“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

01 January 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN 2010

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih dapat merasai kehidupan ke sekian harinya dalam tahun 2010. Kalendar 2009 telah pun tamat dengan seribu rasa mual kerana tindakan-tindakan luar logika pemerintah dalam mentadbir Malaysia tercinta ini.

Walaubagaimanapun, yang berganti hanya 2009 itu sahaja. DOSA-DOSA pemerintah masih dibawa ke hadapan. Pihak pemerintah bukan sekadar takut akan kehilangan kuasa dan tampuk pemerintahan negara, yang paling ditakuti ialah sejarah-sejarah silam yang membusuk akan dihidu rakyat sekiranya PR memerintah. Itulah padahnya apabila terlalu lama memegang kuasa sehingga menafikan kebolehan pihak yang lain untuk mentadbir negara.

Hadiah tahun baru 2010 teramatlah manis kerana harga gula sudah naik 20 sen. Kalau di Raub dah tak ada ledakan bunga api mewarnai langitnya. Itu menunjukkan ekonomi tidak berapa sihat. Namun, rakyat terus ditekan dengan kenaikan harga gula. Makanya para pengundi & penyokong serta 'semut-semut' UMNO/BN, guna la akal tu sikit......buat pertimbangan sewajarnya akan kewujudan UMNO/BN yang terkenal dengan RAKYAT DIDAHULUKAN! Oh ya, kenapa ada ungkapan 'semut-semut'? Pasal dalam kalangan hok ngeko YB-YB UMNO kulu kilir tu ramainya hanya gilakan RM aje!... Janji kontrak dapat dan makan tadak miss!

Saat-saat nak berakhirnya 2009, memacam isu timbul. Enjin F5E hilang dua, nak tukar MIG29N dengan pesawat baru le dan memacam lagi. Ingatkan saat-saat ekonomi tak berapa cergas ni kerajaan akan berjimat, rerupanya tidakkk!!!! Ni pasal komisen le ni....! Macam beli kapal selam tu ler. Mungkin dalam sedar atau tidak, dua tiga tahun ni kerajaan memang bazirkan duit rakyat. Kelian tengok je kenderaan agensi-agensi kerajaan hari ini....Macamana nak maju industri kereta tempatan! Dahulu semasa Che Det memerintah, kenderaan seperti Proton Saga, Proton Wira, Proton Perdana, Produa Rusa, Produa Kancil, Produa Kembara akan menjadi kenderaan rasmi agensi-agensi ini.... Sekarang! Mengapa tukar? Tak ada kualiti? Macamana nak keluarkan produk yang berkualiti kalau kerajaan sendiri tak support pengeluar kenderaan nasional negara.... Nak buat camana yek, kepala negara memang minat 'brand' luar negara.

2010 dah menjengah... sesama la kita menilai KPI kuasawan-kuasawan sama ada di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan. Kalau patut kita buang kelak, kita buang jejauh!

Salam Perjuangan!

No comments:

Post a Comment