“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

16 July 2010

KUAK SEDIKIT DAUN PINTU MINDA 2

"Sejarah adalah sebahagian dari diri sebagai bangsa, dia tidak boleh dipisahkan apalagi dilupakan. Melupakan sejarah - apalagi meninggalkan sejarah - sama ertinya dengan kehancuran sebuah bangsa." (Soekarno, 17 Ogos 1966)

Ungkapan itu perlu kita selami sedalam-dalamnya...

Sayangnya nilai 'sejarah' dalam Malaysia moden hari ini sudah terlalu 'murah'. Malah jika diajukan soalan kepada belia-belia Malaysia hari ini, ARD percaya terkedu lidah mereka apabila soalan-soalan sejarah negara dilontarkan kepada mereka....

ARD ingin menjana minda pembaca tentang REVOLUSI lagi. Mengapa berlaku revolusi? Siapa Pendokong revolusi? Apakah impak apabila berlakunya revolusi?

ARD bukan nak ajak rakyat melakukan pembelotan kepada tanah air tercinta ini.... Tetapi ingin berkongsi rasa gundah memikirkan masa depan rakyat dan negara.... Memikirkan bersama-sama bagaimana cara yang terbaik untuk mengekang, merawat dan mencegah anasir-anasir yang menjadi 'barah' kepada rakyat. Gejala RASUAH, BUANG ANAK, DADAH, MAKSIAT melemahkan minda rakyat.... yang menghancurkan jati diri seseorang yang bergelar RAKYAT MALAYSIA.

Kekadang pihak-pihak yang berkenaan punya agenda tersendiri yang menjadi mangsa adalah RAKYAT... Rakyat sekadar menuruti dasar-dasar yang dibuat pemerintah. Itulah hakikatnya. Apa yang pemerintah kata 'BAIK'... Maka rakyat pun kata 'BAIK'... Kerana itu, RAKYAT perlu membuat revolusi minda, jangan bergantung kepada tindakan-tindakan pemerintah yang bakal meletakkan buah catur mengikut cita rasa mereka sahaja. Cita rasa pemerintah berbeza dengan cita rasa orang kampung... Sesetengah orang VVIP makan sesenduk nasi udah kenyang.... Maka diarahnya orang kampung makan ikut cara dia.... MANA BOLEH!...

RAKYAT diminta ubah gaya hidup tetapi pembaziran wang rakyat tetap berleluasa.... Kalau nak ubah gaya hidup, semua pihak perlu terlibat.... dari peringkat bapak-bapak menteri, kementerian-kementerian, jabatan-jabatan hingga ke rakyat. Ini idak.... kenderaan kerajaan sekarang banyak yang guna jenama luar... Secara tidak langsung menidakkan barangan buatan Malaysia. Suruh rakyat beli barangan buatan Malaysia tetapi pemerintah boleh beli kenderaan jenama luar negara... ADIL ke? Tengok iklan kat t.v. kemain la hebatnya....

Rakyat perlu mencorakkan 'KERAJAAN' kerana itulah prinsip sesebuah kerajaan... Satu organisasi yang dibentuk untuk memberikan kemakmuran kepada negara dan menjamin kesejahteraan rakyat. Kalau 'KERAJAAN' mencorakkan rakyat.... Maka, selagi itulah rakyat menjadi patungan.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!




12 July 2010

KUAK SEDIKIT DAUN PINTU MINDA 1

Menurut Kamus Dewan(Edisi Keempat) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , REVOLUSI ialah satu perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan. Ia juga membawa maksud perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir atau bertindak.

ARD ketengahkan pengertian revolusi dari sudut bahasa kita. Nampaknya ‘RADIKAL’ dan ‘KEKERASAN’ bunyinya agak keterlaluan dan melampau… Namun, hakikatnya jiwa manusia ini memang perlu begitu. Malayan Union dibantah melalui tindakan yang radikal juga. Di mata penjajah Inggeris, perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu ketika itu adalah radikal...kerana RADIKAL itu sendiri membawa maksud secara menyeluruh dan memperjuangkan perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan politik… Manakala KEKERASAN jika merujuk kepada Kamus Dewan ialah perihal keras dalam berbagai arti seperti kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan dan lain-lain. Ia juga merujuk kepada maksud paksaan dalam melakukan sesuatu tindakan. Nah, tidakkah sewaktu kita mengagalkan gagasan Malayan Union dahulu sebahagian sifat-sifat ini wujud???...

Mengapa berlakunya sesuatu revolusi??? Banyak perkara yang membawa kepada berlakunya revolusi. Ia bergantung kepada keadaan masa, tempat, keadaan sosio-ekonomi, politik dan masyarakat sebelum tercetusnya revolusi. Bagaimana sesuatu revolusi itu berlaku? ARD mahu pengunjung sekalian melakukan revolusi diri dahulu…. Cari seberapa banyak sumber yang ada dalam laman web berkenaan revolusi-revolusi yang terkenal… Kalian akan mengetahui punca-punca, siapa revolusioner dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana impaknya kepada sesebuah negara, wilayah dan global.

01 July 2010

SATU PERMULAAN

REVOLUSI adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang berlaku boleh dirancang atau tanpa dirancang terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan. Ukuran kelajuan suatu perubahan sebenarnya relatif karena revolusi pun dapat memakan masa yang lama. Misalnya revolusi industri di Inggeris yang memakan masa puluhan tahun, tetapi dianggap 'cepat' kerana mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat-seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara buruh dan majikan-yang telah berlangsung selama ratusan tahun. Revolusi menghendaki suatu usaha untuk merobohkan, menjebol, dan membina dari sistem lama kepada suatu sistem yang sama sekali baru. Revolusi sentiasa berkaitan dengan dialektika, logika, romantika, menjebol dan membangun….” ARD petik dari Wikipedia versi Indonesia. So, bebiasakan bahasanya...

Ini adalah salah satu perkataan keramat dalam pembentukan sejarah dunia…. Kalangan pengunjung blog ARD sudah mengetahui apa itu REVOLUSI semenjak di bangku sekolah lagi. Namun hakikatnya rakyat Malaysia tidak dapat meresapi erti kata REVOLUSI yang sebenar-benarnya. Rakyat Malaysia hanya menerima tempias daripada terjadinya revolusi. Ringkasnya ia merupakan satu perubahan yang mampu mengubah senario semasa. Bagi sesetengah pihak, REVOLUSI merupakan satu keadaan yang akan meranapkan sesebuah kuasa, ia penuh kekerasan, ia mengorbankan nyawa, malah ia mampu mengubah sejarah ketamadunan manusia.

Beberapa revolusi yang biasa kita ketahui…. Antaranya Revolusi Industri, Revolusi Peranchis, Revolusi Bolshevik, Revolusi Amerika, Revolusi Iran, Revolusi Kebudayaan dan lain-lain. Kesemua keadaan ini telah mengubah senario di mana ia berlaku. Persoalannya, adakah revolusi secara total merupakan keadaan yang huru-hara, wujudkan keganasan, menghancurkan demokrasi, menyekat kebebasan rakyat? Kalian cari dari mana-mana sumber berkenaan revolusi-revolusi yang ARD nyatakan tadi…. Baca. Kaitkan dengan pembinaan negara bangsa yang tulin, jati diri yang tulin dan keadilan yang tulin… Bukan sekadar untuk dicanang ke hulu dan ke hilir demi kepentingan peribadi, parti atau organisasi……….. Tetapi demi RAKYAT!!!

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!