh,....mat despatch yer yang kena tangkap?.... Kalau tak salah ARD suatu ketika dulu mat-mat despatch ni dikaitkan juga dengan 'mat rempit' . Maaf bukan semua Mr.Despatch kita tu mat rempit.... Ada gak mat masjid diorang ni ngalah le mat-mat umnos tu.... Hatta Pemuda UMNO pernah rapat dengan mat-mat rempit ni.... Ish! takkan la pulak.... Takkan Putera UMNO dah start mainkan peranan???? hmmm, entah arrr! Kita tunggu pendedahan YB Azmin Ali.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!
'DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT'

27 January 2010

SALUT ADUKA TARUNA: MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Mungkin bukan seorang, mungkin bukan berdua.... ARD bersimpati dengan apa yang berlaku kepada saudara blogger Aduka Taruna. ARD tidak mengenali beliau, jarang sekali membaca posting beliau.... Apapun bila membaca satu dua posting beliau, seolah-olah tidak perlu ketemu insan ini..... Jika dilihat dalam diri ARD, maka itulah diri AT. Kerana kami yang menulis di dalam blog adalah RAKYAT!. 'SUARA RAKYAT ADALAH SUARA KERAMAT!' Cuma ada ketikanya bila dah banyak sangat ketidakpuasan seorang rakyat yang prihatin maka ada kalanya diri tak terkawal. Bukan Jebat seorang yang boleh mengamuk, Jebat juga adalah RAKYAT, tak begitu? Kesalahan Aduka Taruna tetap salah dan beliau sendiri dah mohon maaf. Sedangkan Rasulullah memaafkan umatnya.... atau ada sesiapa yang lebih tinggi darjatnya dari Rasulullah SAW? Kalau terpaksa menerima hukuman jika didapati bersalah, maka AT kena menerimanya. Ada ARD terbaca, bahawa kita perlu patuh kepada undang-undang yang dikenakan pemerintah walaupun pemerintah itu zalim.... Di dunia ini kita perlu patuh sebab dunia ini cuma satu 'persinggahan', yang mana pemerintah yang zalim tu....diorang ni akan menerima balasannya selepas ditimbang tara amalan dan perbuatan mereka sebagai pemerintah sama ada mereka pemerintah adil atau sebaliknya. Itu punya hukuman huhuhuhuhu... kalau tempoh sehari di dunia sama dengan seribu hari 'di sana'....... Bayangkan kalau kena hukum 5 tahun je....Subhanallah! ARD berani cakap 5 tahun kat penjara dunia ni pun rasa nak gila...... Kalau kat 'sana'....... sendiri mau ingat la.

Berkenaan suara rakyat, bukan sekali tetapi sudah beribu kali suara rakyat menjatuhkan kerajaan-kerajaan yang menzalimi RAKYATnya walaupun sebangsa. Soviet Union yang dikenali dengan imej 'beruang' satu ketika dahulu tumbang kerana suara rakyat. Sedangkan pengaruh komunis berakar umbi di sana. Sebelum itu, kewujudan Soviet Union juga adalah kerana suara rakyat yang menghapuskan pemerintahan Tsar Russia. Rentetan peristiwa di Russia membuktikan suara rakyat mampu menumbangkan segagah-gagah 'gergasi' yang sangat digeruni oleh Amerika Syarikat.

Baik, bukan ARD nak ajak rakyat memberontak. RAKYAT PERLU SETIA KEPADA NEGARA! Diulangi RAKYAT PERLU SETIA KEPADA NEGARA!.... Tanpa negara siapalah rakyat..... Rakyat ada apabila wujudnya sebuah negara. Sebuah negara wujud apabila ada rakyatnya. Tetapi tanpa Barisan Nasional dan UMNO adakah RAKYAT akan pupus di muka bumi Malaysia tercinta ini? Itu pasal lebih baik kita sebut KAKITANGAN NEGARA daripada sebut KAKITANGAN KERAJAAN. Kalau 'penjawat awam' kira manis la tu. Dua tiga contoh ungkapan yang ditanam oleh pepuak UMNO dalam diri sebahagian besar orang Melayu..."Kalau UMNO tak ada, kalau UMNO kalah.... habis orang Melayu" "Kalau BN tumbang, rakyat akan ditindas, orang Melayu akan melarat..." WOW!!! Hebatnya UMNO ngalahkan Allah SWT. Ni kira tilik nasib ni.... Ada mufti-mufti menegur penggunaan ayat-ayat yang begitu yang dibuat secara terbuka terutamanya waktu kempen pilihanraya? Ada ke SB catat dalam laporan diorang ungkapan yang sebegitu yang seumpama contoh yang diberi dianggap sebagai satu ugutan?

