Di sepanjang Pilihan Raya Kecil di Pahang dan Melaka dan kini Pilihan Raya Negeri Sarawak, ratusan juta wang dari kantong kerajaan telah diambil. Pengumuman demi pengumuman dari Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tentang penurunan 'peruntukan pilihan Raya' ditaburkan kepada rakyat. Tetapi pernahkah kita fikirkan sewaktu di pentas UMNO atau Barisan Nasional, kepimpinan negara ketika itu bercakap atas tiket apa? Perdana Menteri atau Presiden UMNO? Bagi minda Anak Raja Dagang yang tak sepintar si putar alam namun jelas sekali dia bercakap atas dasar seorang presiden sebuah parti politik kerana waktu itu bukan tugas rasmi dia sebagai Perdana Menteri! Jadi, apakah hak beliau menaburkan janji dan wang MILIK RAKYAT MALAYSIA sedangkan ketika itu dia bercakap sebagai seorang ahli sebuah parti...bukan PERDANA MENTERI! Beliau berkempen untuk partinya....oleh itu tidak boleh sewenang-wenangnya seumpama seluk kocek dan tabur duit sesuka hati.....Duit itu bukan milik UMNO! Kenapa wang RAKYAT digunakan sewenang-wenangnya oleh seorang pemimpin parti politik sewaktu berkempen dalam pilihan raya? Pada hal ketika itu dia berdiri sebagai seorang presiden parti.
Di Amerika setiap peruntukan yang dikeluarkan perlu mendapat kelulusan kongres... Ini menunjukkan betapa ketatnya pengeluaran sesuatu peruntukan walaupun ianya untuk kepentingan rakyat. Tetapi di Malaysia cukup memadai menggunakan air liur seorang pemimpin.... On the spot tu jugak...mudah betul kerana rakyat Malaysia rela duit RAKYAT diguna semudah itu.....
Perana seorang Perdana Menteri dan seorang presiden parti ada perbezaannya..... Perdana Menteri berkhidmat untuk negara dan rakyat.... Manakala presiden sebuah parti politik memimpin parti politiknya..... Apa kuasa presiden sebuah parti politik mengeluarkan peruntukan dari kantung kerajaan persekutuan? Jika hal ini berterusan, dalam pilihanraya akan datang semua pihak boleh menuntut apa jua peruntukan sewaktu hari berkempen..... JIKA NAK UNDI BAGI PERUNTUKAN! Takkan di Kerdau, Merlimau dan Sarawak sahaja menerima jutaan ringgit peruntukan.... Rakyat di tempat lain juga berhak! Amalan yang tidak bermoral ini mengundang kerugian kepada negara.
Penyalahgunaan kuasa? Kita serah kepada pihak berkenaan untuk bertindak. SPRM punya peruntukan untuk membuat siasatan.... SPRM ditubuhkan untuk menyelamatkan negara dari dikuasai sepenuhnya dengan amalan rasuah dan menyelamatkan kehilangan wang milik rakyat dalam akaun kerajaan. Wang kerajaan bukan wang UMNO atau Barisan Nasional. Sebab itu dalam parlimen ada pembangkang.... Tujuannya untuk memastikan segala urusan pentadbiran negara memberi impak yang terbaik untuk rakyat.....
Jadi RAKYAT! Buka minda kalian.....
Salam Rakyat!
Salam Perjuangan!
Dari Rakyat Untuk Rakyat
No comments:
Post a Comment