“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

22 November 2009

MASJID TENGKU ABU BAKAR...LAGI?

'Kerana nafsu dan untuk kepentingan peribadi' Mungkin ini adalah ungkapan yang sesuai menyentuh isu Masjid Tengku Abu Bakar. Sanggup menidakkan kepentingan kariah Masjid Tengku Abu Bakar lantas solat Jumaat dinafikan di masjid berkenaan. Tidakkah ini isu agama??? ARD bukan nak timbulkan huru-hara, tetapi ingin menuntut hak sebagai salah seorang rakyat negara ISLAM yang merdeka dan berdaulat ini. ARD tidak tahu ke mana kewarasan yang dianugerahkan Allah agar mereka yang bertanggungjawab seperti Tuan DO, Tuan Kadi, Tuan-tuan ADUN(2 ADUN Melayu) sehingga permasalahan begini tidak dapat ditangani untuk ke sekian tahunnya. Macam Raub ni berada di bawah pentadbiran USA la pulak....

Tuan-tuan,
Fikirkanlah satu perkara, andaikan kita ini akan mati keesokkannya... Andainya terlambat untuk memperbaiki kesilapan ini... Tak guna haji yang tetuan kerjakan, tak guna bersedekah banyak-banyak......kerana TAQWA itu sudah tiada. ARD galakan tetuan tonton BAHTERA PERUBAHAN.

Tak guna bergegar mimbar masjid memperingatkan dosa-dosa kepada jamaah, sedangkan diri sendiri, malaikat kat kiri dan kanan...kekejap tambah,tolak,tambah,tolak,tolak.... amalan anda....

Salam Rakyat

07 November 2009

MENANTI KHABAR

Salam perjuangan dan salam rakyat...

Masa terus berlalu... Namun berita gembira yang ditunggu-tunggu untuk Masjid Tengku Abu Bakar tidak jua muncul-muncul. Persoalannya, adakah jawatankuasa MTAB menunaikan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh kariah yang 'redha' dengan kewujudan jawatankuasa berkenaan?. Di manakah Tuan Kadhi kita yang seolah-olah memandang sebelah mata isu ini. Beliau tanpa segan dan silu hadir di khalayak sedangkan isu berkenaan masih belum menemui jalan penyelesaian.

Kalian yang berkenaan tuh, sedarlah dari lena yang panjang...