“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

22 July 2012

HAPUSKAN 'KADUK'!!!


SALAM RAKYAT,

Selamat menyambut Ramadhan buat semua warganegara Malaysia yang beragama Islam.... Walau sedang menjalani ibadah puasa, Anak Raja Dagang tetap berkarya agar semakin ramai mampu menyedari hak mereka sebagai WARGANEGARA bukan menjadi keldai yang memikul semua beban masalah negara sedangkan golongan pemimpin menjalani kehidupan umpama TUAN TANAH ZAMAN FEUDAL! Malah lebih teruk daripada itu! Mereka berpendirian seolah Malaysia hanya milik mereka sahaja. Malah dalam ucapan-ucapan mereka terungkap kata-kata perintah, ayat-ayat suruhan meminta warganegara menolak pembangkang....sedangkan mereka sendiri menyedari siapa diri mereka sebenarnya. Mereka sedar siapa TUAN dan siapa ORANG SURUHAN.

Dalam kedudukan mereka sekarang mereka (yang berkuasa mentadbir negara) sebenarnya DIPILIH oleh majoriti rakyat ( dalam keadaan telus atau tidak pemilihan itu) melalui PILIHANRAYA UMUM untuk menjaga kedaulatan negara dan memberikan kemakmuran dan kesejahteraan kepada setiap warganya. Sebenarnya mereka tidak diangkat menjadi TUAN tetapi sekadar ORANG SURUHAN... Tetapi sayangnya mereka bagai KADUK NAIK JUNJUNG. Hari ini senang-senang mereka arah warganegara buat itu dan ini.

Maka Pilihanraya Umum ke 13 akan menjelang.... Ada baiknya majoriti ‘kaduk’ ini kita buang dan ketepikan. ‘Kaduk-kaduk’ lupa diri apabila istilah PEMIMPIN diwar-warkan bagai satu kedudukan yang tinggi di mata ramai sedangkan mereka terlupa bahawa istilah PEMIMPIN itu merupakan pasport untuk percepatkan perjalanan mereka ke neraka kelak. Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :

"Enam kerana enam akan dimasukkan ke neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu :
1. Kerajaan yang zalim
2. Orang yang fanatik (menyombongkan kebangsaannya)
3. Ketua kampung/pemimpin yang sombong.
4. Pedagang atau ahli perniagaan yang berkhianat.
5. Orang kampung yang kerana kebodohannya.
6. Dan ahli ilmu kerana hasad dengkinya."

Pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat dan diberikan amanah untuk mentakbirkan negara sekiranya ia melakukan kezaliman kepada rakyat dan tidak berlaku adil tidak akan dapat mencium keharuman syurga dan dimasukkan kedalam neraka sebelum hisab (perhitungan amal).  

Ma’qil Ibnu Yasar r.a berkata “ Saya mendengar Nabi S.A.W bersabda maksudnya : “ Tidak ada seorang hamba yang Allah serahkan kepadanya untuk memimpin segolongan rakyat lalu ia tidak memelihara rakyatnya itu dengan menuntut dan memimpin mereka kepada kemaslahatan dunia dan akhirat melainkan tiadalah ia mencium bau syurga.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Abdullah bin Mas’ud.Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : “Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah). Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah? Sabda baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada ALLAH hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Bagi menyelamatkan kedaulatan bangsa dan kesejahteraan warganegaranya, rakyat wajib membuat perubahan. Perubahan itu kita lunaskan dalam PRU 13 ini. TOLAK BN!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN....
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT!

No comments:

Post a Comment