“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

15 June 2010

HOSPITAL DAN REKOD PESAKIT

SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN! Sememangnya sudah lama ARD tidak posting apa-apa isu kebelakangan ini. Ia tidak bermakna ARD sudah ketandusan isu atau tiada isu yang perlu dipaparkan atau apa yang berlaku pada hari ini sudah sempurna…. Namun apa yang ingin ARD paparkan pada kali ini bukanlah suatu yang tidak penting tetapi amat penting untuk semua pihak terutamanya RAKYAT!.

ARD ingin membawa pengunjung blog ini bersama-sama memikirkan sama ada isu yang ARD paparkan ini perlu diambil tindakan sewajarnya pihak yang berkenaan. Alkisahnya begini, hari ini dalam media arus perdana… pihak pemerintah melaungkan satu dasar yang berkaitan dengan JALUR LEBAR. Dari sudut pemikiran seorang rakyat, ianya amat menarik sekali…. Apatah lagi ARD salah seorang dari RAKYAT yang menggunakan perkhidmatan jalur lebar. Namun secara umumnya ia agak terlewat dan ada agensi awam yang masih ketinggalan dalam perkara ini.

Sebagai seorang RAKYAT, ARD fikir semua warga Negara ini menggunakan perkhidmatan perubatan yang disalurkan oleh pihak pemerintah melalui Kementerian Kesihatan…. Apatah lagi di saat-saat semua pihak dibelenggu ‘langkah-langkah penjimatan’ yang diwar-war oleh pemerintah. Tetapi pernah atau tidak seandainya kita mendapatkan rawatan di Hospital Daerah Kampar contohnya rekod-rekod rawatan kesihatan kita yang lampau diperolehi dalam tempoh yang singkat? Inilah yang berlaku hari ini, kisah benar di mana waris pesakit dipanggil oleh doktor semata-mata untuk mengetahui rekod lampau rawatan seorang pesakit. Waris di’temuduga’ untuk mendapatkan punca-punca si pesakit dimasukkan ke wad dua tiga bulan dahulu. Malah waris ditanya apakah jenis ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital. Waris ‘disoal siasat’ dengan berbagai jenis soalan…. Pelik atau tidak?

Umumnya, pihak hospital tidak mempunyai satu aplikasi atau sistem yang mampu menyimpan maklumat berkenaan sejarah perubatan RAKYAT Malaysia…. Jika pihak yang berkenaan tidak mempunyai kemudahan berkenaan bagaimana ingin mencapai impian PM kita… “RAKYAT DIDAHULUKAN,…” Rekod perubatan amat penting bagi memudahkan urusan mana-mana pesakit. ARD kagum dengan sebuah klinik swasta yang hanya dikendalikan oleh seorang doktor bersama-sama 3 orang staf yang memiliki satu sistem rekod perubatan pelanggan-pelanggannya. Jika seorang pelanggannya mendapatkan rawatan perubatan, dengan mudah doktor berkenaan memperolehi rekod-rekod perubatan pelanggannya…. Hah! Ini baru dikatakan maklumat dihujung jari.

Jika pihak pemerintah menyatakan bahawa tiada peruntukan untuk menyediakan satu sistem yang seumpama klinik swasta berkenaan, kenapa pula pihak pemerintah BE END mampu menaja sukan pemotoran negara seperti menanggung pasukan F1 1Malaysia. Ternyata projek seperti ini satu pembaziran kepada RAKYAT. Bukan semua RAKYAT pergi ke litar di Sepang untuk menyaksikan perlumbaan ini. Hanya RAKYAT yang berkemampuan sahaja yang mampu berbuat demikian. Pihak pemerintah BE END jangan memberikan satu alasan budak tadika….RAKYAT sudah bijak! ARD ingin menarik perhatian semua RAKYAT Malaysia agar bersatu menuntut pihak pemerintah memberikan keutamaan kepada projek-projek yang memberikan faedah kepada RAKYAT dan bukan hanya untuk sekelompok manusia yang bergelar KRONI yang KRONIK!.... Memberikan perkhidmatan perubatan yang mantop kepada rakyat adalah tanggungjawab pemerintah…..HARAP jangan pihak pemerintah cuba untuk memutar belit fakta yang ada. RAKYAT semakin kalian pinggirkan secara halus bagai menarik rambut di dalam tepung…… SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!

No comments:

Post a Comment