“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

28 February 2010

LIHATLAH DUNIA

GEMPAR!!!! GEMPAR??? Sebenarnya tidak langsung menggemparkan apabila media mendedahkan kisah malang seorang anak yang dibunuh oleh kekasih ibunya. Dengan bangganya media cetak mendedahkan wajah siperlaku zina di dada akhbar memasing. Sedih??? Siapa yang tidak bersedih dengan kejadian tersebut. Namun sikap siapa yang harus dipersalahkan...?

Inilah satu contoh apabila pemimpin tinggalkan kepentingan agama demi sedikit kuasa(yang banyak milik Allah SWT) maka rakyat apatah lagi keadaannya. 'Bercicei birei' la anak bangsa. Ini baru satu kejadian zina yang didedah. Banyak lagi. Perhatian dari pihak kerajaan/pemerintah??? Jangan harap la. Time tercetus sesuatu isu baru nak bertindak. Kes Highland Tower, selepas kejadian memacam arahan dibuat. Pembinaan rumah dikaki bukit disekat dan memacam lagi... Tetapi selepas itu macam cendawan muncul kondo di lereng bukit.

Datang pulak isu panazzz minum arak, kecoh pasal tangkapan dan hukuman.... timbul isu PATI penuh le akhbar dok citer.... Macam ni ke golongan partisan mentadbir negara???

Budak yang meninggal tu...Al-Fatihah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya. Seluruh negara bersedih. Bersedih bukan sekadar bersimpati dengan anak comel itu..... Malah rakyat bersedih dengan kepincangan yang wujud dalam sebuah kerajaan yang dihasilkan oleh amalan kelompok partisan. Rerupanya pemerintah hanya bijak berkata-kata. Indah khabar dari rupa. 50 tahun lebih dengan dasar itu dan ini tetapi laba hanya dirasai oleh mereka yang punya kuasa dan berkuasa. Inilah buruknya imej demokrasi apabila kapitalis menguasai budaya berekonomi, bersosial dan beragama.... Inilah sistem yang dibawa pemerintah Malaysia yang memperhambakan rakyat melalui dasar penswastaan dan beberapa dasar lagi yang disokong beberapa akta yang merantai hak-hak rakyat yang mutlak.

Majoriti rakyat masih belum sedar hakikat ini kerana ada pepatah "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna" So, melalui bahasa.... Allah SWT telah menerangkan bagaimana sikap manusia ini.

TANAH MELAYU PERLUKAN REVOLUSI MINDA RAKYAT!!!

TANAH MELAYU??? ARD bukan rasis tapi ia lebih manis dari MALAYSIA yang bunyinya agak kapitalis.....

26 February 2010

PENDIDIKAN:JATUH DAN BANGUN

Anak Raja Dagang sentiasa mengikuti perkembangan pendidikan negara tercinta ini dari masa ke masa. Pada suatu ketika martabat pendidkan negara diangkat ke antarabangsa..pendidikan bertaraf dunia la konon. Namun mungkin para ibu bapa tidak menyedari bahawa pendidikan hari ini sedang 'nazak'. Petikan ini Anak Raja Dagang dapat dari http://greenboc.blogspot.com/2010/02/potong-bajet-pelajaran-lebihkan-permata.html

Baru-baru ini, akhbar arus perdana melaporkan Rosmah bersama program 'Permata Negara' anjurannya telah mengadakan Kursus Pengenalan Permata untuk Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di salah sebuah hotel, di Bangi, Selangor.

Era Pakatan difahamkan, Permata Negara ini akan diambilalih oleh KPM bermula tahun depan.

"Belanjawan peruntukan untuk program Permata Negara boleh diadakan pula dan ia diadakan di hotel pula, namun, daripada di suatu segi lain, kursus untuk para guru dikurangkan atas alasan berjimat cermat," tambah beliau.

Sumber yang bekerja sebagai guru itu berkata, peruntukan untuk para guru yang berkursus itu telah dibekalkan sepotong kuih dan secawan kopi atau teh untuk minum pagi dan petang,

"Kami dapat nasi bungkus satu lauk dan sayur dengan air kosong untuk makan tengah hari, semua itu atas alasan berjimat cermat, tetapi bagaimana pula dengan isteri Najib?" soal beliau lagi.

