“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

22 January 2010

TAWAKAL SAHAJA BELUM CUKUP

Dalam kehidupan, bertawakal itu sangat penting, namun dengan bertawakal sahaja tanpa sebarang usaha, kita tidak akan mendapat hasil atau memperoleh kejayaan. Sebagai contoh orang yang sakit tidak akan sembuh jika ia hanya duduk berdoa dan bertawakal kepada Allah mengharapkan supaya ia sembuh sedangkan ia tidak berikhtiar mencari ubat untuk mengubati penyakitnya. Begitu juga jika mengharapkan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi baik pelajaran, perniagaan, pekerjaan dan sebagainya, mereka tidak akan mendapat apa yang dicita-citakan jika hanya bertawakal berserah diri kepada takdir Allah semata-mata sedangkan tiada usaha yang dilakukannya.....

Kalau diolahkan dalam situasi negara kita, semata-mata bertawakal kepada Allah SWT agar berlaku perubahan yang lebih baik dalam pentadbiran negara...... alamatnya 'dan' lagi la dua tiga isu beso akan timbul. Ibarat kita beli barang....bukan semua barang kita boleh guna sampai 50 tahun! Habis kuat buat koleksi sentimental value...

Jadinya begitu le juga dengan Jawatankuasa Masjid Tengku Abu Bakar, Raub.... Kalau setakat tawakal aje dan peluk tubuh, jangan harap solat Jumaat akan diadakan kembali di masjid tersebut melainkan di kalangan kelian memang berkehendakkan demikian jadinya. Long life Kapten(B)Aziz!....Bukan apa, biar dia saksikan kelak kesan tak ada solat Jumaat di MTAB...padahal ini adalah tanggungjawab dia dan barisan exco masjid menuntut agar solat Jumaat dibenarkan semula di MTAB.

Salam RAKYAT!!!, Salam PERJUANGAN!!!

No comments:

Post a Comment