“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

27 July 2012

CUKUP.....CUKUP SUDAH

Salam Rakyat, Salam Perjuangan!

Semakin hari semakin banyak la pulak gambo Ng Yen Yen terpampang dimerata sudut kat sekitar bandar Raub. Hebat betuuuuuul!. Al maklum la PRU13 menjelang tiba. Cuma satu la, "Cuuuuukup....cukup sudah, cukup sampai di sini saja..... Daripada urang Raub terseksa lebih baik aok blah saja". Kepada pendokong-pendokong ameno, cukup je la kelian bagi sokongan tak terhingga kat dia ni.... Lebih baik kelian buat tuntutan agar Ketua Bahagian UMNO kelian tu yang jadi calon parlimen Raub pulak. Agaknya korang ni 'goyang' dengan kemampuan boss korang tu ke??? Bagi aku, boss korang @ Ketua Bahagian UMNO Raub tu sudah cukup berkaliber dan sangat sesuai memikul tanggungjawab sebagai wakil parlimen Raub. Orangnya banyak pengalaman dalam sepak terajang politik semasa.... Tapi sayangnya cacai taraf korang ni tak pernah terfikir nak perjuangkan kerusi parlimen Raub dikembalikan kepada ameno. 

Gamaknya 'pendekar-pendekar' ameno Raub berpencak silat di pentas politik kat Raub nu sekadar mahu mengaut keuntungan daripada perjuangan korang. Sedihkan??? Aku lihat barisan PEMUDA bukan orang sebarang.... Tapi sampai bila korang sekadar jadi 'pom pom girl'? Errrrr maksud aku jadi tukang sorak.... Harap selepas ni kedengaran la suara-suara tuntutan agar kerusi parlimen dikembalikan kepada ameno Raub. Ini la masa nak demand dengan PM..... Bila lagi. Tak boleh blah dengan tuntutan korang, mudah jer... Dengar khabar calon PR akan datang tu anak tempatan urang Derian Sebatang....bagi je sokongan kat dia tu. Ada bran???? Tapi aku yakin korang takkan seberani begitu... 

So, buat jentera ameno Raub....bebagi la puak lain jadi 'pom pom girl' tu pulak dalam PRU13 bagi kerusi parlimen Raub. Dato' Shah, wa ralat betul nengok anak buah aok buat keje....wawasannya ada tapi beraninya yelek!

No comments:

Post a Comment