“ REVOLUSI adalah perubahan sosial dan kebudayaan yang berlangsung secara cepat dan menyangkut dasar atau pokok-pokok kehidupan masyarakat. Di dalam revolusi, perubahan yang berlaku boleh dirancang atau tanpa dirancang terlebih dahulu dan dapat dijalankan tanpa kekerasan atau melalui kekerasan. Ukuran kelajuan suatu perubahan sebenarnya relatif karena revolusi pun dapat memakan masa yang lama. Misalnya revolusi industri di Inggeris yang memakan masa puluhan tahun, tetapi dianggap 'cepat' kerana mampu mengubah sendi-sendi pokok kehidupan masyarakat-seperti sistem kekeluargaan dan hubungan antara buruh dan majikan-yang telah berlangsung selama ratusan tahun. Revolusi menghendaki suatu usaha untuk merobohkan, menjebol, dan membina dari sistem lama kepada suatu sistem yang sama sekali baru. Revolusi sentiasa berkaitan dengan dialektika, logika, romantika, menjebol dan membangun….” ARD petik dari Wikipedia versi Indonesia. So, bebiasakan bahasanya...
Ini adalah salah satu perkataan keramat dalam pembentukan sejarah dunia…. Kalangan pengunjung blog ARD sudah mengetahui apa itu REVOLUSI semenjak di bangku sekolah lagi. Namun hakikatnya rakyat Malaysia tidak dapat meresapi erti kata REVOLUSI yang sebenar-benarnya. Rakyat Malaysia hanya menerima tempias daripada terjadinya revolusi. Ringkasnya ia merupakan satu perubahan yang mampu mengubah senario semasa. Bagi sesetengah pihak, REVOLUSI merupakan satu keadaan yang akan meranapkan sesebuah kuasa, ia penuh kekerasan, ia mengorbankan nyawa, malah ia mampu mengubah sejarah ketamadunan manusia.
Beberapa revolusi yang biasa kita ketahui…. Antaranya Revolusi Industri, Revolusi Peranchis, Revolusi Bolshevik, Revolusi Amerika, Revolusi Iran, Revolusi Kebudayaan dan lain-lain. Kesemua keadaan ini telah mengubah senario di mana ia berlaku. Persoalannya, adakah revolusi secara total merupakan keadaan yang huru-hara, wujudkan keganasan, menghancurkan demokrasi, menyekat kebebasan rakyat? Kalian cari dari mana-mana sumber berkenaan revolusi-revolusi yang ARD nyatakan tadi…. Baca. Kaitkan dengan pembinaan negara bangsa yang tulin, jati diri yang tulin dan keadilan yang tulin… Bukan sekadar untuk dicanang ke hulu dan ke hilir demi kepentingan peribadi, parti atau organisasi……….. Tetapi demi RAKYAT!!!
SALAM RAKYAT! SALAM PERJUANGAN!
No comments:
Post a Comment