“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

03 January 2010

PARTISAN YANG MEMBUSANKAN

Salam Rakyat!

Mereka dipilih oleh rakyat...dan mereka juga yang menghampakan rakyat...malah dalam dediam, menindas rakyat. Inilah bahananya apabila berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh partisan.

"In politics, partisan literally means organized into political parties, the opposite of partisan being a nonpartisan". Dalam Melayunya, "Dalam politik, partisan secara harfiah bermaksud disusun menjadi parti politik, kebalikan daripada partisan menjadi seorang nonpartisan". Maka parti politik ialah suatu pertubuhan politik di mana ahlinya mempunyai ideologi serta agendanya yang tersendiri. Matlamat utama ialah untuk membentuk kerajaan, supaya ideologi mereka boleh dijadikan dasar kerajaan dan diamalkan oleh rakyat jelata.(Rujukan: Wikipedia)

Kesimpulannya, ketika ini...rakyat diperbodohkan agar mengamalkan budaya hidup yang telah diadunkan melalui dasar pemerintah(partisan). PERSOALAN: Siapa sebenarnya yang untung? Rakyat atau pengamal partisan yang mentadbir negara?

Rakyat diutamakan? Mengapa harga gula naik? dan mengapa berlaku pembaziran dalam penajaan Formula 1. Mungkin diorang guna '1' maka kira 1MALAYSIA la..... Ini ada satu isu yang Anak Raja Dagang nak direnung-renungkan....Kalau beno nak tolong rakyat, tak perlu time mohon rumah mesra rakyat...ada lak syarat dia kena jadi ahli UMNO.... Ini pengalaman Anak Raja Dagang...itu dari mulut kakitangan pejabat UMNO sendiri. Ingat rakyat tu ahli UMNO je ke???!!!.... Boleh kata lak Syarikat Perumahan Negara Berhad tu UMNO punya....

Ini petikan yang Anak Raja Dagang ambil dari website SPNB...."Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.) yang bertujuan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Objektif Perumahan Negara". Jadinya ia adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan..... Tak sebut pun milik penuh UMNO. Dalam panduan pembeli tak ada pun dimaklumkan kena jadi ahli UMNO. Oleh itu, SPRM perlu siasat bab rumah mesra rakyat ini....

Rakyat!, inilah kerja pengamal partisan....yang terlampau

SALAM RAKYAT!

No comments:

Post a Comment