Semasa Anak Raja Dagang melalui selekoh kat MTAB(Yang Disekat Solat Jumaat Tu Laa) ada la banner satu majlis penerangan anjuran UMNO yang nak membincangkan nasib orang-orang Melayu selepas PRU 12. Ia diadakan malam ni(28/12/2009). Bagus tajuk tu... Sebabnya orang-orang Melayu sekarang ni memang tengah nazak bebeno. Allah anugerahkan mata, telinga, mulut dan akal...makanya takkan susah nak meneka camana nasib orang-orang Melayu selepas PRU12.
Dari sudut agama, orang Melayu hari ini memang laro giler! Sesiapa yang nak nafikan kenyataan Anak Raja Dagang, dipersilakan. Walaupun beribu anak-anak Melayu dihantar ke Mesir, Jordan dan lain-lain negara untuk mendalami ilmu agama Islam, hakikatnya balik keje susah nak dapat. Mula le intai-intai peluang jadik guru J-Qaf. Ada yang dapat, ada yang tidak. Tetapi ramai gak yang jadik guru J-Qaf. Pepenat nuntut ilmu di luar negara, mendalami hukum hakam dalam Islam, guru J-Qaf je kerajaan sediakan tempat untuk mereka mencari rezeki. Anak Raja Dagang bukan nak pertikai Guru-guru J-Qaf, tetapi Anak Raja Dagang mempersoalkan tindakan kerajaan yang gagal membuka peluang pekerjaan sewajarnya kepada mereka.
Rerasanya kat pejabat kadi nuuu masih kekurangan tenaga bagi penceramah(ada yang guna khidmat ustaz sekolah untuk berceramah), penguatkuasa dan sebagainya. Kenapa tidak dibuka ruang itu kepada mereka. Nak menegakkan syiar Islam perlu tenaga kerja yang ramai. Barulah kurang orang-orang Melayu membeli nombor ekor(kat Raub masih berleluasa), minum arak, berzina dan memacam lagi perkara haru biru tuh. Kalau nak bincang nasib orang Melayu, bina kekuatan iman orang-orang Melayu tu dulu. Ni tidak, makin nak melarokan orang-orang Melayu ada la. Jika UMNO dah sedar nak kaji nasib orang Melayu selepas PRU 12, kenapa sekarang??? Berapa banyak PRU yang telah dilalui, tak pernah pun nak fikir tentang nasib Melayu. Apa dah jadi selama 50 tahun lebih memerintah? Tu belum lagi nak ungkit nasib tulisan Jawi, nasib tanah-tanah rezab Melayu dan banyak isu lagi tentang orang-orang Melayu yang 'terlepas pandang' oleh UMNO kerana selama ini tak ada RAKYAT DIDAHULUKAN dalam jiwa pemimpin-pemimpin UMNO. Dan ia kekal Dahulu,Kini dan SELAMANYA.
Secara peribadi, majlis itu sekadar nak ambil hati masyarakat Melayu di Raub. Tidak lebih dari menggunakan sentimen bangsa untuk menagih 'nyawa' dalam PRU yang akan datang.
No comments:
Post a Comment