“…maka adalah Beta ini tiadalah sedua Beta harapkan yang sebelah Hulu hanyalah Orang Besar-Besar Beta di Raub akan membela pelihara sebelah Hulu,itupun dengan segala-gala anak Raja-Raja Dagang kerana Beta sebab boleh menjadi Raja dengan pertolongan daripada orang dagang. Maka itulah kita maalumkan kepada sekelian Dato’-dato’ dan Raja-Raja Dagang maka adalah Beta ini wallahi wabillahi tiadalah Beta berubahkan beralih bagaimana yang dipersumpahkan dahulu itulah adanya. Suatu pun tiada tanda khatnya hanyalah doa fi kulli waktin wahi itulah adanya”.

Blog ini mengutarakan isu-isu semasa yang berlaku di daerah Raub, khususnya & di seluruh negara amnya. Ada mata, pandang. Ada telinga, dengar. Ada akal, nilai. Ada BERANI, tegur-tegurkan.

UNTUK SEMUA YB DI PERINGKAT ADUN DAN PARLIMEN,


JIKA BENAR BERJUANG UNTUK RAKYAT, SILA KELUAR DARI PARTI MASING-MASING... JADI WAKIL RAKYAT BUKAN WAKIL PARTISAN!!!!

DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT!

Search This Blog

01 January 2010

SEKADAR PANDANGAN

Anak Raja Dagang cuma rakyat biasa yang tidak punya apa-apa kepentingan dalam mana-mana parti... Nonpartisan. Tetapi bukanlah seseorang yang tiada falsafah dan pegangan. Selagi Islam wujud di muka bumi ini maka itulah pegangan. Secara logika, Anak Raja Dagang akan menyebelahi pihak yang akan menjaminkan keutuhan Islam dan memperakui hak rakyat secara total tanpa mengira ras dan anutan agama. Dalam posting dalam blog yang terdahulu, Anak Raja Dagang akan memberi ulasan dan teguran kepada semua pihak termasuk PAS, UMNO, Majlis Daerah Raub dan sebagainya kerana Anak Raja Dagang adalah RAKYAT.

Jika merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang telah berusia lebih separuh abad (Rujuk: http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia mungkin bukan semua yang berlaku pada hari ini dan masa lalu berada di landasan yang betul dan seadanya. Oleh itu, satu gerakan perlu dilaksanakan oleh rakyat tanpa berpayung di bawah mana-mana pengaruh pertubuhan ‘partisan’ dan NGO yang dipengaruhi partisan. Jika 1Malaysia boleh dilaksanakan, satu gerakan memperkasakan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA perlu dilaksanakan untuk menjamin keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan negara dan rakyat.

Oh ya, wadah rakyat akan terus hidup tanpa 'partisan' dan akan mati jika ketiadaan 'politik'.

No comments:

Post a Comment