“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

09 January 2010

PENJAWAT AWAM MENTADBIR NEGARA

Di sebuah negara di Timur tidak di Barat pun tidak, rakyatnya hidup aman dan sejahtera. Kehebatan dan kemakmuran negara ini telah menarik minat ramai pemimpin negara-negara lain untuk mencari apakah kaedah yang digunakan negara tersebut. Yang lebih menakjubkan, barisan kepimpinan yang mentadbir negara bukan mereka yang dipilih melalui pilihanraya tetapi berdasarkan senioriti, kecemerlangan dalam memikul tanggungjawab, kelayakan akademik dan beberapa syarat lagi. Rerupanya mereka adalah penjawat awam.

Acap kali apabila menerima kunjungan pemimpin negara di seluruh dunia, Menteri Perdana ditanya bertubi-tubi ke mana hilangnya amalan pilihanraya untuk memilih pihak yang mana mentadbir negara. Jawapan yang diberi pun sama.... "Ahli-ahli politik sudah lama dijumudkan!". Ditanya pula satu soalan lagi. "Mengapa mereka dijumudkan?" Jawapannya, "Sebelum ini pengamal-pengamal partisan telah diberi peluang untuk mentadbir negara"..."Hampir separuh abad mereka diberi kuasa untuk memerintah akan tetapi penyalahgunaan kuasa, gejala rasuah, skandal dan peningkatan jenayah yang tingggi menyebabkan rakyat tidak mempercayai lagi golongan partisan ini...." "Ahli-ahli politik terutamanya dari blok pemerintah hidup dengan kemewahan sedangkan rakyat hidup dalam tekanan ekonomi dan sosial yang berat. Kerana itu, kami yang merupakan penjawat awam menumbangkan kerajaan yang sedia ada dan menubuhkan kerajaan baru".

Bertanya pemimpin negara luar itu lagi," Adakah berbaloi tindakan tuan-tuan bertindak begini?, ini bermakna demokrasi sudah lenyap di negara ini...." Dengan tenang Menteri Perdana, "Adakah demokrasi hanya tampil bila ada pilihanraya?".... Pemimpin negara luar pun terkedu.... Menteri Perdana menyambung lagi," Kami bukan sekadar penjawat awam, kami juga adalah Muslim...Negara ini agama rasminya Islam, walaupun rakyatnya majmuk. Kami menjadikan corak pemerintahan pemimpin-pemimpin Islam yang terbukti adil sebagai panduan..." " Adalah satu pembaziran bagi sesebuah negara mengeluarkan wang yang banyak untuk membiaya ahli-ahli politik setiap tahun sedangkan mereka bercakaran atas kepentingan kepartian mereka. Rakyat menjadi pengikut yang tidak ada hala tuju. Apabila sesuatu masalah timbul, rakyat yang menjadi mangsa. Kerajaan yang ada pada hari ini... Kami dibayar gaji mengikut gred jawatan kami sebagai penjawat awam.....Malah, apabila cukup tempoh untuk pencen...kami pencen dan tidak ada perkhidmatan disambung secara kontrak". "Siapa yang akan mengganti Menteri Perdana kalau Menteri Perdana pencen?", tetiba terpacul soalan dari pemimpin negara luar itu.... "Kalau zaman pemerintahan pertisan dahulu ada Ketua Setiausaha Negara atau KSN, jawatan itu dijumudkan dan disebabkan itu jawatan yang tertinggi dalam perkhidmatan awam, maka beliaulah yang menjadi Menteri Perdana".................

Hebat gak berimaginasi ni yek!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!






No comments:

Post a Comment