“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

12 January 2012

URANG RAUB MAHUKAN PERUBAHAN

Salam rakyat, Salam perjuangan....
Daerah Raub merupakan salah satu kawasan yang menerima tempias perubahan dalam percaturan politik semasa. Malah, dalam kalangan masyarakat Melayu Raub sudah dilihat adanya cetusan menuntut perubahan drastik. Persoalannya, apakah kepimpinan tertinggi bn masih meletakkan harapan kepada mca sebagai calon PRU13? Sudah lama urang Melayu Raub yang mempunyai pertalian persaudaraan yang begitu kompleks mahu melihat pencalonan kerusi parlimen kembali kepada umno. 

Peluang untuk mca? Cukup la sudah. Jika setakat bahang pilihanraya terasa baru kepimpinan mca Raub turun menjenguk ke kampung-kampung tradisi, Anak Raja Dagang pun boleh jadi MP. Jika setakat hidangan sesekali dua dengan iringan percikan bunga api boleh mengubah kehidupan masyarakat di perkampungan tradisi, mungkin ada bonus untuk mca mengekalkan kerusi di MP. Apa yang ng yen yen lakukan(edar bubur lambuk, berpakaian ala ala Melayu).... Elok adanya anak watan Raub mengambil alih peranan beliau.  


No comments:

Post a Comment