“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

19 January 2010

TOLONG JANGAN BUAT KEKELIRUAN!

Ini petikan Anak Raja Dagang ambil dari Laman Marhaen yang berbunyi;

"Nazri telah umumkan bahawa di sebelah Sabah dan Sarawak, Allah dibenar guna untuk Kristian. Tetapi di Semenanjung, ianya tidak dibenarkan.

1986, telah diputuskan bahawa isu nama Allah ini tidak boleh digunakan oleh selain Islam. Hanya beberapa negeri sahaja yang 'taat' pada perintah tersebut, manakala Penang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak (atau mungkin ada lagi) tidak mengambik endah 'tuntutan' tersebut.

Fast forward pada dua tiga menjak ini, KDN mengharamkan Herald menggunakan 'Allah' dalam penerbitan mereka yang dicetak BUKAN dia Semenanjung. Ianya dicetak di negeri yang TIDAK menggunapakai perkara yang telah diputuskan pada 1986. Herald mengheret perkara ini ke mahkamah atas alasan tidak munasabah, atau munasarawak, dan mereka menang. Obviously.

Dan tiba2 ameno dan seluruh juak2 mereka termasuk kumpulan yang begitu anti dengan kolget mengamuk dan memberontak dengan meluahkan iman mereka di demo2 yang tak mendapat sambutan. Pelbagai tuduhan ditundingkan pada Kristian, dan bermacam ketakutan dizahirkan pada orang ramai tentang kekalutan yang bakal timbul jika Malaysia benarkan 'Allah' digunakan oleh orang bukan Islam.

Semuanya ini membuatkan aku menggaru kening......... "KLIK UNTUK SELANJUTNYA

ULASAN ANAK RAJA DAGANG :

AMENO... Agama pun dia boleh main sepak terajang cam tu aje? Ada lak kat sana boleh, kat sini tak boleh...? Patut ke dia buat undang-undang begitu? Nanti pulak kat Raub...BAK KUT TEH (Hokkien: 肉骨茶) halal, kat Kolumpo haram... Judi lak, kat Genting Highland halal, kat Raub jatuh hukum haram.... Tolong la AMENO, jangan kelirukan masyarakat. Nampaknya 1MALAYSIA sudah makan tuan.....sama macam Islam Hadari la jugak. Kali ni kelian memang betul-betul buka topeng sekular kelian yang sudah lebih 50 tahun kelian pakai.


No comments:

Post a Comment