“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

08 January 2010

HAKIKATNYA...

Sebut Kerajaan Perpaduan…. Terlintas diminda Anak Raja Dagang sesungguhnya kerajaan yang bergelar BARISAN NASIONAL itu rerupanya bukan sebuah kerajaan perpaduan… Pelikkan? Lebih 50 tahun bersama tidur sebantal hakikatnya tidak wujud perpaduan dalam BN. MCA dan MIC sebagai komponen terbesar tak sedar ke hakikat ini? Kelian dalam BN umpama kahwin kontrak ajer….

Jadi kepada kepimpinan PAS yang pro kerajaan perpaduan…. Takkan nak redha kelian pun nak dikahwin kontrakkan. Sebenarnya bayangan kerajaan perpaduan wujud dalam Pakatan Rakyat. UMNO mengadu dombakan kerajaan perpaduan kerana tidak mahu satu barisan baru Berjaya didaftarkan ditangan ROS. Jika Berjaya…satu barisan bayangan kerajaan perpaduan akan wujud dan mengugat BN yang kebanyakan ahli-ahlinya terkumat-kamit menyanyikan lagu ‘Mereka Yang Rebah’.

Hari ini, banyak perkara silam terbongkar sedikit demi sedikit…. Perkara benar yang selama ini dah jadi ‘fosil’ mampu dikorek semula oleh sesetengah pihak.Inilah perancangan dan ketentuan Allah SWT.

SALAM RAKYAT,SALAM PERJUANGAN!!!!

No comments:

Post a Comment