“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

09 January 2010

GEREJA DIBAKAR:PEMUDA UMNO RAUB APA CERITA?

"Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.Dua lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Jalan Templer Petaling Jaya dan Life Chapel di Seksyen 17, Petaling Jaya".

Kan Anak Raja Dagang dah kata, kerana dek ungkapan kalimah 'ALLAH' yang diperbesar-besarkan makanya dah ada makhluk yang membuat tindakan membuta tuli..... Inikah tindakan yang mungkin diambil oleh Pemuda UMNO Raub sekiranya mereka hilang sabar? Tak tau la seandainya ada pihak yang mengambil kesempatan daripada isu tersebut. Tetapi yang jelas dan nyata UMNO and the gang adalah pihak yang harus bertanggungjawab. Mereka membakar semangat yang 'kosong' agar sentimen agama ini menjadi lebih hangat dan kini kritikal.

Sememangnya kalau boleh memang Anak Raja Dagang nak buang banner tu, tapi Allah SWT berikan iman dan akal... Anak Raja Dagang mungkin akan mencetuskan krisis yang lebih teruk lagi. UMNO belajar la sejarah Salehudin al-Ayubi.... Walaupun tentera Islam telah mencapai kemenangan dan menguasai Baitulmuqaddis, orang-orang bukan Islam tidak ditindas malah diberi layanan yang adil.

Macamana la kelian nak wujudkan kerajaan perpaduan....? Tapi kelian UMNO ni memang acuan penjajah. Memacam kaedah dan helah yang boleh kelian buat. Yang tak ada, boleh diadakan, yang tak bersalah boleh dikaitkan bersalah dan begitulah sebaliknya...

Belum pun kerajaan perpaduan wujud, perpaduan rakyat sudah goyah... Syak wasangka mula timbul... Inilah yang UMNO and co. inginkan sangat.

Masih ingat OPS LALANG..... "Operasi Lalang atau lebih dikenali sebagai Ops Lalang telah dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh Polis Di Raja Malaysia bertujuan untuk melumpuhkan pergerakan pimpinan parti-parti pembangkang dan aktivis sosial. Operasi ini menyaksikan penahanan sejumlah 106 individu dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pembatalan permit penerbitan dua akhbar harian iaitu The Star dan Sin Chew Jit Poh dan dua akhbar mingguan iaitu The Sunday Star dan Watan.Pergolakan politik yang dicetuskan oleh Pemuda UMNO yang diketuai oleh Najib Razak sebagai reaksi terhadap protes yang dijalankan oleh MCA dan DAP berhubung isu sekolah Cina telah menyebabkan seakan-akan wujud ketegangan di antara kaum.

Antara tokoh politik dan aktivis sosial yang ditahan dibawah ISA pada waktu itu ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang; Presiden Aliran, Chandra Muzaffar; Timbalan Pengerusi DAP, Karpal Singh; Ketua DAP Perak, Chan Cit Chee, Ketua Pemuda PAS Pusat, Halim Arshat; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali; dan Pengerusi Exco Pendidikan Pemuda UMNO, Mohd Fahmi Ibrahim".

Jalan cerita lebih kurang aje. Kesudahannya pihak pembangkang yang ke lokap. Malah pelakon utama masih ada dalam kerajaan. Cuma dah jadik pengarah filem lak sekarang. Upgrade. Cam ni la.... Kita, RAKYAT jangan campur dan menyibuk dalam isu ini. Kalau ada pertubuhan atau kumpulan yang nak buat demo ke, perarakan ke...biarkan diorang buat. Kita, RAKYAT pakat duduk kat rumah tengok t.v. menonton kot-kot ada siaran langsung dipancar dek TV3suku. Takkan orang ajak terjun lombong RAKYAT kena terjun sekali. Diorang dah get ready dengan life jacket....RAKYAT ada apa????.

Kepada umat Islam di Malaysia, selagi tak ada nas Al-Quran atau hadith yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam...jangan babitkan diri. RAKYAT dah banyak berkorban untuk kuasawan-kuasawan yang ada. Kepada masyarakat nonMuslim, Islam tidak mengajar kami melakukan kekerasan selagi tiada bukti yang kukuh. Contoh, Israel dan Serb yang jelas dan nyata menindas umat Islam memang akan diperangi cukup-cukup. Kita semua rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan anutan agama mahu hidup yang sentosa dan bebas mengamal agama masing-masing.

Jadi, kepada Pemuda UMNO Raub....simpan je la banner tuh.... Kalau Anak Raja Dagang sudah lebih had bersabar(pinjam ayat Pemuda UMNO Raub) mungkin Anak Raja Dagang gi buang gak banner tu. Bukan tompek dan maso untuk kelian nak jadi hero Malaya....

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!

No comments:

Post a Comment