Dalam keadaan Kementerian Pelajaran Malaysia melakukan amalan perbelanjaan yang ibarat "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" Maka Kementerian Pelajaran dibebani dengan satu lagi program 'sampah' yang sebegini. Permata Negara??? Tidak cukupkah dasar-dasar yang diideakan oleh menteri-menteri kabinet sehinggakan terpaksa menggunapakai idea Rosmah? Apa objektif program ini. Mana kredibiliti menteri pelajaran, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat dan menteri penerangan, komunikasi, kebudayaan dan warisan??? Kelian tak ada program ke sehingga sanggup membiarkan seorang yang bukan bertaraf menteri melahirkan 'Program Permata'. Dalam keadaan ekonomi yang 'lemas' ini masih ada program besar dibuat???

Pendidikan adalah sektor penting untuk melahirkan warga Malaysia yang punya kualiti rohani, fizikal, jasmani dan intelek yang mantap. Tetapi nampaknya sektor ini tidak berharga di mata Najib. Yang berharga di mata beliau...cuma Program Permata.

Jika dahulu, golongan guru dan menengah bangkit menuntut kemerdekaan salah satu puncanya adalah kerana Inggeris telah mengabaikan pendidikan anak-anak Melayu. Ketika itu, anak-anak Melayu kebanyakan(orang biasa, bukan dari keluara bangsawan) tidak berpeluang merasai pengalaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn menimba ilmu hingga ke luar negara. Hari ini, suasana itu kembali berulang....roda yang berputar sudah kembali ke titik 50 ke 60 tahun dahulu. Mana pertubuhan guru punya suara??? Ramai geguru lebih minat berpolitik. Ramai jugak le yang jadi pencacai UBN.

-akan bersambung-


21 February 2010

AKU:HAMBA-NYA DAN RAKYAT

ARD bukanlah persis ahli PAS, PKR, DAP, UMNO, MCA, MIC yang punya identiti atau ciri-ciri atau pembawakan memasing. ARD orang biasa.... Tidak ada kedudukan dan kepentingan dalam mana-mana pertubuhan politik. Ke mana kelian nak bawa dasar partisan kelian ni sebenarnya??? Untuk RAKYAT??? Betul ke???

ARD nak bawa cerita ni... Di Raub ada seorang pemimpin sebuah partai politik yang menongkah arus dengan UMNO.... Pada suatu hari di telah memasuki taman perumahan yang mana di sebuah rumah kat situ sedang buat persiapan untuk mengadakan kenduri. Makanya di sekitar rumah tu dah ditegakkan khemah dan disusun meja. Maknanya kereta tak boleh melalui jalan kat situ lagi. Kena u turn la. Namun dengan kedudukan di mata masyarakat yang tinggi sikit dari ARD dan wakil tuan rumah, hamba Allah ini sudah lupa siapa dia... Wakil tuan rumah dah maklum kat dia, jalan tak boleh lalu sebab meja kerusi dah disusun namun kata-kata yang kurang enak didengar diberi dek hamba Allah ni(pemimpin tu la). Oit!, time nak tarik undi pandai berbahasa dan berpekerti???

Kepada beliau dan juga lain-lain kepimpinan partisan, tolong jangan macam tu. Sekali ARD dengar, maka ARD tau camana isi hati beliau. Sebab itu kejadian spontan... Yang spontan adalah reaksi semulajadi diri kita. Terutamanya tentang perangai kita. Tu belum ada kuasa di tangan. Yang lain-lain kepimpinan partisan di Raub khususnya, RAKYAT buka mata melihat setiap gerak laku kelian.

Baik BN atau PR, kami ada kuasa memilih. Pada satu-satu ketika kami juga boleh sisihkan kedua-duanya. Kami 'simpan' kuasa itu untuk masa yang benar-benar sesuai.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

14 February 2010

KEBENARAN KIAN LUPUS

Ini posting yang sesuai untuk ARD bawa ke paparan skrin hari ini. Hari berganti hari Allah SWT telah memberikan signal bahawa manusia(terutamanya yang Muslim) semakin 'menjauhi' diri dari NYA. Tak faham? Memang ar.... Manusia mudah lupa part-part agama dan ketuhanan ni. Hatta ulama bijak pandai di Malaysia pun begitu adanya.

