“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

01 January 2010

ERA KEJATUHAN

Sila kunjungi http://perisik-rakyat.com/2010/01/pemecatan-annual-bakhri-siap-sedia.html . Nampaknya manusia semakin hilang pertimbangan dalam membezakan yang elok dan yang busuk. Anak Raja Dagang sangsi betul dengan Nik Abduh nih la... MAAF Anak Raja Dagang pohon daripada Tuan Guru Nik Aziz, kekadang darah daging sendiri belum tentu penyokong kuat....malah boleh membawa rebah.

Nampaknya jika keadaan ini berlarutan, impian membawa PAS ke dalam 'tong taik' UMNO akan berjaya. Maka bergembira mereka-mereka yang 'lupa'. Tak tau la camana geng-geng PAS yang mendokong 'kerajaang perpaduang' boleh tertarik dengan perkara pelik ini. Tapi tidak menghairankan. Bila nikmat dunia acap kali menggoda, seorang yang alim pun boleh mati dalam kekufuran akibat hasutan syaitan... SesungguhNya, dunia ini sememangnya dijadikan sebegini...banyak hiburan, banyak godaan, mengejar kebendaan, menjadikan kebendaan dan kemewahan satu keutamaan untuk sempurna hidup....IMAN dan TAQWA?..... Agaknya kerana 'IMAN dan TAQWA' tak boleh beli Toyota Caldina, kerana 'IMAN dan TAQWA' tak boleh berperanan macam kad kredit, kerana 'IMAN dan TAQWA' tak memulangkan pendapatan yang lumayan....Maka, jadilah keadaannya seperti yang berlaku hari ini. That's why I hate partisan!

Agaknya kita memerlukan satu gerakan untuk memulihkan hak rakyat dan bukannya satu pakatan. Senario politik yang berlaku seperti hari ini tidak akan mengembalikan hak rakyat. Perubahan ini akan berlaku sekiranya ada gerakan.

SALAM PERJUANGAN, SALAM RAKYAT

No comments:

Post a Comment