“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

18 July 2013

SAHSIAH ATAU KEBANGGAAN?

Salam Rakyat, Salam Perjuangan!

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Merenung bait-bait ayat diatas, semestinya ia sudah sebati dalam ingatan golongan pendidik. Mungkin ada yang ingat-ingat lupa.... Mungkin ada yang lupa.... Mungkin ada yang abaikan sahaja petikan diatas. Apa pun inilah hakikat hala tuju kependidikan negara.

Namun, apa sudah jadi?!!!! Rata-rata kejayaan yang paling membanggakan adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ini adalah berdasarkan kepada peratusan pelajar yang peroleh kecemerlangan meningkat tahun demi tahun. Sedangkan hasrat yang lelain tu masih merangkak untuk mengapai erti kejayaan yang memberangsangkan. Pencapaian ini tidak menyeluruh dan bersepadu.... 

Bagi marhaen seperti Anak Raja Dagang, ini berpunca daripada segunung harapan pentadbir sekolah yang mengejar keputusan cemerlang dan gemilang by hook or by crook oleh tenaga pengajar demi memastikan agar prestasi sekolah menjadi sebut-sebutan dan puji-pujian massa serta orang atasan malahan ingin mengaut sejumlah imbuhan yang dianugerahkan kepada pentadbir yang berjumlah RM7500.00. 

Anak Raja Dagang mengambil UPSR sebagai contoh. Rata-rata sekolah-sekolah rendah saling bersaing untuk menempa kejayaan. Ini satu amalan yang baik. Namun, adakah kita perlu mengorbankan 'ZAMAN KANAK-KANAK' anak-anak yang sedang membina asas keperibadian ini??? Masa persekolahan yang diperuntukan dari awal jam 7.30 pagi hingga 1.05 petang tidak mencukupi? Sehingga kelas-kelas tambahan diadakan demi kebanggaan??? Bukan setakat murid darjah 6 yang terlibat malah ada sesetengah sekolah sudah memulakan di tahun 4 dan 5... Kenapa??? Tidak cukup dengan masa yang diperuntukkan??? 

Pada hemat Anak Raja Dagang, Masa yang sedia ada sudah memadai. Namun adakah golongan pendidik memulakan kelas dengan keadaan murid yang benar-benar bersedia??? Atau cukupkah dengan sekadar lembaran kertas, chalk and talk dan buku aktiviti. Sekarang zaman teknologi.... Menjelang tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah. Apakah tujuan semua ini??? Tidak lain adalah untuk memudahkan guru peroleh pelbagai bahan rujukan dari pelbagai sumber yang ada di alam siber dan menyebarkannya kepada murid. Kecukupan bahan rujukan dari pelbagai sumber ini dapat membantu menjana minda murid lebih cepat lagi. Namun, adakah projek ini membantu sehingga ke hari ini??? Ada sekolah menjadikan makmal perkomputeran sebagai 'gajah putih'.... Ada sekadar dijadikan transit untuk menyejukkan badan.... 

Namun jika dilihat kemudahan yang sedia ada dari segi kelengkapan ICT agak meralatkan. Ada yang masih mengharap kepada pemberian peralatan tahun 2000.... Ada yang semuanya dah 'kong!'... 

Semua pihak perlu memberi fokus kepada hal ini. Insya Allah seandainya dimanfaatkan sepenuhnya kelengkapan yang ada, guru tidak perlu adakan kelas tambahan kerana input lebih mudah diperolehi. Malah ZAMAN KANAK-KANAK sekecil yang sepatutnya membesar mengikut fasa-fasa kemanusiaan tidak dijadikan robot yang diprogramkan untuk kejayaan dan kebanggaan semata.

Renungilah...
Dari Rakyat Untuk Rakyat!

No comments:

Post a Comment