Dalam pukul 2 pagi, ARD buka Astro History Channel. Siri Battles BC baru nak bermula. Tajuk memang best....DAVID: GIANT SLAYER. Kisah berkenaan Nabi Daud A.S. . Malangnya siri tu memang CELAKA! memang GAMPANG!... Maaf memang itu istilah yang sesuai. Macamana siri begitu boleh lepas siar untuk Malaysia sebuah negara Islam??? Pegawai-pegawai agama negeri, staf-staf JAKIM, mufti-mufti pernah tengok tak siri ini???

Tuan-tuan, ARD beragama Islam.... Namun ARD diajar mempercayai akan kenabian para nabi termasuklah Nabi Daud A.S. Namun siri Battles BC memesongkan kisah benar Nabi Daud A.S. Dalam siri tersebut menunding jari ke arah Nabi Daud A.S. sebagai seorang yang kejam dan penjenayah kepada bangsa Yahudi. Malah komentar-komentar pakar sejarah dalam siri tu(orang Yahudi gak...) menunjukkan mereka mempertikaikan kandungan dalam Bible.... Hah! bapak-bapak ulamak... inilah yang perlu kelian beri perhatian. Jangan nak jaga Islam dan Nabi Mohammad SAW aje. Mementang le Nabi Daud A.S. dari bangsa Yahudi, maka haruskah kita membiarkan baginda dicerca dan dihina sedemikian???? Allah anugerahkan Islam dan Nabi Mohammad SAW untuk semua bangsa... Namun Allah tidak mahu kita lupakan kisah-kisah nabi dan rasul sebelum Nabi Mohammad SAW. Allah mahu umat Islam perakui kewujudan nabi dan rasul selain Nabi Mohammad SAW. Kenapa Nabi Mohammad SAW tidak diturunkan semula di akhir zaman? Kenapa Nabi Isa A.S.????

Hakikatnya Nabi Daud A.S. dicerca oleh kaumnya sendiri(itupun kalau diorang tu benar-benar punya dna bani Israel) Adakah kita umat Islam berdiam diri. Seseorang boleh lantik peguam dan saman ASTRO???? Boleh! kerana Nabi Daud A.S. juga adalah antara nabi dan rasul yang perlu umat Islam akui kewujudannya dan baginda difitnah sedemikian rupa. Buka mata ulama Malaysia!!! Islam bukan sekadar ada Nabi Mohammad SAW!

Kerajaan perlu sekat ASTRO daripada menyiarkan siri itu lagi. Maklum le ASTRO pun tipu gak... Bayar mahal, tapi rancangan t.v. bayak yang ulang tayang.

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!


09 February 2010

BERGEMBIRALAH PARTISAN YANG TERPESONG

Biasalah adat bertempur ada menang dan kalah.... Itu ulasan ARD tentang siapa MB Perak. Tahniah Zamry kerana kemenangan itu..... tahniah sekali lagi..... Kepada DS Ir. Nizar, akuilah bahawa inilah yang tersurat bahawa kita hidup di akhir zaman. Pasti!!!, kemenangan untuk Islam juga akan hadir!

Baiklah rakyat Malaysia, bukti kebobrokan pengamal partisan sudah terang lagi bersuluh. Hmm, dah banyak perkara yang berlaku tetapi alhamdulillah(Najib yang ucap???) rakyat Malaysia terbukti punya kesetiaan menggila kepada pemerintah. Kalau kat Indonesia atau Thailand, dah lamaaaa dahhhhhhh.....

Nasib baik UMNO tolak hudud dari zaman mula merdeka lagi..... Kalau tak.... Si Zamry tak jadi MB Perak.... Bergembiralah partisan yang terpesong....sebelum tubuh kelian dijilat api pembalasan. Setakat api mancis kira ok laaaa.... tapi kalau API NERAKA????

Hari ini partisan menjadi tuan kepada rakyat. Rakyat boleh ditarik ke kiri, ke kanan, ke hadapan, ke belakang dan KE NERAKA!

Ingatlah rakyat Malaysia, satu undi dari anda.... sudah mewujudkan dua, tiga lesen judi. Kerana undi anda, beberapa orang dianiaya.... Kerana undi anda hukum Allah tidak dibela... Jelasnya, rakyat ada share waktu HARI PENGADILAN kelak.

