Menurut Kamus Dewan(Edisi Keempat) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka , REVOLUSI ialah satu perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik atau sistem sosial yang dilakukan secara radikal dan kekerasan. Ia juga membawa maksud perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanya dari segi cara berfikir atau bertindak.
ARD ketengahkan pengertian revolusi dari sudut bahasa kita. Nampaknya ‘RADIKAL’ dan ‘KEKERASAN’ bunyinya agak keterlaluan dan melampau… Namun, hakikatnya jiwa manusia ini memang perlu begitu. Malayan Union dibantah melalui tindakan yang radikal juga. Di mata penjajah Inggeris, perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh penduduk Tanah Melayu ketika itu adalah radikal...kerana RADIKAL itu sendiri membawa maksud secara menyeluruh dan memperjuangkan perubahan-perubahan dasar pada bidang atau keadaan politik… Manakala KEKERASAN jika merujuk kepada Kamus Dewan ialah perihal keras dalam berbagai arti seperti kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan dan lain-lain. Ia juga merujuk kepada maksud paksaan dalam melakukan sesuatu tindakan. Nah, tidakkah sewaktu kita mengagalkan gagasan Malayan Union dahulu sebahagian sifat-sifat ini wujud???...
Mengapa berlakunya sesuatu revolusi??? Banyak perkara yang membawa kepada berlakunya revolusi. Ia bergantung kepada keadaan masa, tempat, keadaan sosio-ekonomi, politik dan masyarakat sebelum tercetusnya revolusi. Bagaimana sesuatu revolusi itu berlaku? ARD mahu pengunjung sekalian melakukan revolusi diri dahulu…. Cari seberapa banyak sumber yang ada dalam laman web berkenaan revolusi-revolusi yang terkenal… Kalian akan mengetahui punca-punca, siapa revolusioner dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana impaknya kepada sesebuah negara, wilayah dan global.
No comments:
Post a Comment