“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

01 November 2013

TAK APA LAH....BIARKAN LAH......

Perang Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam sejarah Islam. Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan kelanjutan Agama Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat. 

Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut: 
Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11) 

Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepada bangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : " Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad." Ucapan kaum Yahudi itu membuat hati bangsa Quraisy senang dan mereka segera mengadakan persiapan untuk berperang.

Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farsi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah. Cara pertahanan sedemikian itu merupakan cara yang biasa dipakai oleh bangsa Parsi 

Kata Salman: 
Ertinya:" Ya Rasulullah .. dahulu ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan tentera kuda maka kami akan menggali parit disekitar kami." 

Pendapat Salman tersebut diterima baik oleh Nabi dan segera beliau memerintahkan para sahabatnya untuk menggali parit di sebelah barat daya Madinah iaitu dibahagian yang terbuka yang di khuatiri musuh akan datang dari arah sana. Rasulullah membahagikan tugas penggalian parit. setiap sepuluh orang sahabat ditugaskan untuk menggali sepuluh hasta. Panjangnya parit itu kira-kira lima ribu hasta, dalam sampai sepuluh hasta sedang lebarnya sembilan hasta keatas.

Penyerangan berlaku, namun Allah menolong Nabi Muhammad saw dengan mengirimkan angin yang berhembus dimalam hari yang amat dingin kepada pihak musuhnya. Angin tersebut dapat memporak-perandakan kuali-kuali dan khemah-khemah mereka. Abu Syufyan bangun dan berkata kepada pasukannya: 

Ertinya: Hai kaum Quarisy! Sesungguhnya kamu sekarang tidak mampu lagi untuk bertahan disini kerana kambing-kambing dan unta-unta kami telah habis, kaumYahudi Banu Quraiza pun telah mengingkari janjinya dan telah sampai kepada kami berita yang tidak kami ingini dari mereka. Kami juga diserang oleh anginkencang seperti yang kalian lihat seperti yang kamu semua lihat. Oleh itu beredar kamu dan aku juga akan segera beredar. 

Kemudian Abu Sufyan bangun menuju kepada untanya yang tertambat dan segera berlalu. Ketika kaum Ghatfan mendengar kaum Quraisy telah pun beredar mereka pun segera kembali ketempat asal mereka. Ketika Khudaifah Ibnul Yaman yang diutuskan oleh Nabi untuk mengitip ditengah-tengah barisan musuh datang memberitahu kepada baginda apa yang dilakukan oleh pasukan musuh waktu itu baginda sedang bersolat. 

Pada waktu paginya Nabi beserta seluruh pasukannya segera meninggalkan medan peperangan Khandaq menuju Madinah untuk meletak senjata. 
Peperangan itu berakhir dengan berundurnya bangsa Quraisy untuk selama-lamanya dan mereka tidak pernah datang lagi untuk memerangi kaum Muslimin selepas itu. Dalam peperangan Khandaq ini kaum Muslimin yang terbunuh sebanyak tujuh orang sedangkan pasukan musuh ada empat orang.

Dipetik dan diolah daripada http://peperanganislam.blogspot.com/2008/04/perang-khandaq.html

SALAM RAKYAT SALAM PERJUANGAN!!!...

ARD berkongsikan peristiwa Perang Khandaq ini dengan para pembaca supaya kita bersama-sama memperolehi pengajaran, panduan dan dijadikan ikutan apabila ARD menyentuh berkenaan isu yang akan dibincangkan.

Maka ceritera pun bermula.... 

“Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan berbagai ungkapan sewaktu dengannya akan disusuli ungkapan yang lazimnya sebegini...”Allah SWT akan balas balik perbuatan diorang kelak!” atau “diorang buat, diorang akan tanggung kelak!”....

Inilah kunci kepada kelemahan orang kita apabila satu persatu isu berlaku majoriti orang kita membisu sejuta-juta-juta bahasa dan menunduk wajah ke tanah tanpa tekad untuk bangkit membetulkan keadaan atau memulihkan kembali maruah Islam, bangsa dan negara.

