“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

08 January 2010

TANYA DIRI SENDIRI.....

Anak Raja Dagang nak tanya semua rakyat Malaysia... Anda sekelian nak hidup aman dan damai atau mengikut arus permainan politik? Jawablah pada diri anda sendiri. Kita kena fikirkan kehidupan kita. Berpolitik adalah untuk menjadikan kehidupan kita menjadi lebih baik. Akan tetapi dengan senario yang berlaku akhir-akhir ini... Ternyata pengamal partisan lebih mementingkan kehidupan mereka sahaja. Mana pengamal partisan yang sempat kahwin dengan artis...dah lega dah... Mana yang tak sempat kahwin dengan artis dah 'kecho' air liur menjadi semakin bimbang takut tak sempat kahwin artis bila kuasa dilucut oleh RAKYAT. Khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis sebab takut nak uruskan rakyatnya bila dilantik jadi khalifah. Pemimpin hari ni...menangis??? Jangan harap la....

Kita sebenarnya adalah kuasa untuk menamatkan kemelut ini kerana kita adalah RAKYAT Malaysia yang mahu hidup tanpa SENTIMEN. Kunjungi blog ini dan baca serta fahami bagaimana kepimpinan Islam yang jitu mampu menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira keturunan dan anutan agama... http://ahmadsuki.blogspot.com/2009/05/teladan-daripada-salehudin-al-ayubi-dan.html atau baca juga sejarah pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz(Tuan Ketua Menteri Pulau Pinang boleh jadi pakar rujuk part ni)...

Kita, rakyat yang hanya mahu hidup aman, damai, sejahtera, bahagia di samping ahli keluarga masing-masing telah menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa pengamal partisan seperti UMNO dan sekutunya. Sanggup ke kita hidup dalam keadaan kacau bilau? Nak keluar ke kedai untuk membeli barang runcit pun tak berani dan bermacam perkara buruk melintas di kepala. Jangan Mudah Percaya dengan permainan parti yang sememangnya merasakan bahawa mereka sudah sampai penghujung usia dah. TALQIN UNTUK UMNO!

SALAM RAKYAT, SALAM PERJUANGAN!!!


No comments:

Post a Comment