Kepada AT, Alhamdulillah saudara sedar akan kesilapan yang telah dibuat. ARD salut sebab AT kerana tindakan saudara AT mohon maaf secara terbuka. Bukan macam sesetengah puak, baling batu sembunyi tangan. Tak mengaku pulak bila berak di tengah jalan. Allah SWT bersama orang-orang yang beriman dan bersabar. Semoga AT digolongkan dalam jemaah itu.

'SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!'


26 January 2010

DENGKI!

Anak Raja Dagang ucapkan syabas kepada PAS Kawasan Raub kerana telah membuat perancangan untuk membina sebuah kompleks bagi PAS Kawasan. Dengar khabarnya diorang dah membeli sebidang tanah bagi tujuan tersebut. Semoga perancangan ini akan dapat dicapai dan mampu melonjakkan peranan PAS Kawasan Raub di mata masyarakat di daerah Raub. Ia bukanlah satu usaha yang mudah kerana sebut sahaja PAS, jelas ungkapan kemewahan tu tak ada di wajah-wajah barisan kepimpinan PAS Kawasan Raub kalau nak dibandingkan dengan barisan kepimpinan UMNO Bahagian Raub. Kalau kepimpinan UMNO Raub bangga 'kulu-kilir' naik kereta mewah, YDP PAS Kawasan Raub sekadar naik moto... Bukan moto besar, kapcai ajer... Semoga Allah SWT membalas jasa baik tuan(doa ni bukan untuk kepimpinan UMNO Raub tapi untuk kepimpinan PAS Raub daaa!)

Kat Raub ada bangunan UMNO, PAS tak ada bangunan...makanya diorang nak buat kompleks!!!! Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang wang ringgit dan tenaga yang terlibat dengan usaha ini. Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa baik tan-tuan. Jika tidak ada masyarakat yang peka dan sanggup mengeluarkan sebahagian kecil harta mereka bagi projek ini, nescaya perancangan yang dibuat menjadi sia-sia.

Namun dalam diri beberapa orang barua UMNO Raub memang busuk semenjak 60 tahun dahulu lagi. Tak tau kenapa busuk hati sangat, tak boleh nak tengok orang lain senang. Belum pun tanah 'berterang'.... Belum pun tiang naik..... Sudah ada suara-suara busuk pepuak UMNO untuk buat dajai!... Ada dua tiga kerat bakal bahan api neraka ni dah buat rancangan untuk aniaya PAS Kawasan Raub. Mementang le jiran kompleks tu nanti ada tanah orang UMNO maka nak disekatnya jalan masuk ke kompleks tu kelak.... Ewah!ewah!ewah!.. Yang buat perancangan tu tau ke dia sempat tengok kompleks tu kelak ke tidak.... Cakap macam tak bertuhan lak gayanya. Memang dasar UMNO..... Sebenarnya diorang ni la yang selalu 'cah keting'.

Jadik kalau ada niat tak baik untuk merosakkan perancangan PAS Kawasan raub tu.... Renung-renungkan diri anda....

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

25 January 2010

AN-NAAS

Allah SWT berfirman:

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
[2]
"Yang Menguasai sekalian manusia,
[3]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
[4]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -
[5]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -
[6]
"(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


UMNO??? UNTUK MELAYU JER?

Petikan ini disedut dari http://perisik-rakyat.com

وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".

“Dan akhir surah di dalam Al Quran (Surah An Nas) “Katakanlah Aku berlindung dengan tuhan seluruh manusia, raja seluruh Manusia”, bukan tuhan seluruh muslimin atau tuhan bangsa arab, atau raja bangsa Arab, “illah” Bangsa Arab”. Dia bertanya dan bertanya: "Mengapa, kemudian, orang Malaysia tidak senang dengannya?!".

Mengapa orang Malaysia tidak suka Allah itu TUHAN SELURUH ALAM??? Siapa nak jawab? Maksud 'Orang Malaysia' tu tunding kat Melayu le.... Melayu UMNO! Kelian ingat kelian beso dari Allah SWT ke? Sebab Melayu UMNO ingat semua benda di bumi Malaysia ini milik dierang jer. Kelian(Melayu UMNO) sedar tak keahlian sebenar ahli UMNO tu bukan untuk Melayu lagi? Wawasan Dato' Onn akhirnya tercapai!!!