Rasulullah S.A.W.tidak sesekali membiarkan Madinah diserang sewenangnya oleh pihak Quraisy. Malah, diminta pendapat para sahabat untuk menangani permasalahan tersebut atas dasar mempertahankan diri. Malah, penggalian parit yang dicadangkan oleh Salman Al-Farsi diterima pakai sebaiknya oleh baginda dan sahabat-sahabat yang lain. Mengapa tidak baginda meminta para sahabat dan penduduk Madinah duduk berdiam diri sambil menerima takdir Allah SWT dan menerima akibat serangan Quraisy? Bukan sekadar Madinah akan mengalami kemusnahan, malah kedudukan Islam bisa tergugat sekiranya di pihak Islam tidak berbuat apa-apa.

Makanya menjadi aneh ARD melihat dalam kalangan kita yang suka sangat mengungkapkan “Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan berbagai versi ungkapan lagi sedangkan dalam masa yang sama menjadi saksi kedudukan, kedaulatan Islam, malah adakalanya melibatkan negara  dicalar balar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa ada apa-apa tindakan susulan di pihak orang kita. Inilah kepelikkan yang teramat sangat bagi ARD sedangkan Rasulullah S.A.W. tetap ikhtiarkan sesuatu walaupun baginda menyedari bahawa Allah SWT ada bersama orang-orang Islam ketika itu.

Dek kerana ungkapan-ungkapan yang ARD nyatakan tadi, orang kita begitu mudah atau begitu cepat mengalah tanpa mempertahankan diri terlebih dahulu. Amat buruk moralnya sekiranya majoriti yang berilmu(agama) lebih berpegang kepada budaya bertawakal tanpa melakukan sesuatu usaha menangani satu-satu isu. Ibarat menerima bait-bait “Kita wajib menerima ketentuan Allah SWT”. Jika macam tu, kita tutup balai polis, hospital, balai bomba, JPAM, KRT, dan apa ke jadah lagi tu kerana sesuatu yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. 

Ayuh, kikiskan ungkapan “Tak apa lah”, “biarkan lah”, “Lantaknya deme” dan lelain dari terus merantai kehidupan hingga menjadi budaya hidup berzaman sampai musuh bogelkan kita di khalayak pun akan tetap kita berkata “tak apa.....” sambil tersenyum meredhai perbuatan itu. Jangan jadikan ungkapan-ungkapan sebegini menjadi duri dalam daging kehidupan kita.

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT  













18 July 2013

SAHSIAH ATAU KEBANGGAAN?

Salam Rakyat, Salam Perjuangan!

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Merenung bait-bait ayat diatas, semestinya ia sudah sebati dalam ingatan golongan pendidik. Mungkin ada yang ingat-ingat lupa.... Mungkin ada yang lupa.... Mungkin ada yang abaikan sahaja petikan diatas. Apa pun inilah hakikat hala tuju kependidikan negara.

Namun, apa sudah jadi?!!!! Rata-rata kejayaan yang paling membanggakan adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan. Ini adalah berdasarkan kepada peratusan pelajar yang peroleh kecemerlangan meningkat tahun demi tahun. Sedangkan hasrat yang lelain tu masih merangkak untuk mengapai erti kejayaan yang memberangsangkan. Pencapaian ini tidak menyeluruh dan bersepadu.... 

Bagi marhaen seperti Anak Raja Dagang, ini berpunca daripada segunung harapan pentadbir sekolah yang mengejar keputusan cemerlang dan gemilang by hook or by crook oleh tenaga pengajar demi memastikan agar prestasi sekolah menjadi sebut-sebutan dan puji-pujian massa serta orang atasan malahan ingin mengaut sejumlah imbuhan yang dianugerahkan kepada pentadbir yang berjumlah RM7500.00. 

Anak Raja Dagang mengambil UPSR sebagai contoh. Rata-rata sekolah-sekolah rendah saling bersaing untuk menempa kejayaan. Ini satu amalan yang baik. Namun, adakah kita perlu mengorbankan 'ZAMAN KANAK-KANAK' anak-anak yang sedang membina asas keperibadian ini??? Masa persekolahan yang diperuntukan dari awal jam 7.30 pagi hingga 1.05 petang tidak mencukupi? Sehingga kelas-kelas tambahan diadakan demi kebanggaan??? Bukan setakat murid darjah 6 yang terlibat malah ada sesetengah sekolah sudah memulakan di tahun 4 dan 5... Kenapa??? Tidak cukup dengan masa yang diperuntukkan??? 

