“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

04 January 2010

SEJARAH SUDAH MEMBUKTIKAN...

Benarkah hanya UMNO satu-satunya pejuang bangsa dan agama???. UMNO hanya bangkit setelah Inggeris bercadang menubuhkan Malayan Union pada 1 April 1946. Tetapi di mana peranan pemimpin-pemimpin UMNO sebelum deklarasi Malayan Union dimeterai? Mereka semua berada dalam zon selesa di bawah sang penjajah yang menjarah kekayaan hasil bumi Tanah Melayu ketika itu.

Ini petikan dari Wikipedia.org dalam versi Inggeris...."After the British returned to Malaya in the aftermath of World War II, the Malayan Union was formed. However, the Union was met with much opposition due to its constitutional framework, which allegedly threatened Malay sovereignty over Malaya. A series of Malay congresses were held, culminating in the formation of the nationalist party, UMNO on May 11, 1946 at the Third Malay Congress in Johor Bahru, with Datuk Onn Jaafar as its leader. UMNO strongly opposed the Malayan Union, but originally did not seek political power. UMNO was comfortable with continuing to play its supporting role to the British rulers. The leaders cooperated with the British and helped to defeat the communist insurgency." Tumpukan baris ayat yang telah diBOLD. Dalam Melayunya...." UMNO merasa selesa dengan terus memainkan peranan pendukung kepada penguasa Inggeris. Bekerja sama dengan para pemimpin Inggeris dan membantu untuk mengalahkan pemberontakan komunis ". Dalam versi Bahasa Melayu tidak menyebut frasa ini. Agaknya memandang rendah anak-anak watan dalam mencari maklumat.

Secara logikanya UMNO bukan pejuang kemerdekaan... Kesatuan Melayu Muda(KMM) merupakan organisasi menentang penjajah yang dan pejuang kemerdekaan yang sebenar. Malah terdapat beberapa lagi pertubuhan yang menentang penjajah tetapi dipinggir oleh UMNO apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Individu-individu pengasas KMM asalnya bekas guru-guru pelatih Maktab Perguruan Sultan Idris. Golongan inilah yang sedar betapa daifnya kehidupan masyarakat di bawah cengkaman penjajah(sayangnya hari ini ramai golongan guru lupa dan jadi pencacai paling wahid dalam UMNO). Di mana pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu?

Jadi UMNO jangan nak nafikan perjuangan orang lain. Penubuhan awal sudah ada agenda yang tersembunyi. Yang pasti, ISLAM bukan agenda yang utama. Masakan PAS boleh lahir hasil daripada serpihan UMNO itu sendiri.

Ini sejarah ringkasnya...".........penubuhan gerakan siasah Islam pertama di Malaysia, Hizbul Muslimin (Parti Umat Islam) di Gunung Semanggol,Perak oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Parti ini merupakan parti pertama yang berteraskan Islam di Tanah Melayu. Namun atas kebimbangan pihak penjajah serta penentangan oleh parti nasionalis UMNO maka Hizbul Muslimin diharamkan atas alasan parti ini parti radikal.

Perpaduan umat Islam di Malaysia kembali menampakkan hasil apabila semua pertubuhan siasah Melayu Islam termasuk Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersetuju untuk bergabung untuk menubuhkan UMNO. Namun dek kerana UMNO terlalu nasionalis maka Biro Ugama mengisytiharkan keluar UMNO dan menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

Ada sebab kenapa golongan UMNO berfahaman Islam keluar UMNO dan tubuh PAS. Jadi, sejarah awal dah ada. LUPAKAN AJE KERAJAANG PERPADUANG tuh!

No comments:

Post a Comment