“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

06 January 2010

ADUSSS!

Marah dan kecewa membuak-buak apabila timbul isu penggunaan perkataan 'ALLAH'. Kecewa sungguh isu ini dipermainkan di pentas kehidupan dan ada dua tiga kerat manusia yang merasakan diri mereka melebihi kekuasaan Allah lalu menjatuhkan hukum tanpa ada kajian yang mendalam. Orang Islam main nombor ekor, berjudi, minum arak tak kena tsunami kemarahan yang sebegini. Hebat!!! Sampai ada yang nak bertindak dengan kekerasan....Macam tak percayakan kekuasaan Allah la pulak. Tetuan boleh nilai diri tuan masuk syurga ke?.... Tetuan dapat nilai?

Ni ha!, masalah di 'MASJID' Tengku Abu Bakar Raub masih tak nampak apa-apa perkembangan. Tetuan serata Malaya sekelian....Mungkin ini salah satu masjid yang dilarang mengerjakan SOLAT JUMAAT!!! Mana NGO kerajaan dan bukan kerajaan punya suara???? MANA!!!! Nak kata Raub berada dalam wilayah Israel,.. Tak pulak..... Tapi inilah berlaku.... Mana UMNO?!!!!! Mana???!!! Tuan Perdana Menteri Malaysia, tuan orang Pahang.... Allahyarham ayahanda tuan pernah berada di daerah ini begitu juga dengan datuk tuan... Hingga diabadikan nama datuk tuan kat sebuah sekolah menengah di Raub ini. Bawa semangat UMNO tuan untuk menyelesaikan isu ini....

No comments:

Post a Comment