Pada hemat Anak Raja Dagang, Masa yang sedia ada sudah memadai. Namun adakah golongan pendidik memulakan kelas dengan keadaan murid yang benar-benar bersedia??? Atau cukupkah dengan sekadar lembaran kertas, chalk and talk dan buku aktiviti. Sekarang zaman teknologi.... Menjelang tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah. Apakah tujuan semua ini??? Tidak lain adalah untuk memudahkan guru peroleh pelbagai bahan rujukan dari pelbagai sumber yang ada di alam siber dan menyebarkannya kepada murid. Kecukupan bahan rujukan dari pelbagai sumber ini dapat membantu menjana minda murid lebih cepat lagi. Namun, adakah projek ini membantu sehingga ke hari ini??? Ada sekolah menjadikan makmal perkomputeran sebagai 'gajah putih'.... Ada sekadar dijadikan transit untuk menyejukkan badan.... 

Namun jika dilihat kemudahan yang sedia ada dari segi kelengkapan ICT agak meralatkan. Ada yang masih mengharap kepada pemberian peralatan tahun 2000.... Ada yang semuanya dah 'kong!'... 

Semua pihak perlu memberi fokus kepada hal ini. Insya Allah seandainya dimanfaatkan sepenuhnya kelengkapan yang ada, guru tidak perlu adakan kelas tambahan kerana input lebih mudah diperolehi. Malah ZAMAN KANAK-KANAK sekecil yang sepatutnya membesar mengikut fasa-fasa kemanusiaan tidak dijadikan robot yang diprogramkan untuk kejayaan dan kebanggaan semata.

Renungilah...
Dari Rakyat Untuk Rakyat!

28 May 2013

HENTIKAN!!!!

Salam Rakyat, Salam Perjuangan....

Beli apa jua spesis akhbar akhir-akhir ini pengkisahannya masih hangat dengan PRU13... Secara peribadi sememangnya pilihanraya kali ini dicemari dengan kecurangan dan pengkhianatan kepada hak-hak rakyat. Kita dapat melihat bagaimana program-program anjuran PR dicemari dengan tindak tanduk sekelompok manusia yang miliki jiwa dan minda yang KOSONG tanpa iman menganggu perjalanan dan kelancaran majlis atau program PR. Malangnya tindakan mereka tidak termaktub dalam perundangan negara dan mereka bebas berbuat apa sahaja mengikut kemahuan dan kehendak sang ketua.

Apabila PRU13 menjengah, faktor dakwat kekal yang diwar-war oleh SPR pula hangat diperkata... ARD juga mencuba adakah benar bak dikata bahawa dakwat kekal bernilai jutaan ringgit ini ibarat Indah khabar dari rupa..... Setelah satu jam dicalit....Oooo,memang patut status dakwat ini menjadi pertikaian.... Ada baiknya pihak yang berkenaan guna ubat luka yang warna biru tu..... Rasanya tak sampai RM4-5 juta reganya. Setelah itu dalam pilihanraya kali ini kehadiran banglasia, myanmasia, nepalasia dan malindo merobek sekali lagi ketelusan demokrasi... Pihak PR memiliki bukti kewujudan warganegara baru yang turun mengundi kali ini. Alasan SPR menyatakan ada kad pengenalan boleh mengundi menunjukkan fair play dalam PRU tidak ada langsung. 

Dan.... setelah PRU, ke sana ke mari para wartawan mengejar kepimpinan PR nak minta ulas kenyataan Sdr Shamsul Iskandar dari AMK.... berlakulah cetusan dan lontaran kecaman kepada rakan dalam PR ini sendiri. Apa? Seronok sangat ke bila press mintak kenyataan tentang perkara ni sampai tak kenang perjuangan ini belum selesai? Bagi ARD, waima akhbar yang bersinar saban hari meminta komen, apa salahnya diujarkan kata-kata..."Saya tidak dapat memberi ulasan dalam hal ini... Pihak kami akan duduk semeja dan membincangkan hal ini. Sebarang keputusan terserah kepada kepimpinan untuk diwar-warkan kepada media." Susah sangat ke nak ucap macam tu? Ini tidak!, serangan balas yang dibuat untuk mengeruhkan keadaan.... Jika benar ada salah di pihak Shamsul Iskandar...waima di pihak TGH Hadi sekalipun, jangan digembar gemburkan kepada massa...jangan buat kenyataan sesuka hati. 'Anak-anak' Dajjal sentiasa menunggu apa juga kenyataan yang boleh ganggu gugat keakraban rakan-rakan dalam PR untuk dijadikan makanan mereka. Takkan kita semua tak faham bahawa kita ni bukan manusia yang setanding Rasulullah SAW....

