“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

24 January 2010

FATWA:ROKOK HARAM

Rokok adalah haram di Pahang – majlis fatwa negeri

Posted by alhusseyn on January 23rd, 2010

Majlis fatwa negeri Pahang mengambil ketetapan mengharamkan rokok.Itulah yang saya dengar menerusi warta berita tevee malam sebentar tadi.

Saya tidak pasti apakah langkah-langkah susulan yang akan diperkemaskan oleh pentadbiran Pahang bagi melaksanakan ketetapan pengharaman merokok tersebut.

Tentunya kita tidak mahu melihat perlaksanaannya sekadar menjadi bahan senda gurauan rakyat.

Sama seperti kempen mengharamkan rokok disekolah-sekolah atau mana-mana jabatan kerajaan.Pernahkah kita dengar ada sesiapa yang kena tangkap? Bilangan rakyat merokok terus bertambah tidak bekurangan walaupun harga rokok semakin mahal.

Kempen merokok yang dilancarkan kerajaan pun diakui gagal mencapai matlamatnya.Menghabiskan duit sahaja buat kempen.
Kita berharap negeri Pahang akan memperkemaskan keputusan fatwa negeri tersebut tentang pengharaman merokok itu termasuklah menguatkuasakan larangan penjualannya secara terbuka.Mampukah Pahang melakukannya?

Komen Anak Raja Dagang:

Ada bagusnya fatwa itu dikeluarkan namun demikian sejauhmana keberkesanannya? Banyak lagi perkara yang lebih berat dosanya tidak lut dengan perlaksanaan perundangan syariah di negeri Pahang. Tengok je kat kedai nombor ekor yang semenjak dahulu jelas HARAM tapi masih ada orang Melayu kita keluar masuk premis berkenaan. Begitu juga dengan perbuatan zina.... Minum arak (Anak Raja Dagang pernah saksikan orang Melayu di Pulau Tioman selamba beruk tonggang air arak di khalayak). Nuuu kat Kuantan nuuu, 'Lorong Kunyit' masih wujud.... Jalan Wong Ah Jang masih ramai Melayu kemaruk dangdut dan pelacur.

Jabatan Mufti Pahang dan Jabatan Agama Islam Pahang, tolong fokuskan Masjid Tengku Abu Bakar Raub yang disekat daripada mengerjakan solat Jumaat. Takkan nak laksana perundangan syariah pun pilih bulu! Apakah punca sekatan ini berlaku? Mengapa isu ini berlarutan hingga ke hari ini? Siapa dalangnya? Kat mana-mana...dalam akhbar, radio dan t.v. kecoh pasal imarah masjid tapi kat Raub terbalik la pulak ceritanya. Peranan masjid telah disekat. Sekadar menjadi tempat tunaikan solat lima waktu dan majlis ilmu. Banyak kerenah birokrasi nak selesaikan isu ini. Takkan nak tunggu Pahang jadi macam Haiti?.

Ini bukanlah sesuatu yang ajaib jika berlaku kerana ALLAH berfirman yang bermaksud:

[81]
Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.

[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.


Sanggup ke orang Pahang menerima ketentuan Allah SWT sepertimana orang-orang di Haiti? Kalau percayakan Allah SWT, tetuan sekelian kena percaya bahawa ia boleh berlaku.

No comments:

Post a Comment