“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

10 January 2010

BANNER PEMUDA UMNO RAUB DAH JADI BANNER HARAM!

Dalam keadaan yang agak 'panas', UMNO melalui cabangnya Pemuda UMNO Raub masih meneruskan pemasangan banner. Malam tadi Anak Raja Dagang lihat terpacak pulak depan jalan nak naik Dewan Jubilee... Dah ada gereja kena sabotaj...masih keras hati tambah banner lagi...... OTAK UDANG PUNYA ORANG!!! Kepada penguatkuasa MDR....pepagi esok tetuan boleh cabut dan buang semua banner tu..... Hari ini, stiker kelulusan MDR dah tak de pada kedua-dua banner......Makanya kedua-duanya banner haram.... Tetuan boleh buang banner PAS dengan alasan tak ada permit(ada stiker, ada permit. Tak ada stiker,tak ada permit). Jalankan tugas dengan adil dengan membuang kedua-dua banner Pemuda UMNO Raub yang dah tak ada permit...... Jangan ada double standard.... Dan ingatlah Allah SWT tak ada double standard apabila mengadili individu-individu yang terbabit dalam pemasangan banner tu. Dari yang menempah banner, yang membuat banner, yang meluluskan pemasangan, yang memasang banner dan jangan lupa orang yang hok mencadangkan banner itu dibuat....kelian diadili tanpa double standard. Malah jika ada yang terpengaruh dengan provokasi anda, sama ada orang itu bertindak secara lisan atau perbuatan.... Mereka akan menjadi saksi utama atas perbuatan kelian di hadapan Allah SWT nanti.

Harap-harap anggota badan kedua-dua balaci Pemuda UMNO Raub yang memasang banner tu akan menjawab dan mengaku di hadapan Allah SWT di hari perhitungan kelak kerana seandainya berlaku huru-hara mereka adalah antara dipertanggungjawabkan! Depan mata Anak Raja Dagang sendiri dema memasangnya.... Kalau sempat bertaubatlah dan gi buang dengan rela hati banner-banner tu. Kita tak tahu bila dan di mana nyawa akan diambil semula oleh Allah SWT.

Sekali lagi kepada semua rakyat terutamanya di Raub tanpa mengira bangsa dan anutan agama, JANGAN TERPENGARUH DENGAN PROVOKASI UMNO. Anak Raja Dagang ada menerima komen dari sahabat di Indonesia.... Beliau mengulas bahawa strategi sebegini menyamai tindakan VOC atau Belanda sewaktu menjajah Indonesia.... Tindakan VOC dan British adalah sama..... Hari ini kita lihat UMNO guna cara yang sama..... Makanya BRITISH=UMNO..... Kesimpulannyaaaaaaaaaaaa....... Walaupun sudah merdeka 50 tahun lebih, KITA MASIH DIJAJAH!

APA TINDAKAN KITA?

KITA TOLAK PROVOKASI INI!... KERANA YANG SUSAH RAKYAT JUGA AKHIRNYA. KITA MAHU HIDUP TANPA SENTIMEN!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

No comments:

Post a Comment