Justeru, tidak kira dari kepimpinan PAS, PKR dan DAP.... Hentikan mengeluarkan kenyataan kepada media. Kita ada 'meja' kita sendiri....duduk bersama di meja tersebut dan selesaikan apa juga isu secara berilmiah..... Wartawan memang kerja dia cari berita.... Jika kilen sebut "NO KOMEN" diaorang ni tetap dapat gaji.....

Dari Rakyat Untuk Rakyat Oleh Rakyat!


الله أكبر

15 April 2013

Era Baru, Peradaban Baru




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!

Membentuk sebuah negara yang lebih baik daripada sebelumnya adalah dengan memanipulasikan hasil bumi secara bijaksana dan 'merakyat'kan hasil bumi tersebut tanpa dimiliki oleh seorang individu atau sekumpulan manusia yang tamak. Amalan kapitalisme yang menyerap dalam urus negara menyebabkan berlakunya penindasan terhadap rakyat dan satu kelompok kecil rakyat pula peroleh keuntungan daripadanya. 

Bagi meneutralkan kembali kapitalisme, tiada kaedah yang lebih baik melainkan pentadbiran yang berteraskan Al-Quran dan Hadith serta amalan-amalan yang berlandaskan sunnah Rasulullah SAW. 

Jika Nabi Muhammad SAW mampu menyatukan muslim dan non muslim dalam sebuah daulah Islamiyah di daerah Yatsrib (Madinah) pada tahun 622 Masihi tanpa sumber seperti minyak, emas, kelapa sawit, getah, hasil pertanian dan lain-lain eksport import..... Maka adalah tidak mustahil satu lagi daulah Islamiyah dalam peradaban moden ini akan muncul. Ketahuilah, sesungguhnya hak-hak muslim dan non-muslim sentiasa dipelihara selagi kita berpaksi kepada-NYA, Allah SWT. Sekiranya hak non muslim dinafikan, sesungguhnya sukar hendak dibayangkan bagaimana teruknya balasan yang bakal diterima oleh seorang muslim yang diangkat menjadi ketua negara itu kelak.

Kepada bakal pemimpin.... Selain Rasulullah dan 4 Sahabat baginda....Ikuti jejak ini...."beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam." Inilah Khalifah Umar ibni Abd al-Aziz (682-720).

Salam Rakyat, Salam Perjuangan!

19 March 2013

TELUS....

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam Rakyat! Salam Perjuangan!

Adapun saat ini adalah saat yang penuh debaran bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang layak mengundi. Anak Raja Dagang pun begitu gak gamaknya.... Tarikh pembubaran penuh dengan teka teki, bila? bila? bila?.......arrrgh! GILA?!!!

Dah dipahat dalam hati siapa yang nak dipilih sebagai ADUN ataupun Ahli Parlimen? Satu persoalan yang mudah untuk diungkap.... Pihak mana yang menterjemahkan manifesto ke arah kesejahteraan hidup dan berkebajikan....maka itu yang dipilih. 

Yang pasti, sudah pasti akan muncul 'Gelombang Rakyat' yang akan melanda senario politik tanah air tercinta. Jika dahulu beberapa lokasi yang sukar ditembusi dek pihak Pakatan Rakyat kini mendapat sambutan yang tidak terduga dek masyarakat setempat... Mengapa??? Puncanya adalah masyarakat atau rakyat Malaysia inginkan maklumat yang telus dan jitu. Majoriti rakyat tidak lagi meyakini media arus perdana yang dikuasai BN.... Kredibiliti tercemar kerana ada dalam kelompok media yang memihak kepada kerajaan acap kali disaman oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dan acap kali pulak membayar saman jer kerojenya. Di mana ketelusan jika sering disaman dan asyik membayar saman atas perintah mahkamah? Justeru, kelompok rakyat yang semakin bijak memikir dan mentafsir kini beralih kepada media baru atau media alternatif yang dilihat lebih memihak untuk menjelaskan kebenaran terhadap sesuatu isu yang muncul.

