“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

16 January 2010

KLINIK MALAYSIA LANGGAR AKTA PERUBATAN???

(DIPETIK DARI BLOG PERISIK RAKYAT)
Demi untuk survival politik, nampaknya kerajaan UMNO pimpinan Najib sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat mengekalkan pemerintahan. Ini termasuklah penubuhan Klinik 1Malaysia.

Klinik 1Malaysia Mendapat Bantahan Dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA)

Untuk makluman semua, penubuhan klinik ini telah mendapat bantahan dari Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Namun rata-rata masyarakat tidak dimaklumkan tentang isu bantahan ini kerana tidak mendapat liputan media bagi menjaga imej Kerajaan di mata rakyat.

3 Sebab Bantahan

Setahu saya, ada 3 isu utama yang telah diketengahkan oleh pihak MMA. Yang pertama, berkenaan mutu klinik ini. yang kedua, tiadanya doktor yang bertauliah untuk mengawasi klinik ini dan yang ketiga, penubuhan klinik ini boleh menyebabkan pengamal perubatan swasta akan kehilangan punca pendapatan yang ketara.

Isu pertama yang diketengahkan oleh MMA sememangnya isu yang sangat penting.

Klinik 1Malaysia Diawasi Oleh "Paramedik" Tanpa Tauliah

Sepertimana yang kita sedia maklum, klinik ini di jalankan oleh pembantu perubatan (MA), jururawat dan juga attendan kesihatan. Mereka ini berstatus 'paramedik' dan.......selanjutnya

No comments:

Post a Comment