“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

30 April 2010

HAI BAPAK POLISI

Nampaknya pemerintah dah tak berminat nak dengar rakyat kecoh-kecoh pasal remaja ditembak polis tu. Imej polis kena jaga...lebih kurang gitu le yek. Yang berlaku dah berlalu... Bukan nak citer pasal kesedihan tetapi sebagai warga Malaysia, nampaknya anytime kita boleh menerima nasib yang sama. Itu apa yang terlintas di minda... Kalau nampak patrol car meluru semacam ke arah kita...hati dah mula juak.... Padahal driver dia bergegas nak carik tandas..... Fobia? Lebih kurang arrr.

Kepada pihak polis, terutamanya kepada anggota-anggota yang meronda... banyak ilmu dah dicurahkan sewaktu latihan dulu... Jadi gunakan kewarasan dan kebijaksanaan untuk menangani masalah. Bukan semua masalah perlu diselesaikan dengan muncung pistol... Tak gitu?

Di mata rakyat, imej tetuan polis memang teruk sekarang ni.... Jadi, jangan sampai timbul rasa benci rakyat terhadap pihak tuan..... Hakikatnya semua jabatan kerajaan kerja untuk rakyat... bukan parti politik, bukan khusus untuk individu berprofil tinggi aje.... Rakyat bayar cukai untuk bayar gaji semua kakitangan awam di negara ni... Termasuklah gaji PM,TPM, KPN etc. Jadi kerja untuk rakyat dengan lebih bijaksana, lebih waras.....dan lebih berjiwa rakyat, BUKAN berjiwa KARAT

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!!

27 April 2010

TERIMALAH DOA HAMBAMU YANG 'BERDOSA' INI

Ya Allah, tiada tuhan yang disembah melainkan Mu... Sesungguhnya Nabi Mohammad SAW itu persuruhMu.... HambaMU ini sedar bahawa sesungguhnya diri ini bukanlah sebersih kain putih lagi.... Ku bermohon kepadaMU Ya Allah, kembalikan umatMu di bumi Malaysia ini agar menyedari kesilapan-kesilapan yang lalu telah jauh dari batasan yang Engkau redha....

Ya Allah, sesungguhnya umatMu di bumi Malaysia ini alpa bahwa andainya tiada belas kasihMu, jika tiada rasa sayangMu, andainya Engkau tunjukkan amarahMu nescaya bumi Malaysia ini sudah lama menjadi seperti kerajaan-kerajaan terdahulu yang telah Engkau binasakan di masa lalu.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengasih dan penyayang... tiada yang lain untuk ku mengadu. Andainya umatMu di bumi Malaysia ini masih 'bongkak' dan 'berdegil'... Aku redha Ya Allah,..... Aku Redha..... Menerima apa jua ketentuanMu.....

Amin Ya Rabbal Alamin

22 April 2010

POLITIK,PARTI DAN ........

Sekarang Hulu Selangor menjadi tumpuan satu Malaya.... Dua jagoan meniti dan menanti hari penentuan.... Siapa yang layak kuasai Hulu Selangor.... Bukan 'Kamal' atau Zaid, tetapi BN atau PR. Kedua-dua pihak dah mula turun padang. BN menggunakan kelebihannya menguasai media massa menyiarkan propaganda... Macam-macam cerita ada... Sampai bab dalam kain calon pun ada....

Persoalannya di mata ARD, korang dok singkap keburukan orang lain ni... Korang sudah cukup baik ke? Inilah yang dididik oleh pengamal partisan zaman berzaman di Tanah Melayu ni. Rakyat nak dengar apakah misi dan visi mereka apabila menang dalam satu-satu pilihanraya, bukan nak dengar cerita yang ntah hapa-hapa. Ulang balik, korang ni cukup baik sangat ke???

Selama hidup ARD di bumi Tanah Melayu ni, macam-macam pendedahan dibuat tentang keperibadian mereka yang hidup bergelumang dengan partisan ni. Ada cerita 'kaki betina', ada cerita 'kaki botol', dan ntah hapa-hapa kaki lagi. Ini menunjukkan sebahagian besar 'politisan' ni berperangai buruk.... Jadi, kita masih lagi nak percaya dengan golongan partisan dan politisan ni ke? Mereka ini seolah-olah sekelompok manusia yang mengambil kesempatan dari 'baik hati' rakyat yang percaya dengan perjuangan partisan dan politisan ini.