HUH! Apa nak takut ye tak, sebesa kuman pun tak takut dengan ayat ARD tuh.... Aku masih hidup dan bernafas.... biarpun bernafas dalam lumpur.... NAMUN, ARD berpesan kepada diri ARD dan rakyat Malaysia, bayangkan diri kita bila roh ditarik keluar dari badan??? Bolehkah PDRM membantu, SPRM membantu, YB membantu, hatta TG Nik Aziz membantu agar roh kita di'kensel'kan keluar dari tubuh ini....

Jangan ikutkan sangat ketamakan pengamal partisan yang memesongkan.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

06 February 2010

PARTISAN OH PARTISAN!

Bila sebut pasal hala tuju rakyat Malaysia yang bergiat cergas dalam mana-mana kelompok partisan, rerata mereka akan menyatakan cita-cita utama mereka adalah untuk menguasai tampuk pemerintahan negara. Kerusi kat DUN dan Parlimen menjadi rebutan calon. Hatta bertebaranlah pertugas partisan di muka bumi Malaysia membawa panji-panji parti memasing war-warkan hala tuju agenda parti sekiranya dapat menguasai pentadbiran negara. Sudah tentu rakyat diperdengarkan dengan beberapa janji-janji manis yang menjurus kepada kebajikan rakyat. Rakyat marhaen pun terpaku dan terpukau lalu memberikan undi kepada parti-parti pilihan mereka. Hakikatnya, rakyat hanya dipermain dan diperbodohkan oleh golongan partisan.

Berpartisan dan berpolitik bukanlah punca kezaliman yang berlaku hari ini. ARD tak kata salah. Namun, kezaliman itu dibawa oleh pengamal-pengamal partisan hari ini. UMNO dan BN membuat pelbagai strategi agar memastikan mereka tetap memegang tampuk pemerintahan untuk selama-lamanya di Malaysia manakala PAS dan jemaah PR mengasak dan berusaha untuk menjatuhkan UBN. Sebaliknya harapan rakyat telah dijadikan batu loncatan untuk menguasai kedudukan yang utama iaitu menubuhkan kerajaan.

Apabila berjaya hasrat mereka, janji-janji yang dilaung-laungkan hingga rakyat penuh tekad mengundi mereka hanya tinggal janji. Pelbagai alasan diberi apabila ada pihak memohon peruntukan itu dan ini seperti mana yang pepuak partisan ini war-warkan. Ini menunjukkan mereka cakap semberono....memang semata-mata janji tanpa fakta yang kukuh. Apa dia fakta-fakta tu? ARD nak simpan aje. Nak tengok PRU 13 bagaimana pepuak partisan ini berkempen.

Dimana kebajikan rakyat? Mana usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat? Semenjak merdeka pelbagai dasar dibuat. Bila tukar PM atau menteri maka dasar yang lama dianggap lapuk dan dibuang. Rakyat masih hidup tanpa jaminan. Contohnya, sebut tanah rezab Melayu..... Bila dikaitkan dengan pembangunan maka tanah rezab Melayu jadi mangsa... pampasan diberi dalam bentuk wang memang takkan ke mana. Mengapa tidak tanah yang diambil, diganti dengan tanah juga? Semuanya demi kepentingan kerajaan yang memerintah. Kekejaman wujudnya 'kerajaan' ialah mengambilmilik tanah-tanah yang dimiliki rakyat sejak turun temurun. UMNO dan partisan yang lain belum lahir orang-orang kampung sudah memiliki tanah sendiri. Maka ikut rasmi penjajah...pemilik tanah kena ada geran. Tak kisah lah sebab ia berguna dan kenapa perlu cukai di kutip? Kalau bayaran perkhidmatan Indah Water nampak gak bersebab iaitu perkhidmatan yang diberi. tetapi cukai tanah??? ARD tak pernah nampak mana-mana agensi kerajaan keluarkan perkhidmatan menebas atau meracun tanah milik rakyat. Tetau tetiap tahun kena bayar cukai tanah..... Macam bayar ufti atau wang perlindungan la pulak! Tak bayar tanah kena rampas.

