“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

24 January 2010

LOGO POLIS


Sila baca.....

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam. Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan. Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan kononnya UMNO itu adalah "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini. KLIK UNTUK SELANJUTNYA

Komen Anak Raja Dagang:

UMNO dan sayap Pemuda dia boleh kejo mana-mana polis dan ambik topi dia dan tengok... Apa cerita? Siapa hina Islam kalau 'cap' tu dipakai masuk ke tempat-tempat seperti disko, pusat pelacuran dan yang menjurus ke arah mungkar? Hatta ke dalam tandas sekalipun. Tak pernah seorang pun dalam UMNO sedar? Atau kerana 1Malaysia....biaq pi dengan tu semua!... Hang pa jawab la nanti!


No comments:

Post a Comment