“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

05 January 2010

MANUSKRIP MELAYU HARTA NEGARA & RAKYAT

SALAM RAKYAT,SALAM PERJUANGAN!

Sewaktu Anak Raja Dagang surf blog-blog yang dianggap antagonist dengan pemerintah, ada komen-komen yang agak pedas...'spicy'!!!!... Biasa la berjuang atas nama rakyat memang ada aje halangannya terutama yang punya kepentingan peribadi dan 'perikroni'. Ada yang bernas dan ada banyak yang 'betas'.

Semenjak ASTRO ada sekarang ni, memacam dokumentari disiarkan. Yang menarik perhatian Anak Raja Dagang berkenaan usaha-usaha kerajaan Mesir menuntut kembali bahan-bahan purba yang dijarah oleh penjajah terutamanya mumia. Usaha mereka dapat kejayaan dengan memperolehi kembali harta negara yang cukup tinggi nilai ilmiahnya.

Berbisik hati,... pemerintah Malaysia tak ada usaha ke macam yang dbuat oleh pihak Mesir nuuu? Tak tau berapa banyak sumber ilmiah tentang sejarah tanah air yang dicuri oleh negara-negara yang pernah menjajah Malaysia. Kita tahu bukan sedikit manuskrip Melayu yang dicuri dan disimpan oleh penjajah. Banyak cerita terkandung dalam manuskrip-manuskrip itu.

Malangnya, walau sudah lebih 50 tahun merdeka, usaha ke arah itu tidak pernah diwar-warkan kepada rakyat. Tindakan pihak pemerintah seolah-olah cuba untuk menutup atau sembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat. Sewaktu dijajah dahulu adalah suatu yang logika kiranya kita memandang manuskrip-manuskrip itu semua tidak punya kepentingannya lantas membiarkan 'pencuri-pencuri' membawa keluar bahan-bahan tersebut. Tetapi hakikatnya, kepada rakyat masa kini....zaman itu sudah berlalu. Sememangnya kita mampu memperoleh harta yang dicuri itu kembali...tetapi jika tiada sokongan pemerintah, usaha itu akan disulam dengan pelbagai kerenah birokrasi.

Gesaan perlu dibuat agar pemerintah menuntut kembali harta kita yang kena curi tu....

No comments:

Post a Comment