Akhbar dan media lain asyik cerita pasal UMNO, BN, PAS, PR, rogol, bunuh, kemalangan, sodomi dan entah apa-apa lagi yang tidak bermakna langsung kepada rakyat. Kelian hanya mendekati rakyat bila waktu PRU....MINTA NYAWA dengan rakyat.... Ada yang datang ke kampung naik kereta buruk, ada yang pakai songkok, bertertib giler.... Hakikatnya harapan partisan-partisan ini cuma satu.... Menguasai Putrajaya!!!!. Rakyat? Jarang sekali jasa rakyat dibalas baik... Lihat sahaja kenaikan harga gula, harga minyak, dan ntah apa-apa lagi yang akan naik ke hadapan nanti. Kita tunggu RAKYAT NONPARTISAN naik dan mengharamkan semua parti yang ada. Ish! jauh ngarut tuuuhhhh.... Tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!



03 February 2010

RAKYAT DIDAHULUKAN

Dalam banyak-banyak dasar yang dibawa kerajaan, 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' merupakan visi yang paling bagus diutarakan oleh kepimpinan negara. Bagus bagi menerima anugerah 'Tanam tebu di tepi bibir'!.

Jika benar ingin menjayakan visi berkenaan PM kita perlu bertindak mengambil alih semula beberapa agensi swasta yang dahulunya 100% di bawah seliaan kerajaan. Antaranya Tenaga nasional Berhad, Telekom Malaysia, Pos malaysia, PLUS(Lembaga Lebuhraya Malaysia yang dulunya memainkan peranan), MAS dan begitu juga beberapa agensi swasta hari ini yang banyak memainkan peranan dalam urusan import beras dan gula.

Mengapa perlu diswastakan urusan-urusan berkenaan? Adakah kerajaan ingin mengelak dari tanggungjawab? Dasar penswastaan yang bertahun dilaksanakan sebenarnya membebankan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung kos kerugian agensi-agensi berkenaan. Kita bukan sebuah negara kapitalis (atau mungkin?). Kerajaan yang ditubuhkan di negara kita adalah hasil tangan rakyat melalui PRU. Adakah ini cara yang sesuai untuk membalas jasa baik rakyat?

Jika benar Najib berjiwa rakyat, beliau perlu mengambil alih agensi-agensi yang diswastakan dalam era Tun Dr M dahulu. Penswastaan agensi kerajaan lebih banyak menindas rakyat. Buktikan bahawa 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' adalah wawasan ikhlas Najib demi kepentingan rakyat.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!

02 February 2010

BERAPA BANYAK DAAA!

Huhuhuhu...muncul la pulak Parti Cinta Malaysia.... Romantik nama tu. Aura dia nampak hebat dari nama UMNO. Ni serpihan parti mana ni yek! Bertambah-tambah kelam le politik tanah air. Selamat berjuang jer la. Oh ya, dah pilih kem mana? BN atau PR? atau ada blok baru.... BEBAS! Bagus juga bikin blok baru... biar gegak gempita tanah air dengan cerita-cerita politik seperti Ahli Parlimen lompat parti, si polan letak jawatan, si anu kena amaran dek j/k disiplin, kerajaan negeri kena tumbang.....

Buat le apa yang patut selagi kejadian ini belum berlaku....

Az-Zumar [68] Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya). Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi,….

Sangkakala itu berbentuk tanduk dan ditiup oleh Malaikat Israfil. Mengikut hadis, malaikat sudah ready (bersedia) untuk meniup, hanya menunggu arahan sahaja. Abul-Laits juga telah meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasullullah s.a.w. bersabda: “Ketika Allah s.w.t. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah s.w.t. menjadikan sangkakala dan diserahkan kepada Malaikat Israfil, maka ia meletakkannya dimulutnya melihat ke Arsy menantikan bilakah ia diperintahkan.” Saya bertanya: “Ya Rasullullah, apakah shur (sangkakala) itu?” Jawab Rasullullah s.a.w.: “Bagaikan tanduk dari cahaya.”

Tiupan sangkakala yang pertama untuk mematikan adalah perlahan, makin lama makin kuat. Masa ini orang Islam sudah tiada, dimatikan dengan angin. Saintis, orang kafir dan fasik mencari-cari punca bunci itu dengan segala teknologi yang canggih masa itu. Mereka mula takut dan panik, akhirnya “heart fail”, jantung mereka berhenti berdenyut dan matilah.…kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya) Kecuali Malaikat Jibrail, Mikail, Israfil. Izrail dan 8 Malaikat yang memikul arasy.

Buat la apa yang patut....sebelum yang 'sepatutnya' berlaku.