“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

16 January 2010

BEBIASANYA....

Kalau salah...makanya salahlah pendapat Anak Raja Dagang, Kalau betul...makanya memang betullah pendapat Anak Raja Dagang. Tapi bebiasanya BETUL...sebab apa yang Anak Raja Dagang fikir sama dengan RAKYAT berfikir. KAMI adalah RAKYAT!!!

Banyak kes beso berlaku di Malaysia... dari jaman purbakala sampai kini... Banyak puncanya kerana kuasa. "AKU YANG BERKUASA" kerana itu banyak perkara tak selesai. Sekarang ni kes enjin jet hilang...bukan satu tapi dua. Lepas tu Malaysia mengalami misteri iaitu berpuluh ribu atau mungkin juta warga asing 'hilang'. "Huh! Ini semua salah PAS! DAP! KEADILAN dan sepupu sepapatnya!!!!..." Kenapa ayat itu yang tak keluar dalam media arus perdana???!!! Kalau perhimpunan Mansuh ISA, Mansuh PPSMI, BERSIH...semua tuding jari kat Pakatan Rakyat. Ni hah! Apesal tak tuding jari kat depa??? Pasal depa tak pegang imigrisin! Pasal depa tak jaga pulis! Pasal depa tak duduk dalam KDN! Pasal depa tak ada kuasa!!!! Habis siapa yang kita nak tuding jari???? Kerajaan yang memerintah le salah. Hokme yang jaga agensi-agensi tadi semuanya tamak, gelojoh, lupa diri, kuat nafsu dan korupsi.

Takkan nak nyanyi lagu 'Bangau oh Bangau' baru jumpa punca. Mana-mana pihak yang tak ada kuasa mengawal di bumi Malaysia ni tak boleh wujudkan situasi 'kehilangan' warga asing yang cecah lebih puluhan ribu ni... Kalau nak tengok sangat bagi PKR jaga Kementerian Kewangan, DAP jaga Kementerian Penerangan, PAS jaga KDN.... Kita tengok camana.... Hang pa pihak kerajaan jaga banyak coplos la.... Lubang sini sana. Kata UMNO JUARA RAKYAT!!!! sekarang sudah tukar UMNO JUARA RAKYAT ASING!!!.... 1MALAYSIA 1 JUTA PATI....

Apa alasan pemerintah.... Siapa jaga pintu masuk...? Bukan PAS,DAP,PKR..... Dah lebih tempoh duduk kat Malaysia siapa yang patut buat kerja??? Ada agensi gomen yang TIDUR!!!! Ada agensi gomen yang CUAI!!!! Huh! Jangankan orang, benda kaku macam balak pun korang tak boleh jaga!!! Kerajaan BN dah jadi atap zink yang usang, banyak tirih sana sini.... Mengapa la majoriti Melayu masih nak berteduh di bawah 'zink' yang dah karat ni??? Sanggup le berbasah kuyup dan menderita kesejukan sampai kena demam tapi sayang nak tukar atap baru!!!

Majoriti Melayu ni kekadangnya tu la silap.... moto buruk tukar moto baru, kereta buruk tukar kereta baru, pisau getah buruk tukar pisau getah baru, ada gak bini lama ganti bini baru... Alasan, dah tak best pakai... enjin dah tak power... Ni hah! kerajaan dah tak power dah! Sesenang je pendatang tanpa izin masuk tak keluar-keluar dah....

Kalau beno-beno diorang ni buat kerja.... Satu hari buat operasi kat KLCC ke, kat tetengah bando nuu ke,.... dua tiga empat trak boleh kumpul. Tapi kelian ni dok kumpul menda lain.... Tu yang banyak tirih. Kelian dah jadi atap zink yang dah karat dan bocor!!!!

RAKYAT! Fikirkan yang terbaik untuk kita. Atap gadang ni dah karat dan tirih.... Jom pakat tukar je la dengan 'atap' baru. Jangan takut berubah angin... Allah SWT bersama kita.

No comments:

Post a Comment