Isu Himpunan Hijau Raub aka BAN CYANIDE menjadi perhatian untuk dibicarakan kali ini. Setelah mendapat kebenaran pihak polis maka perhimpunan berkenaan akan diadakan di 'Padang Milo', Raub. ARD nak cerita sedikit nama PADANG MILO ni.... Sebenarnya PADANG MILO ini suatu ketika dahulu merupakan tempat santai warga Raub bertemu rakan sambil ngeteh.... Banyak gerai terdapat di sini. Apabila malam menjelang tempat ini begitu meriah.... Itu cerita lebih 10 tahun dahulu. Hari ini tapak berkenaan dibina gerai untuk disewa peniaga. Namun ianya tidak semeriah dahulu. Tak tahu kenapa tempat berkenaan tidak lagi menjadi tumpuan.
Baik, berbalik kepada Himpunan Hijau Raub yang akan diadakan pada 2 September 2012 bermula jam 2 petang...Ianya masih mendapat bantahan berdasarkan kepada gantungan banner-banner yang memaparkan suara hati sekelompok yang tidak bersetuju dengan HHR 902. Mereka mengecam penganjur bahawa HHR 902 akan menganggu ketenangan hujung minggu warga Raub, menabur pasir ke dalam periuk (periuk siapa ntah....sebab yang terpampang ialah nama JKKK sebuah kampung), menganggu keamanan (jelasnya ia boleh menyebabkan kekecohan....[sangap ni]) dan entah apa lagi kegundahan beberapa JKKK, pertubuhan politik dan NGO yang ada di Raub.
Siapa nak ganggu hujung minggu korang??? Peserta yang datang berhimpun tu bukan nak berkumpul dalam rumah korang!. Malah tak de niat langsung nak datang ke rumah korang nuuuu... Peserta HHR sekadar nak berhimpun di kawasan PADANG MILO. Bab-bab tabur pasir dalam periuk ni pulak apa ke hal??? Agaknya kilen lebih berpuas hati 'pembunuh senyap' CYANIDE berteraburan dalam darah kalian kelak.
PETIKAN DARI http://bukitkoman.blogspot.com/2009_08_01_archive.html
Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.
Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.
..... kawasan Raub mempunyai 80,000 orang penduduk dan aktiviti penggunaan cyanide dalam proses pemisahan emas ini akan menjejaskan nyawa dan kesihatan beribu-ribu orang di Raub, dan berkemungkinan akan mencemarkan aliran air bawah tanah yang mengalir ke Empangan Klau, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mempertahankan nyawa dan kesihatan berjuta-juta penduduk di Pahang dan Selangor yang menggunakan air tersebut?
Baca pula di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Cyanide
YANG HERANNYA, Semua banner tu kebanyakannya NGO, parti politik dan JKKK..... Mana luahan rasa atau ayat-ayat bertahan dari pihak pengusaha lombang emas, RAGM? Nampaknya perancangan bijak pihak berkenaan membuat pelaburan melalui sumbangan wang ringgit menampakkan keberkesanannya. Banyak pihak dengan sukarela menjadi 'human shield' dan 'strikers' membantah penganjuran HHR902.
Teringat ayat seorang kenalan berbunyi begini....."JANGAN SAMPAI DIORANG MAKAN ISI, KORANG HIRUP KUAH DAN MAKAN UBAT"
Tahniah kepada mereka yang bakal membuat transformasi terhadap warga Raub sekelian adanya.
PESANAN ARD: Beringat sebelum merana.... Cegah sebelum parah.... Kalau dah terkena baru nak saman menyaman memang akan merugikan aje sebab nanti bimbang tak sempat nak nikmati hasil saman anda. Lebih sedeh...kalau isteri or suami KAHWIN LAIN guna duit saman tu nanti.
SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN
DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.
No comments:
Post a Comment