Hakikatnya, dalam apa jua isu atau krisis yang berlaku dalam negara....rakyat berhak untuk mengetahui hal yang sebenar. Setiap isu atau krisis yang berlaku akan memberi impak kepada kehidupan rakyat malah kedaulatan negara. Namun apa yang berlaku, pihak yang bertanggungjawab tidak pernah merasa ikhlas untuk menyebarluaskan info...

Jangan jadi seperti ini......;

Seorang pemuda mengembala sekumpulan haiwan ternakan...(lembu???) Dek kerana bosan asyik asyik membuat kerja yang sama akhirnya pemuda itu mendapat idea untuk menghilangkan kebosanan... Maka menjerit-jerit la pemuda itu meminta pertolongan.... "Tolong! Tolong! ada harimau menyerang ternakan saya!!!!!!!" Maka orang-orang kampung yang mendengar jeritan tersebut pun pergi ke tempat pemuda itu dengan membawa senapang, parang, dan senjata yang hebat-hebat.... Setiba di tempat pemuda itu berada, pemuda itu ketawa geguling terbahak-bahak...."hahahahahahahahahahaha.....korang kene tipu, korang kene tipu.... Mana ada harimau!" Dengan perasaan geram penduduk kampung pulang ke rumah memasing...... Pada hari kedua, pemuda itu bertindak lagi menjerit-jerit meminta pertolongan seperti kali pertama..... Kali ini penduduk kampung datang dengan pelbagai senjata(termasuk kete kebal???) Seperti kali pertama tahulah dek penduduk kampung yang mereka ni diperolok lagi sekali dek pemuda ini tadi..... Pada suatu hari, muncul seekor harimau yang besar menyerang ternakan dan si pemuda tu sekali.... Kali ni pemuda tu menjerit meminta pertolongan..... Walaupun penduduk kampung mendengar jeritan pemuda itu dan ngauman sang harimau.... kali ni penduduk kampung nekad tak mau pergi dah.... ngabeh kan boreh! Tu ngauman harimau tu mesti dari hifi budak melaun tuh..... Akhirnya tiada lah berjumpa lagi si pemuda itu dek penduduk kampung.... 

Hmmmmm.....citer je tuanku.....

Dari Rakyat Untuk Rakyat Oleh Rakyat........

04 March 2013

CATUR


Salam Rakyat, salam perjuangan....

Alfathihah...Semoga roh anggota keselamatan yang terkorban dalam krisis Lahad Datu dicucuri rahmat oleh-NYA.

Pertama kalinya posting di tahun 2013... Anak Raja Dagang pada mulanya ingin ‘membekukan’ aktiviti di blog ini namun jiwa tidak tenteram kiranya apa yang berbuku di hati tidak diluahkan untuk tatapan massa.
Malaysia umumnya ‘bersedih’.....cuma tidak kita dengar rengek sayu teriakannya kerana sudah menjadi lumrah kita kalau kita kecap kejayaan, kecemerlangan dan gemilang tiga hari tiga malam cerita tentangnya tak habis-habis dibicara. Tapi bila kita bersedih, murung....kita mendiamkan diri... tapi bibir tetap tersenyum....senyum 'tauwo'.

Semoga warga Malaysia ambil iktibar dengan apa yang telah berlaku dahulu dan akhir-akhir ini. Biarlah berpandangan jauh apabila ingin bertindak. Jika tidak, suatu hari nanti tanpa sedar tindak tanduk selama hari ini mula menjadi ‘senjata makan tuan’.

Ibarat bermain catur, si pemain sanggup korbankan kesatria, kuda, gajah dan bidak untuk memperolehi kemenangan tanpa disangka rupanya yang tinggal hanya permaisuri dan raja di papan catur.... barulah kita sadar bahawa kita sudah tiada ‘rakyat’ untuk bersorak sorai meraikan kemenangan kita. Kerana nafsu, tiada makna nak raikan kemenangan andaikata yang tinggal cuma permaisuri dan raja....
Justeru, berbijaksana jika ingin membuat percaturan.....

Nak faham, faham je la yeeer

Salam Rakyat, salam perjuangan
Dari Rakyat Untuk Rakyat.

01 September 2012

SIAPA YANG SEPATUTNYA GUSAR?