Kesimpulannya, baik BN atau PR.... kelian dari kelompok yang berbeda...tetapi tetap punya cita rasa yang sama... Huhuhuhuhu....makin banyak buat pendedahan maka makin terserlah kelian punya niat dan hati budi kelian kepada rakyat. Bagi ARD: PEMIMPIN YANG TERBAIK TIDAK AKAN HEBOHKAN KEBURUKAN LAWANNYA...

SALAM RAKYAT!
SALAM PERJUANGAN!
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

11 April 2010

DENGAR, KAJI DAN BERTINDAK

Salama Rakyat!

Pembaca blog datangnya dari pelbagai peringkat umur dan taraf hidup. Ada pembaca di kalangan partisan, kuasawan, budayawan, karyawan, dan lain-lain. Umumnya siapa pun anda, anda adalah RAKYAT. Hidup di sebuah negara yang dinamakan Malaysia.

Sebagai sebuah negara yang ditadbir secara demokrasi semua tindakan yang dibuat oleh pemerintah adalah berfokus kepada kepentingan rakyat. Hakikatnya RAKYAT adalah hakim yang menilai perancangan agama, sosial, perundangan, ekonomi dan sebagainya agar memberi faedah kepada rakyat 100% tanpa ada 'serampang dua mata' atau 'yang tersirat di sebalik yang tersurat'.

ARD antara blogger yang merasakan inilah ruang untuk kami memberi teguran dan pandangan tanpa mengaut sebarang keuntungan dari tindakan kami. Tak ada 'one click, get US1'. Bagi diri ARD tiada pemburuan untuk dikenali umum atau glamor. Apa guna popular dan glamor jika kehidupan rakyat masih ditakuk lama....hak rakyat masih dipinggir....rakyat diperkuda oleh pihak-pihak yang berkepentingan terutamanya golongan partisan.

Justeru, terima/dengar teguran dan pandangan kami.... kaji dengan minda yang waras dan telus dan bertindak tanpa ada niat yang tersirat. Kekadang bila kita berada di atas, kita merasakan kita sudah bijak dan kita tidak perlu pandangan luar.... Sayangnya bila kelian berada di atas, kelian tidak memandang ke bawah... Ingat, dalam apa jua keadaan RAKYAT adalah kelompok pertama merasai pahit dan manisnya dahulu....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

10 April 2010

SEPINTAS LALU........

Hari ini ARD begitu terharu kerana Masjid Tengku Abu Bakar 'meriah' di hari Jumaat buat pertama kalinya setelah bertahun suasana itu diragut dari pandangan masyarakat di sekitar bandar Raub. Bertahun juga MTAB menangis apabila 'hak'nya dirampas oleh mereka yang berkepentingan. Namun, Allah SWT lebih berkuasa.....dari sesiapa jua dimuka bumi ini.

ARD berpendapat bukan umat Islam sekitar bandar Raub sahaja gembira malah masyarakat bukan Islam merindui suasana itu. MTAB sudah 'BEBAS'!!!! Syukur...Alhamdulillah. ARD tak kata posting-posting ARD antara punca solat Jumaat dapat dilaksanakan di MTAB. Tidak...Tidak...Tidak... Ini berlaku kerana telah tiba detiknya Allah SWT pamerkan kekuasaannya yang mampu menggerakkan hati-hati yang keras dan degil agar membenarkan solat Jumaat di MTAB. Berkat doa hati-hati yang kerdil mampu melembutkan 'jiwa-jiwa yang kacau'... Jika masih ada 'jiwa kacau' menafikan haq MTAB.... bebawa la beribadah di rumah Allah ini dan rasai nikmat sebagai tetamu Allah SWT di rumah-Nya.

Masih ada beberapa perkara yang belum selesai di MTAB. Pembentukan jawatankuasa pengurusan baru perlu dibuat. Gantikan pengerusi yang sedia ada dengan seseorang yang benar-benar mempunyai kualiti yang tinggi dari sudut dunia dan akhirat. Seorang pemimpin yang benar-benar mampu menguruskan hal-hal yang berkaitan kedua-dua unsur. Kita bukan sekadar memerlukan seorang yang bersifat teknokrat tetapi kita juga memerlukan seseorang yang mampu menjalankan tanggungjawabnya lebih daripada itu. GRED A pengetahuan agama, GRED A dari sudut pengurusan kewangan, GRED A sebagai pakar strategik, GRED A sebagai seorang kariah MTAB... GRED A sebagai pegawai perhubungan awam.


SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

08 April 2010

ALHAMDULILLAH.........ALHAMDULILLAH.........ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah....

Lafaz kesyukuran yang mampu diucapkan oleh ARD pada hari ini (08/04/2010) Sesungguhnya Allah SWT telah menerima doa hamba-hamba-Nya. Esok(09/04/2010) MASJID TENGKU ABU BAKAR telah dibenarkan kembali menjalankan solat Jumaat setelah bertahun disekat.

Ini adalah dari sumber rapat jawatankuasa MTAB yang telah menerima berita gembira ini pagi tadi. Bersyukur kepada Allah SWT kerana telah membuka pintu hati pihak-pihak yang berkenaan yang mengembalikan solat Jumaat di MTAB. Semoga 'hati-hati' ini akan terus menjalankan tanggungjawab berlandaskan suruhan-Nya.

Pinggirkan rasa ketidakpuasan terhadap MTAB, buang jejauh jika ada niat serong terhadap MTAB. Masjid ini 'RUMAH ALLAH'. Kalau orang nak robohkan rumah kita tanpa sebab kukuh kita akan marah... Begitu juga dengan punya niat merobohkan rumah Allah. Ya Allah!, ARD mendoakan agar digerakkan hati-hati ini untuk meneruskan keadilan yang hak kepada rakyat sepertimana kehendak & perintah-Mu.

Satu kemenangan untuk RAKYAT!.....

ALHAMDULILLAH!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

05 April 2010

MALAY DILEMMA...MASJID TENGKU ABU BAKAR

SALAM RAKYAT!

Dah lama ARD tak bawa isu ini... Bukan malas nak ungkit tetapi menanti kot-kot ada dah jawapan tentang masa hadapan masjid/RUMAH ALLAH ni.

Orang kafir dok menanti penuh debaran kehadiran 2012... Dema kata kalau ikut kalendar orang Maya...time tu akan berlaku ARMAGEDDON/KIAMAT.... Tetapi sebagai hamba-NYA, kita tidak mengetahui kedatangan KIAMAT. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Entah esok, lusa, tulat dan bila-bila masa mengikut ketentuan-NYA.

Keknya, kita dah buat kesalahan dan kita masih tak sedo-sedo... Kita lupa ada tanggungjawab kepada agama dan masyarakat yang belum selesai. Kepada pihak yang berkenaan, jika kelian nak minta maaf kelak kepada warga sekitar bandar Raub yang tidak mengerjakan solat Jumaat sedangkan di bandar tersergam masjid tetapi kelian tutup untuk tujuan SOLAT JUMAAT... Ada antaranya dah pulang ke rahmatullah... Bila masa waktu hidup kelian nak mintak maaf???

Jangan bijak bicara agama tetapi isu sebegini kelian tak ambil berat. Perbetulkan kesilapan ini... Mana-mana pihak yang BERKENAAN... Bertindak segera sebelum badan dikandung tanah...

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah... Nampaknya uptown di Raub kembali bernafas walaupun dalam keadaan 'sesak-sesak nafas'. Mana peniaga yang lain???. Pihak-pihak yang berkenaan perlu usaha lebih gigih. Kalau keadaan masih belum berubah, asyik-asyik gerai hok tu je dua tiga malam... Alamat 'bungkus' kembali uptown Raub. Tak perlu nak adakan majlis hiburan, itu amalan karut dan melalaikan. Cecuba le fikirkan sesuatu yang lebih berfaedah.

Kepada peniaga-peniaga uptown, dugaan untuk mengecap kejayaan memang banyak.... Jatuh dan bangun adat berniaga. Itulah yang akan melonjakkan kelian setingkat demi setingkat memperolehi kejayaan. Buat kajian tentang masa lalu kelemahan yang berlaku. Modal??? Ye tak ye... Apa guna slogan RAKYAT DIDAHULUKAN! dicanang satu benua... Agensi-agensi yang berkaitan(malas nak nyatakan di sini...) takkan tak rereti memainkan peranan.... Kalau kelian tak percayakan peniaga-peniaga ini, macam mana peniaga-peniaga ni nak percaya dengan kelian(sebab kelian agensi kerajaan/pemerintah). PRU 13 bukan lama sangat dah....

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!