“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

08 January 2010

KAMI MAHU HIDUP AMAN DAMAI TANPA SENTIMEN

Baru sebentar tadi(12:45 t/malam), Anak Raja Dagang balik 'mengetea' dengan rakan-rakan.... Makanya, terpandang sebidang banner luahan rasa UMNO Raub tentang penggunaan kalimah 'ALLAH'. Keras bahasanya dan boleh membawa kemudaratan kepada perpaduan masyarakat di Raub, malah seluruh negara. Disarankan pihak MDR membuang sahaja banner tersebut. Dicadangkan juga pihak polis membuat siasatan terhadap anasir ini yang mampu menjadikan keadaan huru-hara. UMNO sudah melanggar sumpah dan janjinya.... Macamana nak tubuhkan kerajaang perpaduang kalau UMNO sendiri memecah belahkan keharmonian rakyat????!!! Kami, masyarakat di Raub mahukan kehidupan yang harmoni, aman dan sentosa....

Kepada yang bukan beragama Islam, kalau nak marah....sila marahkan UMNO! Jangan marah dan pandang serong umat Islam. Dari zaman Rasulullah, Sultan Saladin al-Ayubi sehingga kini... pemerintah Islam yang tulen...yang benar-benar mengamalkan dasar pemerintahan Islam yang total tidak pernah menyakiti golongan bukan Islam. Di Iran, wujud masyarakat Yahudi yang boleh bersuara di parlimen.... tetapi pemerintah Iran memerangi Yahudi yang wujud di Israel kerana tindakan kejam yang dilakukan terhadap umat Islam di Palestin.... Kalau bebena Islam bencikan Yahudi secara total.....lama dah masyarakat Yahudi di Iran ditindas..... Begitu juga di Arab Saudi.... Jangan pandang bangsa Arab itu semuanya Muslim... Di kalangan mereka ada juga beragama Kristian.... tetapi kelompok ini boleh hidup aman damai di sana. Sekarang zaman IT(terima kasih Che Det).... Jelajah alam siber dan cari maklumat..... Kalau setakat dengar omongan kosong UMNO, Malaysia tidak akan sejahtera sampai bebila. Islam membentuk umatnya menghormati hak orang lain.... Islam tidak mendidik umatnya sepertimana yang UMNO lakukan purbakala, dulu, kini dan selamanya.... Islam memelihara hak semua orang..... Jika tidak, keadaan di Iran dan Arab Saudi itu tidak berlaku sepertimana hari ini. Itu contoh dua buah negara Islam.

Nampaknya laungan 'HIDUP MELAYU' kebanggaan UMNO sudah semakin TUMPUL.... Nak jadi hero di mata orang Melayu, pertubuhan ini la juga yang tindas bangsanya sendiri. Hari ini mereka perdagangkan 'ISLAM'..... Munafik betul puak ni..... UMNO Raub, kalau ye pun nak tunjuk handal...jangan le letak di hadapan sebuah masjid yang diNAFIKAN HAK untuk mengerjakan SOLAT JUMAAT!!!! BODOH betul!!!! Hari ini kelian berkuasa...tetapi kelian gagal kembalikan Solat Jumaat kat masjid tu.... Kelian ni buat kerja ke tidak???? Itu ke namanya perjuangkan Islam??? Sedih betul tengok keadaan kelian sekarang..... "Kuman seberang laut nampak, Gajah depan mata tak nampak" Hahahahaha... UMNO Raub dah jadi badut....tak kira dia punya Team A atau Team B..... Dahulu kelian(UMNO) guna 'MELAYU' untuk rais kemenangan.... Hari ini kelian sanggup gunakan 'ISLAM' untuk kepentingan kelian.... Tolong jangan gadai agama untuk kepentingan kelian.... Berdosa....BERDOSA!.... Selagi tak ada Solat Jumaat kat Masjid Tengku Abu Bakar, Raub.... Kelian pikul le dosa-dosa kelian.... Sekarang nak gadaikan agama... Kelian pikul le lagi seguni..... Perangai kelian ni memang semenjak purbakala, dulu, kini dan selamanya....

Kalau la Allah SWT boleh kita nampak macam mana kita nampak Perdana Menteri kita tu.... tak tau la keadaan korang lihat bagaimana kemurkaan Allah SWT yang mencipta kita.... Anak Raja Dagang adalah sekerdil-kerdil hambaNya..... Ambo masih merasakan diri ambo jahil.... Tak tau la camana perasaan kelian yang cerdik pandai dalam UMNO yang bagi idea memainkan sentimen agama..... Allah SWT akan menghukum bukan sekadar perlaku perbuatan bodoh ini tetapi juga tempiasnya dirasai oleh orang lain yang tidak berdosa.... Lihat sejarah kaum Luth, kaum Ad.... Tu la pasal... bila sejarah telah kelian pesongkan.... cerita asal dikambus dedalam.....

Tolong la jangan jadikan agama sebagai bahan peletup yang akan memusnahkan kehidupan kami rakyat Malaysia yang ingin hidup dengan harmoni dan aman. Angkara nafsu dan kekuasaan kelian memusnahkan keharmonian dan kesejahteraan yang kami perolehi hari ini.

KAMI RAKYAT MALAYSIA MAHU HIDUP AMAN DAMAI TANPA SENTIMEN!!!!

SALAM RAKYAT,SALAM PERJUANGAN!!!!

No comments:

Post a Comment