Isu Himpunan Hijau Raub aka BAN CYANIDE menjadi perhatian untuk dibicarakan kali ini. Setelah mendapat kebenaran pihak polis maka perhimpunan berkenaan akan diadakan di 'Padang Milo', Raub. ARD nak cerita sedikit nama PADANG MILO ni.... Sebenarnya PADANG MILO ini suatu ketika dahulu merupakan tempat santai warga Raub bertemu rakan sambil ngeteh.... Banyak gerai terdapat di sini. Apabila malam menjelang tempat ini begitu meriah.... Itu cerita lebih 10 tahun dahulu. Hari ini tapak berkenaan dibina gerai untuk disewa peniaga. Namun ianya tidak semeriah dahulu. Tak tahu kenapa tempat berkenaan tidak lagi menjadi tumpuan. 

Baik, berbalik kepada Himpunan Hijau Raub yang akan diadakan pada 2 September 2012 bermula jam 2 petang...Ianya masih mendapat bantahan berdasarkan kepada gantungan banner-banner yang memaparkan suara hati sekelompok yang tidak bersetuju dengan HHR 902. Mereka mengecam penganjur bahawa HHR 902 akan menganggu ketenangan hujung minggu warga Raub, menabur pasir ke dalam periuk (periuk siapa ntah....sebab yang terpampang ialah nama JKKK sebuah kampung), menganggu keamanan (jelasnya ia boleh menyebabkan kekecohan....[sangap ni]) dan entah apa lagi kegundahan beberapa JKKK, pertubuhan politik dan NGO yang ada di Raub.

Siapa nak ganggu hujung minggu korang??? Peserta yang datang berhimpun tu bukan nak berkumpul dalam rumah korang!. Malah tak de niat langsung nak datang ke rumah korang nuuuu... Peserta HHR sekadar nak berhimpun di kawasan PADANG MILO. Bab-bab tabur pasir dalam periuk ni pulak apa ke hal??? Agaknya kilen lebih berpuas hati 'pembunuh senyap' CYANIDE berteraburan dalam darah kalian kelak. 

PETIKAN DARI http://bukitkoman.blogspot.com/2009_08_01_archive.html

Cyanide merupakan sejenis bahan kimia yang bahaya kepada kesihatan manusia dan ia akan mengakibatkan keguguran bayi dalam kandungan. Orang yang didedahkan kepada bahan kimia ini akan menghadapi penyakit sakit kepala, nausea, kesusahan untuk bernafas, kekeliruan, seizures, koma and penyakit jantung. Beberapa kajian terhadap cyanide membuktikan bahawa penggunaan cyanide secara meluas telah menjejaskan kesihatan ramai orang di Kanada, Romania, Guyana, Kyrgyzstan dan Papua New Guinea.

..... kawasan Raub mempunyai 80,000 orang penduduk dan aktiviti penggunaan cyanide dalam proses pemisahan emas ini akan menjejaskan nyawa dan kesihatan beribu-ribu orang di Raub, dan berkemungkinan akan mencemarkan aliran air bawah tanah yang mengalir ke Empangan Klau, apakah langkah yang diambil oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kesihatan untuk mempertahankan nyawa dan kesihatan berjuta-juta penduduk di Pahang dan Selangor yang menggunakan air tersebut?


YANG HERANNYA, Semua banner tu kebanyakannya NGO, parti politik dan JKKK..... Mana luahan rasa atau ayat-ayat bertahan dari pihak pengusaha lombang emas, RAGM? Nampaknya perancangan bijak pihak berkenaan membuat pelaburan melalui sumbangan wang ringgit menampakkan keberkesanannya. Banyak pihak dengan sukarela menjadi 'human shield' dan 'strikers' membantah penganjuran HHR902.

Teringat ayat seorang kenalan berbunyi begini....."JANGAN SAMPAI DIORANG MAKAN ISI, KORANG HIRUP KUAH DAN MAKAN UBAT" 

Tahniah kepada mereka yang bakal membuat transformasi terhadap warga Raub sekelian adanya. 

PESANAN ARD: Beringat sebelum merana.... Cegah sebelum parah.... Kalau dah terkena baru nak saman menyaman memang akan merugikan aje sebab nanti bimbang tak sempat nak nikmati hasil saman anda. Lebih sedeh...kalau isteri or suami KAHWIN LAIN guna duit saman tu nanti.

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.