Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.
Search This Blog
01 September 2012
SIAPA YANG SEPATUTNYA GUSAR?
Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.
27 July 2012
CUKUP.....CUKUP SUDAH
22 July 2012
HAPUSKAN 'KADUK'!!!
24 June 2012
MARI FIKIRKAN BERSAMA
12 June 2012
ANAK WATAN MASIH MENANGIS
Tidak bisa menahan sebak,
Acap kali menyiram api amarah,
Mengenang jerihnya moyang-moyang...
Meredah belukar, berlindung di rimba bagai pelarian di tanah ibunda
Demi mengapai erti MERDEKA
Namun, terpalit 'PENDERHAKA' di hujung nama.
Buat:
Anak-anak raja yg berdagang hidup di segala penjuru alam di Tanah Melayu yang mewariskan kehidupan ini untuk anak,cucu dan cicit. Kilen padamkan setiap anugerah gelaran dan korbankan kemegahan dunia, mencari kedamaian dan kesejahteraan untuk legasi yang ditinggalkan. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka yang tidak mahu didendangkan ini.
Warisan SAKAB, Khatib Abdullah dan Raja Daud.
Oleh ARD
30 May 2012
KEGANASAN POLITIK UMNO BERMULA
Berdasarkan
pengamatan aku apa yang berlaku di Lembah Pantai merupakan cetusan
bermulanya kejatuhan moral UMNO(buat pertama kalinya aku guna huruf
beso). Malah strategi ini akan berterusan di mana-mana ada ceramah
penerangan PAKATAN RAKYAT. Semoga pihak polis tidak BIAS. Anda seperti
juga penjawat awam yang lain.... POLIS juga perlu BEBAS kerana tugasnya
menjaga keselamatan kedua-dua pihak.
Tindakan
kepimpinan umno(kecik la balik) merestui tindak tanduk budak budak
upahan(RM20 nyer) merupakan bunga bunga keganasan politik. Malah jika
pihak berkuasa(POLIS) tidak mengambil sebarang tindakan tegas atau
sepertimana tindakan polis di Lembah Pantai, mereka ini akan lebih
berani untuk melakukan keganasan yang lebih buruk. Tidak mustahil
mereka(org org umno) akan lebih berani menyerang individu yg hadir
ceramah penerangan PR dengan kayu, parang, pistol dsb.
TOLONG
JANGAN PANDANG RINGAN atau PANDANG SEBELAH MATA. Gaji POLIS, RAKYAT yang
bayar...... Duit sampingan korang mana korang dapat itu kami tak
peduli.
SALAM RAKYAT SALAM PERJUANGAN:ARD
30 March 2012
KSSR
Apa dia KSSR? Tanya cikgu sekolah rendah dia tau apa dia KSSR tu. Salah satu dasar pendidikan yang terkini untuk diterapkan kepada murid murid sekolah rendah. ARD sebagai seorang warga Malaysia tercinta ini amat gembira kiranya ada dasar pendidikan yang standard untuk kecemerlangan akademik dan seterusnya membentuk warga negara yang berguna.
Walaubagaimanapun, setiap kali perubahan dasar pendidikan dilaksanakan ianya tidak kena pada masa dan tempat.
Kepada pembuat dasar pendidikan negara, untuk melaksanakan perubahan hendaklah dikaji sekurang kurangnya 5 tahun sebelum dilaksanakan. Malah perlaksanaannya bukanlah terus kepada guru guru sekolah tetapi diterapkan dahulu dalam sistem pendidikan institusi pendidikan guru terlebih dahulu. Apa guna ada institusi pendidikan guru yang bertebaran seluruh negara jika sekadar untuk memenuhi keperluan guru semasa.
Di institusi inilah pembuat dasar boleh membuat kajian keberkesanan dan penambahbaikan jika perlu. Sebagai pembayar cukai, RAKYAT tidak mahu pembaziran wang seperti mana yang berlaku kepada perlaksanaan ETEMS yang telah gagal. Kos ETEMS jika tidak dilaksanakan boleh diperuntukkan kepada perkara lain. Namun kerana inginkan POPULAR, pihak kerajaan telah membuat suatu pembaziran yang sangat besar.
Berbalik kepada KSSR, kita tidak mahu ada pihak yang ketinggalan dan satu lagi pembaziran wang rakyat. KSSR dilaksanakan terlebih dahulu dan pihak BPG menerima hal ini agak lewat. Pihak Bahagian Pendidikan Guru terpaksa membuat perubahan dalam kurikulum IPG... Tidaklah ini merupakan satu pembaziran wang rakyat? Benar, kerana kos operasi IPG adalah menggunakan peruntukan Kementerian Pelajaran Malaysia... Ia dikutip dari cukai yang bermacam daripada rakyat. Oleh kerana itu adalah lebih wajar pihak BPG terlebih dahulu melatih bakal bakal guru berkenaan KSSR dan setelah ambilan graduan IPG yang dilatih dalam KSSR menamatkan pengajian dan bertugas di sekolah sekolah rendah barulah KSSR dilaksanakan untuk pelajar tahun 1.
ARD mahu ahli ahli akademik bersuara.... Jangan kerana kedudukan kalian sanggup ditundukkan hidung.
SALAM RAKYAT.... SALAM PERJUANGAN.....
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!
21 March 2012
24 February 2012
TAHNIAH BUAT WARGA RAUB SEJAHTERA
12 January 2012
URANG RAUB MAHUKAN PERUBAHAN
01 January 2012
2012
Salam Rakyat, Salam Perjuangan.... Selamat datang 2012. Di mana suara panglima panglima umno Raub membuat desakan agar calon kerusi parlimen bagi pru 13 diserah kepada umno. Takkan anda semua tidak mahu melihat Ketua bahagian umno Raub berbakti untuk peringkat parlimen pulak. Kepada kelompok 'B' dalam umno Raub....jangan tunjuk berani lawan bos jer.... Buat kerja kembalikan kerusi parlimen kpd umno.
Salam 2012