“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

24 February 2012

TAHNIAH BUAT WARGA RAUB SEJAHTERA

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

Tahniah! Ungkapan yang sesuai buat Warga Raub Sejahtera kerana berjaya menganjurkan Forum Perdana bebaru ni. Menangis Padang MDR malam tu sebab sesebelum ni di dadanya banyak acara yang laro berlangsung.... Sekurang-kurangnya rumput-rumput di padang tu berzikir tenang pada malam kelmarin. 

Namun, baru ARD sedar rerupanya umat Islam di Raub ni merupakan golongan minoriti..... Mengapa ARD cakap gini? Sebab hanya sekitar kawasan khemah dan kerusi-kerusi yang disediakan penganjur je yang dipenuhi oleh pengunjung. Amat sedih dan pedih hati melihat suasana malam tu. ARD tak salahkan WRS.... Nak marahkan golongan masyarakat yang sanggup berjalan kaki dari jalan Pekeliling, jalan kaki 1 ke 2 km semata-mata nak makan free, nak saksikan bunga api, nak saksikan artis ngetop masa kini tup-tup pada malam yang indah kelmarin tiada suasana sebegitu kelihatan. Parkir dalam masjid Tengku Abu Bakar boleh cilok-cilok lagi... Kalau ada event yang laro penuh weh parkir nuuuu...

Errrr Kalau Raub ada PERKASA, JATI buat ler sesuatu..... Jangan suara denga time isu politik jer baru ingat Islam dan Melayu.....